Ebit Lew

Pendakwah Islam dan usahawan Cina Malaysia

Ebit Irawan bin Ibrahim Lew (lahir Lew Yun Pau; 21 Disember 1984) lebih dikenali sebagai Ebit Lew (Jawi: ايبيت ليو), merupakan seorang usahawan dan pendakwah Islam Malaysia berbangsa Cina. Beliau terkenal dengan penampilan berjanggut, berkopiah dan berkurta serta pendekatannya menyantuni masyarakat fakir miskin, golongan terpinggir, remaja, dan golongan LGBTQ+.

Ebit Lew
刘润保[1]
Kelahiran
Lew Yun Pau

(1984-12-21) 21 Disember 1984 (umur 39)
Nama lainEbit Irawan bin Ibrahim Lew
Pusat pendidikanUniversiti Putra Malaysia
PekerjaanUsahawan, pendakwah bebas, personaliti media

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Ebit Lew dilahirkan di Muadzam Shah, Pahang pada 21 Disember 1984 dengan nama Lew Yun Pau. Beliau merupakan anak ketiga daripada 11 orang adik beradik. Beliau memeluk agama Islam pada usia 12 tahun selepas mengikut rapat mengenai agama itu.[2][3]

Beliau merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Sebelum itu, beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang.[2]

Kerjaya perniagaan sunting

Ebit Lew juga dikenali dengan beberapa produk perniagaan. Beliau mempunyai syarikat latihan dan motivasi bernama Transform Training & Consultancy[2] dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah. Selain itu, beliau juga mempunyai jaringan pasar raya Elewsmart yang mula beroperasi pada 18 Julai dengan pembukaan cawangan pertama di Bandar Baru Bangi.[4] Beliau juga mengusahakan produk pakaian di bawah jenama Elew's Design. Selain itu, beliau juga mengusahakan rangkaian kafe restoran di bawah jenama Paramount Coffee House yang beroperasi di tiga cawangan,[5] Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Shah Alam.[perlu rujukan]

Kebajikan sunting

Ebit Lew terkenal kerana kadangkala menjalani aktiviti-aktiviti sumbangan dan kebajikan berskala besar. Ketika gelombang baharu pandemik COVID-19 di Malaysia pada akhir Oktober 2020, Ebit Lew telah menyumbang peralatan perubatan penting bagi kegunaan para pegawai perubatan di Sabah yang terjejas teruk oleh gelombang tersebut pada masa itu yang dihantar dengan sebuah kapal terbang Raya Airlines yang ditempah.[6] Seminggu kemudian, Ebit Lew juga menghantar bekalan makanan sebanyak kira-kira 10 tan daripada kedainya, Elewsmart bagi penduduk Sabah.[7]

Pada 15 November, Ebit Lew menghantar sumbangan kira-kira 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan serta sayuran terhadap pihak Zoo Negara yang terjejas dengan masalah kewangan yang menjadi ketara akibat pandemik COVID-19.[8] Tindakan ini juga membangkitkan semula isu kewangan Zoo Negara yang berlanjutan sejak sekian lama dalam kalangan rakyat negara.[9]

Kontroversi sunting

Misi kemanusiaan ke Gaza sunting

Pada Mei 2021, Lew berangkat ke Palestin dalam sebuah usaha bantuan kemanusiaan berikutan peristiwa krisis Israel-Palestin 2021 yang menyaksikan konflik serangan udara antara pihak Palestin dan Israel. Bantuan ini dilakukan dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan Mesir serta pihak Wisma Putra dengan pemberian termasuk keperluan asas dan perubatan.[10][11] Sungguhpun begitu, misi kemanusiaannya dicemari dakwaan-dakwaan pengurusan misi yang buruk oleh dua orang figura yang mendapat perhatian negara.

Penyanyi rap Caprice yang turut melancarkan misi kemanusiaannya ke Palestin selepasnya mendakwa bahawa beliau mempergunakan gambar kanak-kanak miskin di sana untuk menguar-uarkan misi kemanusiaanya berdasarkan dakwaan penduduk Palestin.[12] Selain itu, beliau berkata bahawa rancangannya untuk memasuki Gaza bersama-samanya juga terhalang akibat "campur tangan luar."[13] Walau bagaimanapun, Caprice memohon maaf akibat isu itu, dengan menyatakan bahawa beliau "terlalu beremosi" terhadap situasi di Palestin, dan berkeputusan untuk meneruskan misi secara bersendirian.[14][15]

Pada 21 Julai, aktivis kemanusiaan pro-Palestin di Gaza, Nadir Al-Nuri menuduh Ebit Lew menggunakan suatu pintu belakang untuk memasuki Palestin, yakni dengan menggunakan bantuan sebuah syarikat alternatif yang menjamin kemasukan lebih mudah, tetapi dengan bayaran yang lebih tinggi daripada cara lazim. Selain itu, Nadir mempersoalkan etika-etika lain termasuk pembelian barang bantuan di Mesir berbanding di Gaza, tempoh misi yang dikatakan terlalu pendek (tiga hari) serta dakwaan layanan kurang mesra oleh kumpulan Ebit Lew.[16]

Dalam membidas dakwaan-dakwaan tersebut, Ebit melakukan siaran di media sosial pada 22 Julai untuk membantah apa yang didakwanya sebagai fitnah serta maklumat salah.[17] Di samping itu, sebuah laporan polis turut dibuat olehnya sebagai balasan terhadap dakwaan-dakwaan sedemikian.[18] Isu ini mendapat perhatian seluruh negara termasuk ahli terutama negara dengan seruan agar perdamaian segera tercapai.[19]

Tuduhan gangguan seksual sunting

Pada Ogos 2021, Ebit Lew dipanggil dan ditahan untuk disiasat polis atas dakwaan gangguan seksual di Kuala Lumpur tatkala sebuah video lucah dengan watak mirip rupanya tular di Internet.[20] Sementara itu, beliau menafikan sebarang perkaitan dengan tuduhan jenayah itu, dan menggelar tuduhan itu sebagai "fitnah yang sangat kejam dan melampau."[21][22] Penyiasatan berkaitan terhadapnya ditamatkan lalu dilanjutkan ke pihak ibu pejabat polis pada September.[23] Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, tangkapan layar serta video berupakan bahan serta mesej ajakan lucah yang dikatakan miliknya mula ditularkan oleh seorang lagi pendakwah, Firdaus Wong. Selain itu, terdapat banyak lagi penceramah motivasi, asatizah lain serta pakar pengeditan bahan digital membahas mengenai kesahihan video tersebut. Bahan-bahan itu didakwa merupakan bukti-bukti yang dikemukakan mangsa terhadap pihak polis sebelum ini.[24]

Perbicaraan mahkamah dilakukan pada 18 Februari 2022 di Tenom, Sabah, di mana Ebit Lew mengaku tidak bersalah atas 11 tuduhan gangguan seksual yang dikenakan. Ebit dibebaskan dengan jaminan sejumlah RM11,000 oleh dua orang penjamin.[25]

Pencapaian sunting

Ebit Lew pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M. Selain itu, beliau pernah menjadi Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan Profesor Hanim Tahir selama 4 tahun. Beliau juga merupakan penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM dan Sinar.[2]

Bibliografi sunting

Ebit Lew banyak menulis mengenai tema hati dan kekeluargaan.

  • Ebit Lew (2018). 11 Amalan Memiliki Kekayaan. Transform Publication. ISBN 9789671155547.
  • Ebit Lew (2016). Isteriku Bidadari. Transform Publication. ISBN 9789671155530.
  • Ebit Lew (2016). Saya Cuma Posmen. Karya Bestari. ISBN 9789678606813.
  • Ebit Lew; Rahman Lew (2015). Menelusuri Cinta. Transform Publication. ISBN 9789671155523.
  • Ebit Lew; Rahman Lew (2014). Perjalanan Hidayah Umat. Transform Publication. ISBN 9789671155516.
  • Ebit Lew (2012). Tangisan Umat. Transform Publications Sdn. Bhd. ISBN 9789671155509.

Anugerah sunting

  • Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2019[26]
    • Tempat kedua bagi kategori bukan cereka, menerusi buku 11 Amalan Memiliki Kekayaan.
  • Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M[27]
  • Anugerah MeleTOP Era 2020 - Anugerah Wira AME2020[28]

Rujukan sunting

  1. ^ 张, 晓真 (26 April 2020). "Huáyì chuánjiào shì pài liáng fǎn bèi jǔbào wéi MCO! Bō zōngjiào sī: Shì ālā kǎoyàn wù huīxīn" 华裔传教士派粮反被举报违MCO!玻宗教司:是阿拉考验勿灰心. cincainews.com (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2020. Dicapai pada 23 Julai 2020.
  2. ^ a b c d Athirah Hanapiah (24 April 2020). "Mula Masuk Islam Sejak Umur 12 Tahun, Ini Biodata Lengkap Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew". Says. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  3. ^ Wong Chun Wai (3 Mei 2020). "Ustaz in the news". The Star. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  4. ^ Mohammad Arif Nizam (18 Julai 2020). "Barang serendah 10 sen, pasar raya Ebit Lew diserbu seawal 6.30 pagi". Malaysia Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-22. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  5. ^ Sri Ayu Kartika Amri (28 April 2020). "Pernah dikata bodoh kerana tolong orang - Ebit Lew". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  6. ^ Lai, Allison (30 Oktober 2020). "Aid for Sabah: RMAF, Preacher Ebit Lew send planeloads of critical supplies" (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ Zikri, Arif (6 November 2020). "After PPE, popular preacher Ebit Lew flies in 10 tonnes of basic food items to aid Sabah".
  8. ^ "Ebit Lew bantu beri makanan untuk haiwan di Zoo Negara". 15 November 2020.
  9. ^ Abu Hassan, Mohd Ridzuan (20 November 2020). "Kerajaan prihatin nasib Zoo Negara". Sinar Harian. Dicapai pada 20 November 2020.
  10. ^ Ridauddin Daud (12 Jun 2021). "Doakan ya, Alhamdulillah semua dalam keadaan baik - Ebit Lew". Astro Awani. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  11. ^ Raja Zaid, Raja Hisyam (29 Mei 2021). "Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin". Astro Awani. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  12. ^ Mohd Azman, Muhammad Zulkarnain (17 Julai 2021). "Ebit Lew, Caprice trending di Twitter". Sinar Harian. Dicapai pada 17 Julai 2021.
  13. ^ "Caprice harap hubungan dengan Ebit Lew pulih kembali". Harian Metro. 17 Julai 2021. Dicapai pada 17 Julai 2021.
  14. ^ "Caprice minta maaf, mengaku salah sendiri kerana terlalu beremosi". Astro Awani. 19 Julai 2021. Dicapai pada 20 Julai 2021.
  15. ^ Abu Bakar, Fathullah (20 Julai 2021). ""Satu hari nanti saya akan banggakan kamu semua…" -Caprice teruskan misi persendirian". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Julai 2021.
  16. ^ "Nadir Al-Nuri Lists Down 5 Issues Regarding Ebit Lew's Humanitarian Mission Controversy". hype.my (dalam bahasa Inggeris). 22 Julai 2021. Dicapai pada 23 Julai 2021.
  17. ^ Shamsuri, Ahmad Shaherman (23 Julai 2021). "Penerangan Ebit Lew cetus fenomena". Kosmo!. Dicapai pada 24 Julai 2021.
  18. ^ Zack, Justin (21 Julai 2021). "Preacher Ebit Lew lodges police report over allegations about his Gaza aid mission". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Julai 2021.
  19. ^ Ahmad Tarmizi, Zakkina Wati (17 Julai 2021). "Damai dan berlapang dada, nasihat menteri kepada Ebit-Caprice". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Julai 2021.
  20. ^ Nawawi, Muhaamad Hafis (19 Ogos 2021). "Polis geledah rumah Ebit Lew, lengkapkan siasatan". Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  21. ^ ""Ini fitnah yang sangat kejam dan melampau" - Ebit Lew". Astro Awani. 19 Ogos 2021. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  22. ^ Raja Rahim, Raja Noraina (19 Ogos 2021). "'Saya maafkan' - Ebit Lew". Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  23. ^ Zolkepli, Farik (15 September 2021). "Cops wrap up Ebit Lew's defamation probe". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 September 2021.
  24. ^ "Wanking videos, dick pics, lewd texts leaked on Telegram channel for Ebit Lew's 'victims'". Coconuts KL (dalam bahasa Inggeris). 23 September 2021. Dicapai pada 24 September 2021.
  25. ^ Patrick, Eleanor Michelle (18 Februari 2022). "Ebit Lew mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM11,000". Astro Awani. Dicapai pada 18 Februari 2022.
  26. ^ Siti Fatimah Mohamed Anwar; Latifah Arifin (1 Jun 2019). "Karya berunsur agama ungguli Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH". Berita Harian. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  27. ^ Haspaizi Mohd Zain; Nora Mahpar; Akmal Syazwan Abdul Manaf (24 Disember 2015). "Bekas Mufti Wilayah terima Anugerah Perdana Maulidur Rasul". Berita Harian. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  28. ^ Nur Emira Saizali (21 Disember 2020). "Noor Hisham, Ebit Lew terima Anugerah Khas Meletop ERA". Kosmo!. Dicapai pada 22 Disember 2020.

Pautan luar sunting