Duyong Aridinata
Duyong Aridinata ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2010 dibintangi oleh Zachery Francis dan Fasha Sandha. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 12 Julai 2010 hingga 12 Ogos 2010 menggantikan drama Dendam Orang Minyak.[1][2][3]
Duyong Aridinata | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Che Li |
Pengarah | Adam Hamid |
Dibintangi oleh | Zachery Francis Fasha Sandha |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Norazhar Baharuddin |
Penerbit | Fadzil Teh |
Penyunting | Raime Yusoff Wan Ruzwan |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Zeel Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 12 Julai 2010 – 12 Ogos 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Dendam Orang Minyak |
Diikuti oleh | Ular Emas |
SinopsisSunting
Mengisahkan Raja Singrattdinanta yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata, enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insangrumpair. Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong, berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair. Atas nasihat Dukun Mek Melusa, Putera Aridinata dinasihat meninggalkan Empayar Insangrumpair untuk mencuba nasib di darat. Mek Melusa juga akhirnya dapat memenuhi hasrat Putera Aridinata dengan memberikannya sepasang kaki. Namun, ia tetap bersyarat kerana ada pantang larang yang perlu dipatuhi.
PelakonSunting
UtamaSunting
- Zacfranz sebagai Aridinata
- Fasha Sandha sebagai Cleo
PembantuSunting
- Nuriz Hirzi sebagai Bumatra
- Tony Eusoff sebagai Raja Singgratdinata
- Rozie Rashid sebagai Permaisuri Naratiwa
- Natasha Hudson sebagai Puteri Antartinka
- Maria Farida sebagai Mek Melusa
- Jasmin Hamid sebagaai Jamie
- Eizlan Yusof sebagai Rosli
- Zain Saidin sebagai Daniel
- Shakilla Khoriri sebagai Tom
Penampilan khasSunting
- Mat Over sebagai Pak Man Selam
- Azza Elite sebagai Datin
RujukanSunting
- ^ Siti Azira Abd. Aziz (2 Julai 2010). "Duyong Aridinata Dijangka Meletup". mStar Online. Dicapai pada 23 April 2012.
- ^ Budiey (30 Jun 2010). "Drama Duyong Aridinata di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 23 April 2012.
- ^ Ridzuan Abd Rahman (13 Mei 2010). "Duyung tak dedah tubuh keterlaluan". Harian Metro. Dicapai pada 23 April 2012.