Kuih dumbeg merupakan makanan khas Jawa Tengah, Indonesia. Makanan ini terbuat dari tepung beras yang dibubuhi dengan gula kelapa yang kemudian dibungkus menggunakan daun bogor dengan cara dililitkan menyerupai kon. Bahan asas untuk membuat dumbeg terdiri dari tepung beras, gula pasir dan ditambahkan garam serta air nira dan ditaburi dengan buah nangka atau kelapa muda.[1][2] Dumbeg dikenali juga dengan clorot di Kabupaten Purworejo.[3]

Dumbeg
Tempat asal Indonesia
Kawasan/rantauJawa
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Pada abad ke 15 hingga 16, Pulau Jawa bahagian pesisir utara menjadi salah satu sasaran dakwah para wali kerana kawasan sangat sesuai untuk menjadikan pusat perdagangan. Konon katanya dumbeg ini menjadi makanan yang menjadi kesukaan para wali.[3]

Dalam acara tradisional masyarakat Jawa iaitu sedekah bumi, dumbeg biasa menghiasi salah satu kelengkapan makanan tradisional. Di Kabupaten Rembang, dumbeg menjadi makanan ringan wajib pada perayaan sedekah bumi.[3][4]

Simbol sunting

Dumbeg adalah simbol dari hormat dan juga simbol lelaki, disebut juga lingga. Dalam tradisi Jawa Kuno, pasangan dumbeg adalah jadah atau pulut yang menjadi simbol perempuan.[3][4]

Rujukan sunting

  1. ^ Dumbeg 18 September 2017 (dalam bahasa Indonesia) di Budaya Indonesia
  2. ^ Kue Dumbeg 6 September 2015 (dalam bahasa Indonesia) di Budaya Indonesia
  3. ^ a b c d Sejarah Dumbeg, Makanan Ringan Khas Rembang Berbentuk Seperti Terompet 11 Mei 2018 (dalam bahasa Indonesia) di JatengLive
  4. ^ a b Dumbeg, Kue Terompet Khas Rembang 17 Mei 2020 (dalam bahasa Indonesia) di MediaGuna

Pautan luar sunting