Dunia Kita (drama)

Dunia Kita adalah merupakan sebuah drama arahan pengarah Michael Ang yang disiarkan sebanyak 8 episod dibawah syarikat Cube Film Sdn Bhd. Dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Marsha Milan, Awal Ashaari, Saiful Nizen, Jalaluddin Hassan, Sharifah Shahora dan ramai lagi. Drama ini disiarkan bermula pada 27 Mei 2011, setiap hari Jumaat di Astro Ria.

Dunia Kita
GenreDrama
Persahabatan
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Scha Al-Yahya
Marsha Milan
Awal Ashaari
Saiful Nizen
Jalaluddin Hassan
Sharifah Shahora
Nur Amalina
Bilangan musim1
Bilangan episod8
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam per episod
Syarikat penerbitan
Cube Film Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal27 Mei 2011 – 08 Julai 2011

Sinopsis sunting

Sedikit mengenai drama ini, Zara adalah seorang yang tidak mempedulikan penampilan diri untuk berjaya sebagai seorang penyanyi. Namun dia akhirnya menerima nasihat Rania untuk memperbaiki gayanya yang selekeh.

Sementara Aliff seorang yang ulat buku tetapi memiliki personaliti menarik dan memendam rasa cintanya terhadap rakannya sendiri. Manakala Daniel yang digilai semua wanita merupakan seorang kasanova di kolej.

Selain itu, Aressa seorang yang antagonis, dia sangat tercabar dengan kehadiran Rania dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menghancurkan dunianya. Pelbagai gelagat kehidupan kolej masa kini yang boleh ditonton pada setiap episod drama komedi ini yang bakal mencuit hati para penonton.

Rania pula adalah umpama personaliti Carefree. Seorang yang beryakinan, riang, ceria dan mempunyai bakat fesyen yang unik, seperti juga persona Carefree yang spontan. Oleh itu, Rania adalah seorang gadis muda yang ingin menjadi seorang pereka fesyen biarpun ada halangan. Penuh dengan keyakinan, positif, periang dan seorang yang menarik - tetapi kenalah berhadapan dengan masalah, kerana adanya orang yang suka kenakan dan memberikannya masalah.

Pelakon sunting

Rujukan sunting