Eberhard von Mackensen

Friedrich August Eberhard von Mackensen (24 September 1889 – 19 Mei 1969) adalah seorang panglima perang Jerman dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II, yang memerintah Tentera Darat Pertama Panzer dan Tentera Darat Ke-14. Beliau adalah penerima pingat Knight Cross with Oak Leaves.

Eberhard von Mackensen
Mackensen pada Januari 1944
Kelahiran(1889-09-24)24 September 1889
Bromberg, Kerajaan Prusia, Empayar Jerman
Meninggal dunia19 Mei 1969(1969-05-19) (umur 79)
Neumünster, Jerman Barat[1]
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanTentera Darat
Tahun perkhidmatan1908–44
Pangkat Generaloberst
UnitKavalri
ArahanKor III
Kor III Panzer
Tentera Darat Pertama Panzer
Tentera Darat Ke-14
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross with Oak Leaves
HubunganAugust von Mackensen (bapa)

Selepas perang, Mackensen menghadapi perbicaraan untuk jenayah perang dihadapan tribunal tentera British di Itali. Beliau telah disabitkan dan dijatuhi hukuman mati, tetapi hukuman kemudian diringankan. Mackensen telah dibebaskan pada tahun 1952 dan meninggal dunia pada tahun 1969.

Kerjaya tentera sunting

Eberhard telah dilahirkan pada tahun 1889, anak kedua kepada Fil Marsyal August von Mackensen, iaitu panglima perang tersohor Empayar Jerman dalam Perang Dunia I. Beliau menyertai Tentera Darat pada tahun 1908 dan berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama. Selepas tercedera pada tahun 1915, Mackensen diberi tugas-tugas staf. Pada tahun 1919 beliau menyertai Freikorps dan berjuang di Balticum.[2] Selepas perletakkan senjata, Mackensen kekal didalam Tentera Darat Jerman dan menjelang tahun 1934 telah naik ke pangkat Kolonel. Pada tahun 1935, Mackensen dilantik Ketua Staf kepada Kor X dan pada tahun 1937 beliau diberi memerintah sebuah briged kavalri. Pada Mei 1939 Mackensen telah menjadi ketua staf kepada Wilhelm List.

 
Mackensen (dua dari kanan)

Pada permulaan Perang Dunia II, Mackensen bertugas sebagai Ketua Staf Tentera Darat Ke-14 Jerman dalam pencerobohan Poland pada September 1939. Kemudian, beliau dijadikan Ketua Staf Tentera Darat Ke-12 dan berjuang dalam Pertempuran Perancis. Pada 1 Januari 1940 beliau dinaikkan pangkat ke Generalleutnant dan lapan bulan kemudian ke General der Kavallerie. Pada 15 Januari 1941 beliau dijadikan Panglima Kor III dibawah Tentera Darat Pertama Panzer di Kumpulan Tentera Darat Selatan, dan ketumbukan Mackensen adalah yang pertama tiba di Kiev semasa Pertempuran Kiev (1941).[3] Apabila pada November 1942 Jeneral Paul Ewald von Kleist diberi memerintah Kumpulan Tentera Darat A, Mackensen mengambil alih pemerintahan Tentera Darat Pertama Panzer yang mana beliau pimpin dalam Pertempuran Kharkov Ketiga pada Mac 1943.

Dinaikkan pangkat Kolonel Jeneral pada Julai 1943, Mackensen telah ditukarkan ke Itali sebagai Panglima Tentera Darat Ke-14, yang beliau pimpin sehingga June 1944. Pada Mac tahun itu, Mackensen merupakan pegawai kanan pertama yang diberitahu oleh Kurt Mälzer tentang serangan partisan di Rome ke atas Rejimen Polis Bozen SS. Mälzer telah meminta pertolongan segera dan terus menghukum mati penduduk Itali Via Rasella, dimana serangan itu berlaku, untuk ini Mackensen dilihat "keterlaluan".[perlu rujukan] Perkara itu kemudian dirujuk kepada Albert Kesselring, yang membincangkan isu ini dengan Fil Marsyal Wilhelm Keitel. Hasilnya arahan dikeluarkan untuk menghukum mati 10 orang Itali dengan setiap askar Jerman yang dibunuh, akhirnya membawa kepada pembunuhan beramai-ramai Ardeatine. Unit-unit tentera darat dibawah pemerintahan Mackensen, bersama dengan anggota Rejimen Polis Bozen sendiri, dilaporkan enggan terlibat dalam hukuman mati itu; pada akhirnya, tugas-tugas ini jatuh kepada pasukan Keselamatan SS di Rome, dibawah pemerintahan Herbert Kappler.[perlu rujukan] Mackensen bersara dari perkhidmatan aktif pada Julai 1944.

 
Mackensen pada Januari 1944

Perbicaraan dan hukuman sunting

Selepas perletakkan senjata Jerman pada Mei 1945, Mackensen menjadi tawanan perang. Pada 30 November 1946 beliau telah disabitkan dengan jenayah perang oleh sebuah mahkamah tentera British di Rome dan dihukum mati. Pada tahun 1947 hukuman ini diringankan kepada penjara 21 tahun, tetapi beliau dibebaskan pada tahun 1952. Beliau meninggal dunia pada tahun 1969.

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Anugerah kebesaran sunting

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ Genealogisches Handbuch des Adels, Adelige Häuser B Vol. XXI, Vol. 108 in the series, Limburg (Lahn): C. A. Starke 1995, ISBN 3-7980-0700-4, p. 320.
  2. ^ Theo Schwarzmüller: Zwischen Kaiser und „Führer“ Generalfeldmarschall August von Mackensen. Eine politische Biographie. dtv, München 2001, (181.page) ISBN 3-423-30823-0.
  3. ^ Glantz & House 2009, m/s. 26. sfn error: multiple targets (2×): CITEREFGlantzHouse2009 (help)
  4. ^ Thomas 1998, p. 50.
  5. ^ a b Scherzer 2007, p. 522.

Bibliografi sunting

  • Glantz, David M.; House, Jonathan (2009). To the Gates of Stalingrad: Soviet-German Combat Operations, April-August 1942. Lawrence, Kansas: University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1630-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Thomas, Franz (1998). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 2: L–Z [The Oak Leaves Bearers 1939–1945 Volume 2: L–Z] (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2300-9.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Glantz, David M.; House, Jonathan (2009). To the Gates of Stalingrad: Soviet-German Combat Operations, April-August 1942. Lawrence, Kansas: University Press of Kansas. ISBN 9780700616305.
Pegawai tentera
Didahului oleh
Kurt von Greiff
Panglima Kor III
15 Januari 1941 – 31 Mac 1942
Diikuti oleh:
Leo Geyr von Schweppenburg
Didahului oleh
Leo Geyr von Schweppenburg
Panglima Kor III
20 Julai 1942 – 2 Januari 1943
Diikuti oleh:
Hermann Breith
Didahului oleh
Generalfeldmarschall Paul Ludwig Ewald von Kleist
Panglima 1. Panzerarmee
21 November 1942 – 29 Oktober 1943
Diikuti oleh:
Generaloberst Hans-Valentin Hube
Didahului oleh
Wilhelm List
Panglima Tentera Darat Ke-14
5 November 1943 – 4 Jun 1944
Diikuti oleh:
Joachim Lemelsen