Duncan de Moor (lahir 11 April 1994), atau lebih dikenali sebagai Duncan Laurence, merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu dari Belanda. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang muzik pada tahun 2014 dan menjadi antara peserta dalam The Voice of Holland musim kelima. Laurence telah mewakili Belanda pada tahun 2019 menerusi Pertandingan Lagu Eurovision dengan membawa lagu "Arcade" dan beliau telah dipilih sebagai pemenang utama.[2][3]

Duncan Laurence
Laurence, 2019
Latar belakang
Nama lahirDuncan de Moor
Kelahiran (1994-04-11) 11 April 1994 (umur 30)[1]
Spijkenisse, Belanda
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penulis lagu
Instrumen
  • Vocals
  • piano
Tahun aktif2014–kini

Kerjaya sunting

Awal kerjaya sunting

Dilahirkan di Spijkenisse, Laurence membesar di Hellevoetsluis. Beliau telah kerjaya muzik di Akademi Rock di Tilburg, bermain dengan beberapa kugiran sekolah,[1] termasuk kugirannya sendiri, The Slick and Suited. Kugiran beliau tersebut telah ditubuhkan pada 2013 dan telah membuat persembahan di Eurosonic Noorderslag.[4][5]

2014–18: The Voice of Holland sunting

Laurence telah menyertai The Voice of Holland mmusim kelima dengan memilih Ilse DeLange sebagai jurulatihnya. Beliau telah mara sehingga ke separuh akhir sebelum tersingkir. [6] Pada tahun 2017, beliau tamat belajar di Akademi Rock.[7] Laurence bersama Jihad Rahmouni, telah menulis lagu "Closer" untuk album duo K-pop, TVXQ, New Chapter #1: The Chance of Love.[8]

2019: Pertandingan Lagu Eurovision sunting

Pada Januari 2019, Laurence telah dipilih untuk mewakili Belanda dalam Pertandingan Lagu Eurovision2019. Lagu beliau "Arcade" telah dikeluarkan pada Mac 2019. Pada 18 Mei 2019, Duncan Laurence telah dipilih memenangi pertandingan tersebut yang dipertandingkan di Tel Aviv, Israel dengan mata sebanyak 492 dari 41 juri antarabangsa dan undian penonton. Para juri telah memberi mata sebanyak 231 mata manakala penonton memberi beliau undian sebanyak 261 mata. Markah beliau melebihi 27 mata berbanding pencabar terdekat beliau dari Itali dan 123 mata pencabar dari Rusia. Kemenangan ini menjadikan Laurence sebagai peserta Belanda yang kelima memenangi pertandingan tersebut sejak kali pertama dimenangi oleh Teach-In pada tahun 1975.[9]

Kehidupan peribadi sunting

Seperti yang dinyatakan menerusi akaun Instagram beliau pada Oktober 2018, Laurence mengakui bahawa beliau merupakan biseksual.[10] Menerusi sidang media sebelum pusingan akhir Eurovision, sekali lagi menyatakan kecenderungan seksualiti beliau sebagai biseksual dan berbangga dengannya.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Who is The Netherlands 2019 Eurovision entrant Duncan Laurence?". Metro. 16 May 2019. Dicapai pada 17 May 2019.
  2. ^ Groot, Evert (21 January 2019). "Duncan Laurence will represent The Netherlands this year". eurovision.tv.
  3. ^ "The Netherlands: Duncan Laurence To Sing 'Arcade' In Tel Aviv".
  4. ^ "VestingPop | Duncan Laurence". VestingPop. Dicapai pada 2019-01-21.
  5. ^ Duncan de Moor (2014-06-15). "The Slick and Suited". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-15. Dicapai pada 2019-01-21. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ Popescu, David (21 January 2019). "Netherlands: Duncan Laurence on his way to Tel-Aviv!". escunited.com.
  7. ^ "Duncan Laurence Information - meet the Dutch star". Radio Times. Dicapai pada 17 May 2019.
  8. ^ Koeleman, Danja (21 January 2019). "Duncan Laurence naar Songfestival: Wie is de 24-jarige zanger?". nu.nl (dalam bahasa Dutch).CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Eurovision 2019: Netherlands wins song contest". BBC News. 19 May 2019.
  10. ^ https://www.instagram.com/p/BpPKG_lit5i/
  11. ^ Moore, Matt (18 May 2019). "Dutch Eurovision contestant Duncan Laurence comes out as bisexual". Gay Times. Dicapai pada 19 May 2019.

Pautan luar sunting