"Easy on Me" adalah sebuah lagu yang dirakamkan oleh penyanyi-penulis lagu Adele dan ia dilancarkan pada 15 Oktober 2021 melalui Columbia Records sebagai single daripada album studio keempat beliau, 30. Pelancaran muzik tersebut merupakan yang pertama untuk hampir lima tahun dan "Easy on Me" diterbitkan oleh penerbit rakaman Amerika Syarikat Greg Kurstin, yang juga menulis lagu ini bersama dengan Adele. Lagu bercirikan balada sentimental ini diiringi dengan piano suram yang didorong oleh rentak bes jarang. Meluahkan tema nostalgia, sesalan dan kemaafan, seni kata lagu ini mewakili rayuan Adele kepada anaknya, di mana beliau memperincikan perjuangan dalam perkahwinannya yang terbubar dan meminta anaknya untuk berbaik kepadanya.

"Easy on Me"
Single oleh Adele
daripada album 30
BahasaInggeris
Dilancarkan pada15 Oktober 2021 (lihat sejarah pelancaran)
FormatBalada
Panjang3:44
SyarikatColumbia Records
PenulisAdele Adkins dan Greg Kurstin
PenerbitGreg Kurstin
Kronologi single Adele
""Water Under the Bridge"
(2016)"
"Easy on Me" ""I Drink Wine"
(TBA)"
"Easy on Me" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kritik-kritik muzik mengulas lagu "Easy on Me" dengan positif dengan pujian terhadap seni kata memilukan dan vokal emosional, walaupun ada yang berpendapat ia tidak sepadan dengan ketinggian emosi baladanya sebelum ini. Secara komersial, lagu tersebut merupakan kejayaan segera, memecahkan rekod Spotify dan Amazon Music untuk penstriman lagu terbanyak dalam satu hari atau satu minggu. Ia berjaya memperoleh kedudukan teratas dalam carta di 25 buah negara, termasuklah United Kingdom dan Amerika Syarikat.[1]

Video muzik lagu tersebut telah diarahkan oleh pembuat filem Kanada Xavier Dolan dan ia dirakamkan di Sutton, Quebec, meneruskan suasana yang digambarkan dalam video muzik untuk lagu 2015 Adele, "Hello", di mana beliau memasuki rumah berperabot. Dalam video "Easy on Me", Adele mengosongkan rumah itu dan memandu keluar dengan lori sambil longgokan helaian muzik berterbangan di atas jalan raya.

Promosi dan pelancaran sunting

Pada 1 Oktober 2021, pelbagai poster dan penayangan yang menunjukkan nombor "30" diperlihat pada tanda tempat dan bangunan di bandar-bandar di seluruh dunia.[2] Paparan logo tersebut berkait dengan judul album studio akan datang Adele.[3][4] Pada 4 Oktober, akaun media sosoal penyanyi itu dikemas kini buat pertama kalinya dalam beberapa bulan.[5] Adele kemudian mengacah klip instrumental lagu dan video muziknya pada hari berikutnya di media sosial.[6][7] Klip video cuitan hitam putih menunjukkan Adele meletakkan pita ke dalam pemain kaset lori dan menguatkan kelantangannya. Beliau kemudiannya memandu lori itu dengan tingkap diturunkan, sambil helaian-helaian muzik berterbangan keluar dari lori.[8][9] Penulis Billboard Gil Kaufman menyatakan paparan itu merupakan "Adele pada isinya".[10] Cuitan itu dibandingkan dengan video muzik single terdahulu Adele, "Hello" (2015).[11] Muzik instrumentalnya digambarkan sebagai "balada piano".[12]

Semasa wawancara bersama dengan Vogue, Greg Kurstin didedahkan sebagai rakan kerjasama untuk lagu "Easy on Me" itu.[13] Kakitangan di Capital FM mentafsirkan judul lagu tersebut sebagai mendokumenkan "permulaan hubungan yang mekar".[11] Pada 19 Oktober, Adele berkongsikan prasiar lagu itu melalui Instagram Live.[14] "Easy on Me" dilancarkan pada 15 Oktober 2021 di semua pelantar muzik digital.[8] Ia menandakan single pertama Adele setelah lima tahun.[2]

Kredit dan tenaga kerja sunting

Diadaptasi daripada catatan lapik single CD dan YouTube.

Lagu

Video

Pengiktirafan sunting

Pengiktirafan untuk "Easy on Me"
Kawasan/wilayah Pengiktirafan Unit/jualan yang diperakui Rujukan
  Amerika Syarikat (RIAA)   Platinum 1,000,000 [15]
  Australia (ARIA)   Platinum 70,000 [16]
  Itali (FIMI)   Emas 35,000 [17]
  New Zealand (RMNZ)   Emas 15,000 [18]
  Sepanyol (PROMUSICAE)   Emas 20,000 [19]
  Sweden (GLF)   Emas 4,000,000 [20]
  United Kingdom (BPI)   Platinum 600,000 [21]
Penstriman
‡ Angka jualan+penstriman berdasarkan pengiktirafan semata-mata.
† Angka penstriman berdasarkan pengiktirafan semata-mata.

Sejarah pelancaran sunting

Tarikh pelancaran dan format untuk "Easy on Me"
Kawasan/wilayah Tarikh Format Versi Syarikat Rujukan
  Pelbagai 15 Oktober 2021 Asal Columbia [6]
  Itali Radio hit kontemporari Sony [22]
  Amerika Syarikat 18 Oktober 2021 Radio kontemporari dewasa Columbia [23]
Radio triple A [24]
19 Oktober 2021 Radio hit kontemporari [25]
  Rusia 21 Oktober 2021 Sony [26]
  Jerman 22 Oktober 2021 Single CD
  • Columbia
  • Sony
[27]
  Pelbagai 5 November 2021 Single kaset Columbia [28]
  Amerika Syarikat 19 November 2021 Radio desa Duet bersama Chris Stapleton [29]

Rujukan sunting

  1. ^ "Adele's Easy On Me secures fourth week at Number 1 on Official Singles Chart". www.officialcharts.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 November 2021.
  2. ^ a b Mamo, Heran (1 Oktober 2021). "Adele Fans Have at Least '30' Reasons to Think New Music Is Almost Here". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  3. ^ "Progress Report: Adele". DIY (dalam bahasa Inggeris). 5 Oktober 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  4. ^ Moreland, Quinn (5 Oktober 2021). "Adele Teases New Song "Easy on Me": Watch". Pitchfork (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2021. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
  5. ^ Savage, Marc (4 Oktober 2021). "Adele: Anticipation builds for new music as singer updates social media" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  6. ^ a b "Easy On Me - October 15". Dicapai pada 5 Oktober 2021 – melalui Instagram.
  7. ^ "She's Back! Adele Announces New Single 'Easy On Me'". That Grape Juice (dalam bahasa Inggeris). 5 Oktober 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  8. ^ a b Nardino, Meredith (5 Oktober 2021). "Adele Announces New Song 'Easy On Me' After 5-Year Hiatus: Hear the First Preview". US Weekly (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  9. ^ Moreau, Jordan (5 Oktober 2021). "Adele Returns: New Single 'Easy on Me' Is Coming Next Week". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  10. ^ Kaufman, Gil (5 Oktober 2021). "Adele Is Back: Listen to 'Easy On Me' Teaser Now". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  11. ^ a b "Adele's New 'Easy On Me' Music Video Has A Link To 'Hello'" (dalam bahasa Inggeris). Capital FM. 5 Oktober 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2021. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
  12. ^ Rettig, James (5 Oktober 2021). "Adele's New Song "Easy On Me" Out 10/15". Stereogum (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  13. ^ Kreps, Daniel (7 Oktober 2021). "Adele Gives Fans a Window Into '30,' Apologizes for Appropriating Hairstyle". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2021. Dicapai pada 8 Oktober 2021.
  14. ^ Iasimone, Ashley (9 Oktober 2021). "Adele Drops 'Easy On Me' Song Preview on Instagram Live: Listen". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2021. Dicapai pada 10 October 2021.
  15. ^ "American single certifications – Adele – Easy On Me" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Industri Rakaman Amerika. Dicapai pada 15 November 2021.
  16. ^ "ARIA Top 50 Singles for week of 29 November 2021" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Industri Rakaman Australia. 29 November 2021. Dicapai pada 27 November 2021.
  17. ^ "Pengiktirafan single Itali – Adele – Easy on Me" (dalam bahasa Itali). Persekutuan Industri Muzik Itali. Dicapai pada 27 November 2021. Plih "2021" daripada menu bawah "Anno". Pilih "Easy on Me" dalam bidang "Filtra", dan pilih "Singoli" di bawah "Sezione"
  18. ^ "New Zealand single certifications – Adele – Easy on Me" (dalam bahasa Inggeris). Recorded Music NZ. Dicapai pada 7 November 2021.
  19. ^ "Pengiktirafan single Sepanyol – Adele – Easy on Me" (dalam bahasa Sepanyol). PROMUSICAE. Dicapai pada 27 November 2021.
  20. ^ "Veckolista Singlar, vecka 46, 2021 | Sverigetopplistan" (dalam bahasa Sweden). Sverigetopplistan. Dicapai pada 19 November 2021.
  21. ^ "British single certifications – Easy On Me" (dalam bahasa Inggeris). Industri Fonografi British. Dicapai pada 16 November 2021.
  22. ^ Sisti, Sara. "ADELE "Easy On Me" | (Radio Date: 15/10/2021)". Radiodate.it (dalam bahasa Itali). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  23. ^ "Hot/Modern/AC Future Releases". All Access (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2021. Dicapai pada 7 Oktober 2021.
  24. ^ "Triple A Future Releases". All Access (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  25. ^ "Top 40/M Future Releases". All Access (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2021. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
  26. ^ "Adele — Easy on Me". Tophit. Dicapai pada 19 November 2021.
  27. ^ "Easy On Me - Adele". Amazon (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2021. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  28. ^ "EASY ON ME SINGLE CASSETTE". Adele | Official Store (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2021. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  29. ^ Nicholson, Jessica (17 November 2021). "Adele & Chris Stapleton 'Easy on Me' Collaboration Headed to Country Radio". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 November 2021.

Pautan luar sunting