Dustin Pfundheller

Selebriti YouTube, doktor gigi, penjelajah, vlogger Amerika Syarikat

Dr. Dustin Pfundheller (lahir 16 Mei 1986) ialah seorang doktor gigi, penjelajah, vlogger dan selebriti YouTube Amerika Syarikat. Beliau adalah antara pengembara termuda yang menjelajah lebih 236 negara.

Dustin Pfundheller
Maklumat peribadi
Kelahiran (1986-05-16) 16 Mei 1986 (umur 37)
AsalWisconsin, Amerika Syarikat
KediamanSingapura
PekerjaanYouTuber, doktor gigi, penjelajah, vlog
Laman webwww.wanderingdentist.com
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2019–kini
Genre
Pelanggan102 ribu
Jumlah tontonan3.1 juta
100,000 pelanggan 2020

Kehidupan awal sunting

Dustin Pfundheller dilahirkan dengan kesukaran pembelajaran. Beliau dinasihatkan oleh doktor ketika di awal umur untuk mempelajari bahasa isyarat kerana kebimbangan beliau tidak boleh bercakap. Dustin kemudian lulus dalam pembelajaran gred istimewa pada umur 12 tahun. Beliau kemudian memasuki Sekolah Tinggi Altoona di Wisconsin. Beliau disifatkan sebegai cemerlang dalam bidang akademik, altetik dan perkhidmatan apabila memenangi Anugerah Wendy's Heisman untuk negeri Wisconsin. Beliau juga menerima penghargaan Wisconsin Academic Excellence dalam biasiswa. Memasuki ke Universiti Wisconsin - River Falls, beliau kemudian dipilih dalam program pertukaran pelajar semasa semester di Hawaii dimana beliau ditukarkan ke Taiwan, menjadikan ia sumber inspirasi beliau dalam minat mengembara.

Dustin kemudian memasuki ke Universiti Florida, mendapati Biasiswa Dean dan menjadi Pengarah Perumahan untuk Pergigian Kolej. Selepas tamat pengajian, Dustin berkhidmat sebagai Presiden dan Pemegang Amanah Negara untuk Persatuan Pergigian Pelajar Amerika. Dustin berpindah ke Singapura tidak lama kemudian.

Kerjaya YouTube dan penjelajahan sunting

Dustin pernah diusir dari Israel kerana satu perjumpaan di Tinder. Dalam satu penulisan beliau di The Times of Israel, Dustin mendakwa pihak imigresen Israel mengesyaki beliau mempunyai kenalan dengan seseorang di Iran dan Syria.[1]

Dustin mendapat perhatian pada Disember 2019 apabila beliau memuat naik sebuah video di siaran YouTubenya bernama Other Side of the Truth yang mengatakan Lapangan Terbang Changi sebagai lapangan terbang paling 'overrated' di dunia, juga menambah bahawa rasisme dan juga penipuan yang menyasarkan orang asing.[2]

Pada Mei 2020 Dustin sekali lagi menarik tumpuan apabila memuat naik sebuah video memuji langkah pencegahan COVID-19 di Malaysia, video beliau bertajuk 'How Malaysia Did the Impossible', video itu mendapat lebih 655,000 tontonan dan 33,000 sukaan dalam masa 24 jam di Facebook. Ia juga mendapat perhatian dari Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong apabila video itu dirujuk dalam satu temuramah.[3] Namun pada Julai 2020, video berkenaan dipadam dari Facebook, yang dikatakan mengandungi unsur-unsur 'palsu, mengelirukan, dan menipu'. Dustin menambah yang beliau menggunakan sumber-sumber yang tepat dan sahih, "Bukan sahaja saya menggunakan fakta yang tepat dan mencari banyak kawasan di mana saya mendapat maklumat itu, saya juga mempunyai 30 YouTuber melakukan pemeriksaan fakta dan menyemak video itu - dan satu-satunya perkara yang saya dapati dari ulasan mereka adalah bahawa terdapat (perkara) yang semestinya saya sertakan seperti yang telah dilakukan oleh Malaysia - seperti memberi Internet percuma."[4]

Pada 15 Julai 2020, Dustin memuat naik sebuah video membidas sebuah dokumentari oleh Al Jazeera bertajuk Locked Up in Malaysia's Lockdown, memberikan 15 pendapat fakta beliau dalam menghuraikan kesilapan oleh Al Jazeera di dalam dokumentari tersebut yang mengkritik layanan kerajaan Malaysia terhadap pekerja asing.[5][6]

Kehidupan peribadi sunting

Pfundheller ialah seorang Katolik.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Pfundheller, Dustin (22 Februari 2017). "Tinder Dating got Me Deported from Israel". The Times of Israel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Julai 2020.
  2. ^ Yee, Jonathan (6 Disember 2019). "Man Complains About Best Airport In The World, Gets Fact Checked By Changi Airport Fans". Must Share News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Julai 2020.
  3. ^ Pfordten, Diyana (10 Mei 2020). "Video praising Malaysia's efforts in virus battle goes viral". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Julai 2020.
  4. ^ "Content creator questions FB's move in rubbishing video of Malaysia's stellar handling of Covid-19". Bernama (dalam bahasa Inggeris). The Star. 7 Julai 2020. Dicapai pada 17 Julai 2020.
  5. ^ "YouTuber bidas dokumentari Al Jazeera". Sinar Harian. 15 Julai 2020. Dicapai pada 17 Julai 2020.
  6. ^ Liew, Esther (15 Julai 2020). "International Youtuber Points Out Key Mistakes In Al Jazeera's Controversial Video About M'sia". World of Buzz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Julai 2020.

Pautan luar sunting