ERA Digital Muzik Awards 2018

ERA Digital Muzik Awards 2018 ialah penganjuran ketiga bagi ERA Digital Muzik Awards yang diadakan pada 25 Januari 2019 di Galaxy Banquet Hall Sentul. Nabil Ahmad menggalas tanggungjawab sebagai pengacara.[3] Anugerah ini disiarkan secara langsung di Facebook Live ERA.[4][5]

ERA Digital Muzik Awards 2018
PenghargaanMengiktiraf bakat tempatan melalui penggunaan media sosial dan platform digital
PenajaDeeja Cosmetic
Tarikh25 Januari 2019
LokasiGalaxy Banquet Hall Sentul
NegaraMalaysia
PengacaraNabil Ahmad
Anugerah terbanyakHaqiem Rusli[1]
Pencalonan terbanyak
Laman web rasmiedma.era.fm

Gambaran keseluruhan sunting

Proses undian bagi fasa pertama bermula pada 31 Disember 2018 hingga 13 Januari 2019 bagi menentukan Top 5 setiap kategori, manakala pengundian fasa kedua untuk pemilihan juara bagi setiap kategori pula bermula pada 14 Januari 2019 hingga 23 Januari.[4][6] Fasa Pertama undian EDMA 2018 telah dijalankan dari 31 Disember 2018 hingga 13 Januari 2019, menyaksikan lima calon terbaik disenarai pendek dan pemenangnya akan diumumkan pada malam anugerah. Sebanyak 7 kategori telah dipertandingkan namun hanya kategori 'Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40' tidak dibuka untuk undian.[4]

3 kategori baru telah diperkenalkan bagi edisi ini iaitu Lagu Paling Viral, Penyanyi Paling Lit di Media Sosial dan Video Muzik Paling Lit yang mengiktiraf pencapaian artis-artis tular di media sosial. Kategori-kategori yang terus kekal pula ialah Penyanyi Kolaborasi Terbaik, Temubual Terbaik Carta ERA 40 dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40. Sebagai tambahan, terdapat satu kategori baru, Penyanyi Pilihan DEEJA, iaitu anugerah bagi kategori penaja telah diperkenalkan.[7]

Pemenang dan pencalon sunting

Anugerah sunting

Pemenang disenaraikan terlebih dahulu, diserlahkan dalam teks tebal, dan ditandakan dengan pisau berganda ( ).[4][7]

Lagu Paling Viral
Penyanyi Kolaborasi Terbaik
Muzik Video Paling Lit
Penyanyi Paling Lit di Media Sosial
Temubual Terbaik di Carta ERA
Penyanyi Pilihan DEEJA

Anugerah khas sunting

Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40

Rujukan sunting

  1. ^ "Haqiem Rusli rangkul 3 anugerah ERA Digital Muzik Awards 2018". Malaysia Gazette. 26 Januari 2019. Dicapai pada 16 April 2019.
  2. ^ a b Hanafis Haris (14 Januari 2019). "Hael Husaini dan Sarah Suhairi dominasi pencalonan ERA Digital Muzik Awards 2018". Rojak Daily. Dicapai pada 16 April 2019.
  3. ^ Kamaruddin Razal (6 Januari 2019). "Lebih hebat, lebih luar biasa... ERA Digital Muzik Awards kembali lagi". Astro Gempak. Dicapai pada 20 Mac 2019.
  4. ^ a b c d "Senarai finalis dan keputusan ERA Digital Muzik Awards 2018". Selongkar10. 25 Januari 2019. Dicapai pada 16 April 2019.
  5. ^ "ERA Digital Muzik Awards 2018, kuasa di tangan anda". Astro Awani. 18 Januari 2019. Dicapai pada 16 April 2019.
  6. ^ Fateen Ahmad (22 Januari 2019). "Undian fasa kedua ERA Digital Muzik Awards 2018 kini bermula". Rotikaya. Dicapai pada 16 April 2019.
  7. ^ a b "ERA Digital Muzik Awards 2018 kembali iktiraf artis viral di platform digital". Astro Mediaroom. 2 Januari 2019. Dicapai pada 16 April 2019.

Pautan luar sunting