E.M.A.S

album ke-9 oleh Siti Nurhaliza

E.M.A.S atau Edaran Muzik Aspirasi Semasa merupakan album studio kesembilan Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 3 Mac 2003. E.M.A.S terhasil diatas pengamatan Siti mengenai peredaran arus muzik tanah air. Album ini telah terjual melebihi 200,000 unit. E.M.A.S juga sering dikaitkan dengan TM Net kerana Siti telah bekerjasama dengan TMnet sebagai duta produk, dan TMnet terlibat dalam pembikinan beberapa buah video klip di dalam E.M.A.S, termasuk "Ku Milikmu", "Debaran Cinta", "Bukan Cinta Biasa" dan "Sebenar Cinta". Lagu "Untuk Selamanya" terpilih sebagai lagu tema untuk filem Laila Isabella.[2]

E.M.A.S
Album studio oleh
Dilancarkan pada3 Mac 2003[1]
Dirakamkan padaJulai 2002 – Januari 2003
GenrePop
Panjang44:43
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSuria Records
Penerbit
Kronologi Siti Nurhaliza
Sanggar Mustika
(2002)
E.M.A.S
(2003)
Anugerah Aidilfitri
(2003)
Single daripada E.M.A.S
  1. "Bukan Cinta Biasa"
    Dikeluarkan: 11 Januari 2003
  2. "Ku Milikmu"
    Dikeluarkan: 26 Mac 2003
  3. "Airmata Ibu"
    Dikeluarkan: 10 Jun 2003
  4. "Debaran Cinta"
    Dikeluarkan: 7 Ogos 2003
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rakaman sunting

E.M.A.S merupakan album keempat Siti Nurhaliza di mana beliau tidak menggunakan khidmat Adnan Abu Hassan sebagai penerbit album dan komposer, selepas Cindai, Sahmura dan Sanggar Mustika (ini juga berlaku kepada Prasasti Seni). Untuk album ini, beliau bekerjasama dengan Aubrey Suwito, Aidit Alfian, dan Julfekar, serta penerbit rakaman Indonesia, Dewiq, dengan Tan Su Loke bertindak sebagai Penerbit Eksekutif album. Album ini juga merupakan album kedua Siti yang menggunakan khidmat Aubrey sebagai penerbit album.

Rakaman album ini dijalankan pada Julai 2002 (empat bulan selepas Siti melancarkan album Sanggar Mustika) dan siap sepenuhnya pada Februari 2003. Dalam album ini, Siti menyumbangkan lirik untuk lima lagunya, iaitu “Bukan Cinta Biasa”, “Ku Yakini”, “Janji Kasih”, “Sebenar Cinta” dan “Ku Milikmu”.

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Bukan Cinta Biasa"Dewiq, Siti NurhalizaDewiq, Siti Nurhaliza4:23
2."Debaran Cinta"Faridah A. RazakZuriani3:40
3."Untuk Selamanya"Rashid S.Julfekar4:54
4."Ku Yakini"Siti NurhalizaHelen Yap4:58
5."Oda Bumi Anbia"Ad SamadMat S. W4:14
6."Janji Kasih"Siti NurhalizaAidit Alfian5:00
7."Sebenar Cinta"Siti NurhalizaAjai4:24
8."Airmata Ibu"Ad Samad, TantyAiman4:20
9."Ku Milikmu"Siti NurhalizaZuriani, M. Zulkifli3:36
10."Di Sini Ku Berjanji"SenibayanAzmeer4:46


Bonus VCD
No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Intro: Siti"
2."Bukan Cinta Biasa"Dewiq, Siti NurhalizaDewiq, Siti Nurhaliza4:23
3."Ku Milikmu"M. Zulkifli, Siti NurhalizaZuraini3:36


Keluaran dan sambutan sunting

Untuk mempromosikan album, empat lagunya, “Bukan Cinta Biasa, “Debaran Cinta”, “Airmata Ibu” dan “Ku Milikmu” dikeluarkan sebagai single; Siti Nurhaliza juga menyanyikan Bukan Cinta Biasa dan Ku Milikmu semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004. E.M.A.S merupakan kejayaan komersial, telah terjual melebihi 200, 000 unit di Malaysia dan 300, 000 unit di Indonesia dan menerima pensijilan 2x platinum.[3] Siti juga mengadakan jelajah promosi selama 6 hari termasuk dijemput sebagai tetamu untuk beberapa rancangan televisyen Indonesia.[4]

Ulasan kritis sunting

E.M.A.S menerima ulasan kritis dari pengkritik muzik. Zul Husni dari Berita Harian mengulas album ini sebagai bukti kematangan Siti selepas 8 tahun melayari industri muzik.[5] Seorang pengulas dari Harian Metro memuji Siti kerana mengekalkan mutu piawai dengan memberikan yang terbaik apabila menyanyikan sebarang lagu.[6] Di dalam ulasan oleh Jad Mahidin dari Sunday Mail, beliau memberikan taraf 4 bintang untuk album ini.[7] Beliau berkata album ini amat "menarik" dari mula hingga akhir dan memuji "vokal yang memukau melalui album".[7] Suzan Ahmad dari Berita Minggu juga yakin dengan pendapat Jad dengan memuji vokal Siti di dalam album ini.[8]

Kedudukan carta sunting

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2003

Airmata Ibu

5 3 - -

Ku Milikmu

4 1 - 1

Untuk Selamanya

10 - - -

Bukan Cinta Biasa

1 1 - -

Sebenar Cinta

- - - -

Debaran Cinta

4 8 - -

Janji kasih

6 12 - -

Pensijilan sunting

Negara Pensijilan Jualan/penghataran
Malaysia (RIM) 2× Platinum 200,000[3]
Indonesia (ASIRI) Platinum 300,000[9]

Anugerah sunting

Anugerah Musik Indonesia sunting

Tahun Penerima Anugerah Keputusan Negara Hos
2003[9] E.M.A.S Album Malaysia Terbaik Menang   Indonesia

Anugerah Industri Muzik sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2004[10] E.M.A.S Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Menang
Album Pop Terbaik Menang
Album Terbaik Menang
Kulit Album Terbaik Tercalon
"Bukan Cinta Biasa" Gubahan Terbaik Di Dalam Lagu Menang

Anugerah Planet Muzik sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan Negara hos
2004[11][12] "Bukan Cinta Biasa" Lagu Paling Popular Menang  
Singapura
Lagu Terbaik Tercalon
E.M.A.S Album Terbaik Tercalon

Anugerah Juara Lagu sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2003 "Ku Milikmu" Lagu Pop Rock Terbaik Tercalon
Persembahan Terbaik Menang

Rujukan sunting

  1. ^ E.M.A.S oleh Siti Nurhaliza di iTunes Malaysia
  2. ^ Rosli Manah (6 Mac 2003). "Siti Nurhaliza - Album baru lebih moden". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-02. Dicapai pada 1 April 2018.
  3. ^ a b E.M.A.S Diarkibkan 2009-12-15 di Wayback Machine SitiZone (8 Disember 2009).
  4. ^ Utusan Malaysia Staff (22 Mac 2003). "Siti Nurhaliza - penuhi impian peminat seberang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-05. Dicapai pada 5 April 2018.
  5. ^ Zul Husni (13 Mac 2003). "Siti pertaruh lagu Air Mata Ibu". Berita Harian. Dicapai pada 6 April 2018.
  6. ^ Harian Metro Staff (25 March 2003). "Bukan Siti biasa" [Not the normal Siti]. Harian Metro. Dicapai pada 6 April 2018.
  7. ^ a b Jad Mahidin (30 March 2003). "Winning endeavours from two top songstresses". Sunday Mail. Dicapai pada 6 April 2018.
  8. ^ Suzan Ahmad (16 March 2003). "Siti terus unggul" [Siti continues to excel]. Berita Minggu. Dicapai pada 6 April 2018.
  9. ^ a b Abd. Aziz Iktar (4 Oktober 2003) Siti Nurhaliza menang Anugerah Muzik Indonesia Diarkibkan 2014-08-12 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 25 Januari 2010.
  10. ^ "Biduanita muda". Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. 26 April 2004. Dicapai pada 2010-08-11.
  11. ^ Khadijah Ibrahim (31 Januari 2004). "APM: Penyertaan calon menggalakkan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-29. Dicapai pada 2016-12-19.
  12. ^ "APM 2004 - Kemenangan Siti Nurhaliza sudah diduga". Utusan Malaysia. 23 Februari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-29. Dicapai pada 2016-12-19.

Pautan luar sunting