Duke Paoa Kahinu Mokoe Hulikohola Kahanamoku (24 Ogos 1890 – 22 Januari 1968) merupakan seorang atlet dan perenang kelahiran Hawaii. Beliau memasyhurkan kegiatan riadah meluncur air sebagai suatu sukan utama. Beliau turut melibatkan diri sebagai seorang polis, pelakon, pemain bola tampar pantai dan seorang peniaga.[3]

Duke Kahanamoku
Duke Kahanamoku s. 1912
Maklumat peribadi
Nama penuhDuke Paoa Kahinu Mokoe Hulikohola Kahanamoku
Lahir(1890-08-24)24 Ogos 1890
Haleʻākala, Honolulu, Kerajaan Hawaii
MeninggalJanuari 22, 1968(1968-01-22) (umur 77)
Honolulu, Hawaii[1]
Ketinggian6 ka 1 in (185 cm)[1][2]
Berat badan190 lb (86 kg)[1]
Sukan
SukanRenang
Strokbebas
KlubWaikiki Beach Boys
Signature

Awal hayat sunting

Beliau dilahirkan di rumah agam Haleʻākala di Honolulu, rumah ini kemudiannya menjadi Arlington Hotel.[4]

Beliau seorang dari lapan adik-beradik lahir kepada Duke Halapu Kahanamoku, seorang pegawai polis dan Julia Paʻakonia Lonokahikina Paoa. Kedua-dua ibu bapanya keturunan terus Raja Kamehameha I;[5] malah mereka dari golongan bangsawan (aliʻi nui)[4] yang berperanan sebagai penasihat (kahu) kepada kerabat raja tersebut.[6] Beliau dan ayahnya mendapat nama "Duke" daripada seorang pembesar bernama Bernice Pauahi Bishop yang membaptiskan ayahnya sempena cemar duli Putera Alfred, Duke Edinburgh ke Kerajaan Hawaii pada ketika itu.

Keluarga Kahanamoku berpindah ke Kālia, Waikiki tahun 1893 untuk bersama keluarga belah ibunya. Di sanalah beliau membesar dengan adik-beradiknya serta seramai 31 orang sepupunya.[3]:17 Beliau banyak meluangkan masa mudanya di pantai meluncur sehingga mahir, papan luncur terawal yang mula digunakan beliau dibentuk daripada gaya olo dikembangkan masyarakat Hawaii dengan ukuran 16 kaki (4.9 m) panjang diperbuat daripada kayu pokok koa seberat 114 paun (52 kg). Semua adik lelakinya iaitu Sargent, Samuel, David, William dan Louis terlibat bergiat dalam sukan air.[5]

Kerjaya sukan sunting

Kahanamoku layak memasuki pasukan perenang Amerika Syarikat yang bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1912 di Stockholm, Sweden. Beliau memenangi pingat emas acara berenang gaya bebas 100-meter serta pingat perak dalam acara renang beregu lelaki 4 × 200 meter.

Beliau memenangi pingat emas dalam acara-acara renang 100 meter dan beregu di temasya Sukan Olimpik 1920 Antwerp, Belgium. Beliau bersaing dalam acara berenang 100 meter dalam temasya Sukan Olimpik 1924 Paris di mana beliau menenangi pingat perak dikalahkan Johnny Weissmuller yang memenangi pingat emas dan disusuli adiknya sendiri, Samuel.[1] Beliau menjadi pemain simpanan dalam pasukan polo air A.S pada temasya Sukan Olimpik 1932 di Los Angeles.

Lawatan antarabangsa sunting

Beliau mengambil peluang waktu senggang antara acara-acara sukan antarabangsa untuk melawat serta mengadakan pertunjukan sukan renang di luar negara. Dalam lawatan-lawatan ini jugalah beliau memasyhurkan sukan luncur air yang dahulunya hanya diketahui dalam kepulauan Hawaii sahaja kepada medan antarabangsa: beliau melakukan pertunjukan luncur air pertama Amerika Syarikat di selatan California tahun 1912. Pada ketika ini juga beliau melibatoan diri dalam bidang lakonan di Hollywood.

Beliau melakukan pertunjukan sukan luncur air di Freshwater Beach pesisiran Sydney, Australia pada 24 Disember 1914, acara ini menjadi titik mula peloporan sukan ini di negara tersebut.[7]

Kematian sunting

Kahanamoku meninggal dunia akibat serangan jantung tanggal 22 Januari 1968 pada usia 77 tahun.[8] Mayatnya dibakar sebelum abu-abunya diarakkan bersama ramai pekabung dan sepasukan 30 orang polis yang mengiringi ke pantai Pantai Waikiki untuk dicurahkan ke laut dalam suatu upacara semadi diketuai Abraham Akaka, paderi Gereja Kawaiahao.

Kehormatan sunting

Sebuah tugu patung Kahanamoku didirikan memperingati beliau di tanah hulu utara Freshwater Lake, New South Wales.[9]

Pada 24 Ogos 2015, syarikat enjin carian Google memaparkan lakaran memperingati ulang tahun ke-125 kelahiran beliau.[10]

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Watak Nota
1925 Adventure Noah Noa
The Pony Express Indian Chief Tidak dicatat
No Father to Guide Him The Lifeguard Filem pendek
Lord Jim Tamb Itam
1926 Old Ironsides Pirate Captain Tidak dicatat
1927 Hula Hawaiian Boy Tidak dicatat
Isle of Sunken Gold Lono
1928 Woman Wise Guard
1929 The Rescue Jaffir
Where East Is East Wild Animal Trapper Tidak dicatat
1930 Girl of the Port Kalita
Isle of Escape Manua
1931 Around the World with Douglas Fairbanks Diri sendiri Dokumentari
The Black Camel sebagai pengajar luncur air
1948 Wake of the Red Witch Ua Nuke
1955 Mister Roberts Native Chief (bawah nama Duke Kahanamoko)
1957 This Is Your Life Diri sendiri Episod: "Duke Kahanamoku"
1967 Free and Easy Diri sendiri Dokumentari
Surfari Diri sendiri Dokumentari
Sumber:[11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Murphy, Kelly with Hallie Fryd (2013). Historical Heartthrobs: 50 Timeless Crushes-From Cleopatra to Camus. USA: Zest Books. m/s. 109. ISBN 9781936976102.
  2. ^ See, Jen (August 24, 2015). "5 Things You Didn't Know About Duke Kahanamoku". Men's Journal. Dicapai pada August 25, 2015.
  3. ^ a b Hall, Sandra Kimberly. (2004). Duke: A Great Hawaiian. Honolulu, HI: Bess Press. ISBN 1-57306-230-8.
  4. ^ a b Nendel, James D.; The Pennsylvania State University (2006). Duke Kahanamoku: Twentieth Century Hawaiian Nonarch. m/s. 1–13. ISBN 0-542-84320-X.
  5. ^ a b Gee, Bill (April 18, 1953). "Fabulous Kahanamoku Family". Honolulu Star-Bulletin – via Newspapers.com (langganan diperlukan) . m/s. 20. Dicapai pada February 13, 2018.
  6. ^ Brennan, Joe (1968). Duke of Hawaii. m/s. 74–76.
  7. ^ Osmond, Gary (2010). "'Honolulu Māori': Racial Dimensions of Duke Kahanamoku's Tour of Australia and New Zealand". New Zealand Journal of History. 44 (1): 22–34.
  8. ^ "Duke Kahanamoku Dies at 77. Leading Swimmer of His Time. Olympic Swimming Champion of '12 and '20 in Freestyle. Best-Known Hawaiian". The New York Times. January 23, 1968. Dicapai pada November 2, 2010. Duke Kahanamoku, the Olympic swimming star, whose international sports career spanned 20 years and who became Hawaii's best-known citizen, died today at ...
  9. ^ "Duke Kahanamoku". Monument Australia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada October 3, 2017.
  10. ^ Plucinska, Joanna (23 Ogos 2015). "New Google Doodle Honors Duke Kahanamoku, the Father of Surfing". Time. Time Inc. Dicapai pada 24 Ogos 2015.
  11. ^ Duke Kahanamoku di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)

Pautan luar sunting