Boeing EA-18G Growler merupakan sebuah pesawat terbitan daripada F/A-18F Super Hornet versi peperangan elektronik. Ia memiliki dua tempat duduk dan dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat. Pengeluaran pesawat ini telah bermula pada tahun 2007 dan dijangka akan mula diaturgerak ke armada kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat pada tahun 2009. Pesawat EA-18G akan menggantikan penggunaan pesawat EA-6B Prowler yang kini masih digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.

EA-18G Growler
Peranan Peperangan elektronik
Pengeluar Boeing
Penerbangan sulung 15 Ogos 2006
Diperkenalkan 22 September 2009[1]
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja Australia
Dikeluarkan 2004–kini
Jumlah dibina 172, sehingga 2021[2]
Kos seunit AS$68.2 juta (kos terbang, FY2012)[3]
Dibangunkan dari F/A-18F Super Hornet

Sejarah operasi sunting

Amerika Syarikat sunting

 
Sebuah EA-18G daripada VAQ-129 "Vikings" sedang menjajarkan dirinya bagi pendaratan di atas kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan

Pesawat Growler pertama yang diterima bagi kegunaan armada secara rasminya diterima oleh VAQ-129 "Vikings" di NAS Whidbey Island, pada 3 Jun 2008.[4] Pihak tentera laut merancang untuk membeli sekitar 85 buah pesawat untuk membentuk 11 skuadron setakat tahun 2008.[4] EA-18G selesai menjalani penilaian operasi pada akhir bulan Julai 2009 dan ia dinilai sebagai berkesan dari segi operasi dan sesuai untuk kegunaan operasi.[5][6] Pada 5 Ogos 2009, EA-18G Growler daripada Skuadron Penyerang Elektronik 129 (VAQ-129) dan Skuadron Penyerang Elektronik 132 (VAQ-132) menyudahkan ujian pendaratan di atas kapal pengangkut pertama mereka di atas kapal USS Harry S. Truman (CVN-75).[7]

Skuadron EA-18G pertama yang mendapat status aturgerak adalah VAQ-132 "Scorpions", yang mana mendapat status operasi pada Oktober 2009.[8] Aturgerak pertama operasi pesawat Growler diumumkan pada 17 Februari 2011.[9] Semasa dalam perkhidmatan, panggilan radio bagi EA-18 adalah "Grizzly". Nama gelaran "Growler" kedengaran seolah-olah nama EA-6B's "Prowler", maka "Grizzly" akan digunakan bagi mengelakkan kekeliruan.[10] Menjelang Mei 2011, 48 buah Growler telah diserahkan kepada Tentera Laut A.S.[11]

 
EA-18G Growler daripada VAQ-141 mendarat di Stesen Udara Tentera Laut Atsugi, Jepun.

Dengan penamatan khidmat penyesak jarak jauh EB-52H, Growler menjadi satu-satunya pesawat penyerak taktikal insani yang masih digunakan. Pengarah Staf Udara, Mej. Jen. David Scott menyatakan bahawa Tentera Udara A.S akan menyediakan pegawai peperangan elektronik untuk terbang di atas pesawat Growler milik Tentera Laut A.S, tanpa sebarang dana untuk membeli pesawat tambahan.[12] Anggota Tentera Udara A.S. daripada Skuadron Tempur Elektronik ke-390 yang berpangkalan di NAS Whidbey Island telah menyokong dan menerbangkan pesawat Growler.[13]

EA-18G pertama kali digunakan dalam pertempuran semasa Operasi Odyssey Dawn, yang mana menguatkuasakan zon larangan terbang PBB di Libya pada tahun 2011.[14][15] Lima buah EA-18G telah diaturgerak daripada Iraq bagi menyokong operasi di Libya pada tahun 2011.[16]

Australia sunting

Pada tahun 2008, kerajaan Australia memohon kelulusan eksport daripada kerajaan A.S untuk membeli sehingga 6 buah pesawat EA-18G,[17] yang mana merupakan sebahagian daripada pesanan untuk sejumlah 24 buah pesawat F/A-18F Super Hornet.[18] Pada 27 Februari 2009, Menteri Pertahanan Joel Fitzgibbon mengumumkan bahawa 12 buah daripada 24 buah Super Hornet yang sedang dipesan akan dihard wired semasa menjalani proses pemasangan di kilang dengan ciri-ciri bersuaian untuk diubah menjadi pesawat EA-18G pada masa depan. Pendawaian tambahan ini melibatkan kos A$35 juta. Keputusan akhir berkenaan pengubahsuaian kepada EA-18G pada harga A$300 juta diumumkan pada bulan Mac 2012.[19][20]

Pada 23 Ogos 2012, kerajaan Australia mengumumkan bahawa 12 buah pesawat Super Hornet akan dilengkapi dengan keupayaan Growler dengan kos A$1.5 bilion;[21] menjadikan Tentera Udara Diraja Australia satu-satunya tentera selain A.S yang menggunakan peralatan penyerak elektronik Growler.[22] Pada 3 Mei 2013, kerajaan Australia mengumumkan ia akan membeli 12 buah pesawat baru Growler bagi menyokong armada Super Hornet.[23]

Australia menerima kumpulan pertama 12 buah Growler pada 29 Julai 2015, dengan penghantaran pesawat selebihnya dijangka pada tahun 2017.[24] Uniknya, pesawat Growler Australia akan dipasang dengan pod bidikan ASQ-228 ATFLIR dan juga tambahan persenjataan udara ke udara iaitu peluru berpandu AIM-9X.[25] Pesawat ini akan dioperasikan oleh Skuadron No. 6 Tentera Udara Diraja Australia.[26]

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EA-18G_IOC tidak disediakan
  2. ^ https://seapowermagazine.org/u-s-navy-on-track-to-sell-replacement-ea-18g-growler-aircraft-to-australia/
  3. ^ "Fiscal Year (FY) 2013 President's Budget Submission: Navy Justification Book Volume 1 Aircraft Procurement, Navy Budget Activities 1–4." U.S. Department of Defense, February 2012. Retrieved: 24 March 2012.
  4. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Navy_Welcomes tidak disediakan
  5. ^ Fulghum, David A. "Classified Tests Show Growler Ready for Ops."Aviation Week, 6 August 2009. Diarkibkan 2014-10-06 di Wayback Machine
  6. ^ Fein, Geoff. "EA-18G Given High Marks In OPEVAL, Boeing Says" (log in required). Defense Daily, 4 August 2009.
  7. ^ Evans, Mark L.; Gordon, Dale J. (Summer 2010). "Year in Review 2009" (PDF). Naval Aviation News. m/s. 24. ISSN 0028-1417. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 December 2010. Dicapai pada 12 October 2010.
  8. ^ "VAQ-132 Becomes First Operational Growler Squadron Safe for Flight." Diarkibkan 2011-06-04 di Wayback Machine U.S. Navy, 8 October 2009.
  9. ^ "Boeing EA-18G Growlers Deployed by US Navy." Air-attack.com, 17 February 2011.
  10. ^ "New ops nickname for EA-18G." Navytimes.com, 9 June 2009.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Boe_EA-18G_overv tidak disediakan
  12. ^ Tirpak, John A. "Seeking Growler Backseat, No BUFF SOJ." Airforce-magazine.com, 20 October 2009. Retrieved: 15 July 2011.
  13. ^ "390th Electronic Combat Squadron". cnic.navy.mil. Dicapai pada 2016-06-28.
  14. ^ Ackerman, Spencer. "In combat debut, Navy jammer targets Libyan tanks." Condé Nast via Wired, 21 March 2011. Retrieved: 12 March 2013.
  15. ^ "Growlers in action only 48 hours after Libya notification." Sea Power Magazine (Navy League of the United States), 16 April 2012. Retrieved: 2 March 2013.[pautan mati]
  16. ^ "Roughead: Ships Were Ready for Odyssey Dawn." American Forces Press Service (US Navy), 23 March 2011.
  17. ^ Dodd, Mark. "RAAF likes the sound of the Growler." The Australian, 15 August 2008. Retrieved: 15 July 2011.
  18. ^ Kelly, Emma. "Australia expands P-3 upgrade, plays down Growler reports." Flight International, 22 August 2008. Retrieved: 15 July 2011.
  19. ^ "Super Hornets Wired For Future Upgrade." Australian Department of Defence, 27 February 2009.
  20. ^ McPhedran, Ian (22 February 2012). "$200m refit to give fighter jets growl". The Advertiser. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2012.
  21. ^ "Super Hornets to get electronics jammer". ABC News. Australian Broadcasting Corporation. 23 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2016.
  22. ^ Grubel, James (23 August 2012), Laurence, Jeremy (penyunting), Australia fighter jets first to get hi-tech U.S. jammers, Reuters, diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-23, dicapai pada 2017-03-14
  23. ^ Taylor, Ellis. "Canberra commits to new Growlers, but remains coy on F-35s." Flight, 3 May 2013.
  24. ^ Brian Kelly (29 July 2015). "Boeing's Growler Program Manager Optimistic About Line's Future". CBS Local. Dicapai pada 30 July 2015.
  25. ^ Pittaway, Nigel (29 July 2015). "Boeing Rolls Out First Growler for Australia". Defense News. Dicapai pada 30 July 2015.
  26. ^ Popp, Tony (21 November 2013). "Growler one step closer". Air Force: 3. Dicapai pada 18 November 2013.

Pautan luar sunting