Eagle 150B merupakan pesawat buatan Australia yang direka oleh seorang jurutera Amerika Syarikat, John Roncz.

Eagle 150B
Latihan pengendalian pesawat Eagle 150B di Malaysia
Penerangan
Jenis Pesawat pelatih udara ringan
Pengeluar Eagle Aircraft Pty. Ltd.
Pereka John Roncz
Penerbangan sulung Mac 1998
Dimensi
Panjang 6.45 m (21 kaki 2 in)
Tinggi 2.31 m (7 kaki 7 in)
Panjang sayap 7.16 m (23 kaki 6 in)
Rentas sayap 0.74 m (2 kaki 5 in)
Luas sayap 5.20 m² (56 kaki²)
Berat
Berat tanpa muatan 429 kg (946 paun)
Berat muatan penuh 650 kg (1433 paun)
Janakuasa
Enjin Teledyne Continental
Kipas McCauley
Putaran seminit 2,790 rpm
Persenjataan
Meriam Tiada
Bom Tiada
Prestasi
Kelajuan maksimum 240 km/j (130 knot)
Kelajuan biasa 213 km/j (115 knot)
Kelajuan menegun (flap penuh) 83 km/j (45 knot)
Kelajuan menegun (bersih) 96 km/j (52 knot)
Jarak pemanduan 1,000 km (621 batu)
Altitud tertinggi 4,570 m (15,500 kaki)
Kadar panjat 5.3 m/s (1,037 kaki/min)

Pesawat ini diperbuat daripada bahan komposit campuran gentian karbon serta lapisan Kevlar.

Ciri-ciri sunting

Pesawat ini mempunyai tiga kerangka sayap utama, kanopi, kawalan kayu ria dan pengimbang mendatar. Pesawat ini tidak mempunyai sayap kecil berpandu (small-plane ride) memandangkan terdapat pelekap sayap hadapan (forward-mounted canard) yang berfungsi mengawal keseimbangan titik graviti, sayap utama serta pengimbang buritan berkuda.[1]

Penaiktarafan sunting

Pesawat ini dinaik taraf daripada model pesawat Eagle X-TS. Pesawat pertama, Eagle 150A telah diterbangkan pada Mac 1998 dan mula digunakan secara rasmi pada November 1996. Selepas 15 pesawat tersebut telah dibina di Frementle, barat Australia, Eagle 150B telah diperkenalkan.

Kini, hak untuk mengilang pesawat ini telah diambil alih oleh sebuah syarikat komposit Malaysia, CTRM.

Pesawat Peninjau Udara (ARV) sunting

Pesawat ini dibangunkan dengan sistem UAV yang dikenali sebagai Eagle ARV.

Rujukan sunting

  1. ^ "Kerangka sayap pesawat Eagle 150B". Dicapai pada 2007-11-29.

Pautan luar sunting