Dunia Baru (siri TV)
Dunia Baru merupakan drama Melayu terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) yang berkisar mengenai kehidupan mahasiswa di universiti. Dalam drama ini, Universiti Industri Selangor dijadikan sebagai lokasi pengambaran drama ini. Drama ini pernah ditayangkan di TV3 dan mempunyai 3 musim. Drama ini pernah mencapai rating yang tinggi iaitu 3 juta penonton. Musim pertama dan kedua drama ini diarahkan oleh M. Hitler Zami. Dan musim ketiganya diarah oleh Mohd Feroz Khan. Filemnya diarah oleh M. Hitler Zami. .
Penerbit drama ini adalah Ahmad Puad Onah. Penerbit Eksekutif bagi dramanya adalah Jalena Rejab dan Penerbit Eksekutif bagi filemnya adalah Rosihan Zain Baharuddin.
Pencipta dunia baru dan penulis skripnya untuk televisyen dan filem adalah Wan Hasliza Wan Zainuddin.
Dunia Baru menemui penonton di setiap malam Khamis tahun 2006 dan sering mendapat rating tinggi dari pelajar sekolah dan pelajar universiti. Sekaligus tidak lama selepas tamat musim pertama, siri ini disambung ke musim kedua di tahun yang sama.
Untuk musim pertama dan kedua, siri tv ini menjalani penggambaran di Unisel. Tetapi musim ke 3, siri tv ini dijalankan di KLIUC (Kuala Lumpur Infrastructure University College) - kini dikenali sebagai [1]IUKL - Infrastructure University Kuala Lumpur.
PelakonSunting
- Elyana sebagai Sofea Nordin a.k.a (Opie) Musim 1 - 3 termasuk filem
- Pierre Andre sebagai Mohd Adif Ibrahim Musim 1 - 3 termasuk filem
- Ellyas Abdullah sebagai Tajol Amri Khairuddin Musim 1 - 3 termasuk filem
- Anne Ngasri sebagai Madihah Abdul Ghani Musim 1 - 3 termasuk filem
- Almy Nadia sebagai Suzanna Ghazali Musim 1 - 3 termasuk filem
- Iqram Dinzly sebagai Darius Musim 2 - 3 termasuk filem
- Anita Baharom sebagai Anizah Awang Karim Musim 1 - 3 termasuk filem
- Baizura Kahar sebagai Erika Musim 2 - 3 termasuk filem
- Nur Zazlen Zulfkifli sebagai Sariah Musim 1 - 3
- Mohd Fiqrie Dahari sebagai Rio Al Rayyan Musim 3
- Ryzal Jaafar sebagai Yusof Musim 1 - 3 termasuk filem
- Que Haidar sebagai Umarah Musim 1
- Sherry Ibrahim sebagai Emma Zalina Musim 2 - 3
- Ungku Ismail Aziz sebagai Bob Musim 1
- Yatt sebagai Shasha Musim 3
- Hafiz Nafiah sebagai Fazley Poyo Musim 1 - 3 termasuk filem
- Mustapha Kamal Professor Amri Musim 1
- Azizah Mahzan sebagai emak Opie (Puan Malinda) Musim 1 - 3
- Azizan Nin sebagai Prof. Adam Zakaria Musim 1
- Khatijah Tan sebagai emak Adif (Puan Mariah) Musim 1 - 3 termasuk filem
- Jehan Miskin sebagai Abang Don Musim 1 - 2
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Abang Az Musim 1
- Syed Mohamad Asri/ Usop Wilcha sebagai Uncle Zuhal, musim 1
TriviaSunting
- Walaupun musim ketiga ditayangkan sebelum filem, pengambaran filem dijalanlan terlebih dahulu. Malah, tidak siapa menyangka Dunia Baru akan kembali dengan musim ketiga. Musim ketiga disifatkan sebagai pemudah jalan cerita sebelum penonton menonton filem. Dalam musim ini, penonton dapat menyaksikan tentang Opie yang berhasrat melupakan Adif namun tidak berdaya. Madihah dan Darius pula berpindah ke rumah baru. Manakala Anizah pernah menerima surat ugutan daripada Fazli yang cuba menghalangnya dari belajar ke luar negara.
- Seperti yang diceritakan oleh Adiff kepada Opie tentang Yusoff yang tidak tahu menunggang motosikal,memandu kereta. Begitu juga dengan Ryzal Jaafar di dunia sebenar, dia lebih selesa menaiki kenderaan awam, menumpang kereta kawan, jika dia perlu ke lokasi pula biasanya akan dibawa oleh runner/krew.
- Dunia Baru Reunion ada dikeluarkan pada tahun 2010 tetapi tidak ditayangkan di kaca tv dan sambutannya agak mengecewakan kerana waktu siaran yang pendek, kurang promosi.
- 2015 pula Dunia Generasi Baru [1] diterbitkan dan disiarkan di TV9 setiap malam khamis. Antara pelakon-pelakonnya ialah Kaka Azraff, Fadlan Hazim,Ben Amirr, Zahirah Macwilson,Natasha Elyzza dan Erwin Shah Dawson.[2]
RujukanSunting
Lihat JugaSunting
Rencana berkaitan televisyen ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |