E. E. C. Thuraisingham

Beliau telah dilahirkan di Taiping, Perak pada 28 Ogos 1898. Beliau melanjutkan pelajaran di London dan lulus sebagai seorang peguam. Pernah dilantik sebagai senator di Dewan Negara dan memegang jawatan sebagai Ahli Pelajaran dalam Sistem Ahli. Beliau juga menjadi Presiden Persatuan Ceylonese Malaya dan Presiden Persatuan Pemilik Estet Getah Malaya. Beliau meninggal dunia pada 30 Mac 1979 di usia 80 tahun.