Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah

(Dilencongkan dari ESSCOM)

ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah adalah merupakan kawasan kawalan keselamatan yang meliputi 1,400km kawasan Pantai Timur Sabah bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau.[2][3] Ianya dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Abdul Razak pada 7 Mac 2013.[1] Tujuan ianya diwujudkan adalah bagi menguatkan lagi kawalan keselamatan maritim di bahagian timur Sabah susulan dengan krisis pencerobohan yang berlaku baru-baru ini dan menghalang sebarang kegiatan pengganas berlaku di perairan Sabah.[4][5] Datuk Ismail Sabri Yaacob juga telah memberi jaminan bahawa kewujudan kawasan ini tidak akan menganggu kegiatan perdagangan atau perniagaan kecilan, sebaliknya ianya dapat membantu menghalang kegiatan penyeludupan dan memastikan keselamatan pantai timur Sabah sentiasa terjaga dari pencerobohan asing.[6]

  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "ESSCOM to boost socio-economic growth in Sabah's east coast". New Straits Times. 27 Mac 2013. Dicapai pada 28 Mac 2013.
  2. ^ "More eyes in the sky over Sabah?". New Straits Times. 20 Mac 2013. Dicapai pada 27 Mac 2013.
  3. ^ "Defence Ministry to oversea security in Sabah's eastern waters". The Sun. 15 Mac 2013. Dicapai pada 27 Mac 2013.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Bolstering national maritime security". The Star. 21 Mac 2013. Dicapai pada 27 Mac 2013.[pautan mati kekal]
  5. ^ "ESSCOM will prevent future terrorist incursions, says IGP". The Malaysian Insider. 22 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-06. Dicapai pada 27 Mac 2013.
  6. ^ "Esscom has not affected trades, small businesses in eastern Sabah". New Straits Times. 26 Mac 2013. Dicapai pada 27 Mac 2013.