Edgar Steven Davids (Sebutan Belanda: [ˈɛtxɑr ˈdaːvɪts] ( listen); lahir 13 Mac 1973) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda yang bermain di posisi pemain tengah. Davids memulakan kariernya di Ajax sebelum berpindah ke Milan. Selepas dua musim di Milan, beliau kemudian berpindah ke Juventus dan menikmati banyak kejayaan manis bersama kelab Turin itu sebelum beliau dipinjam ke Barcelona pada 2004. Seterusnya, beliau bermain untuk Inter Milan dan Tottenham Hotspur sebelum kembali ke Ajax. Selepas dua tahun menderita akibat kecederaan, beliau kembali ke dunia bola sepak dan bermain untuk Crystal Palace sebelum bersara pada usia 37 tahun. Pada tahun 2012, beliau dilantik sebagai pemain-pengurus untuk kelab League Two Inggeris, Barnet. Beliau kemudian meletak jawatan atas persetujuan bersama pada Januari 2014.

Edgar Davids
Maklumat peribadi
Nama penuh Edgar Steven Davids
Tarikh lahir (1973-03-13) 13 Mac 1973 (umur 51)
Tempat lahir Paramaribo, Suriname
Ketinggian 1.70 m (5 ka ​6 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Kerjaya remaja
1985–1991 Ajax
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1991–1996 Ajax 106 (20)
1996–1997 Milan 19 (0)
1997–2004 Juventus 159 (8)
2004Barcelona (pinjaman) 18 (1)
2004–2005 Internazionale 14 (0)
2005–2007 Tottenham Hotspur 40 (1)
2007–2008 Ajax 25 (1)
2010 Crystal Palace 6 (0)
2012–2014 Barnet 36 (1)
Jumlah 423 (32)
Pasukan kebangsaan
1992–1994 Belanda B21 8 (1)
1994–2005 Belanda 74 (6)
Pasukan diurus
2012 Barnet (bersama)
2012–2014 Barnet
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Davids telah beraksi sebanyak 74 perlawanan antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Belanda di peringkat antarabangsa serta menjaringkan enam gol. Beliau turut mewakili negaranya ke satu edisi Piala Dunia dan tiga edisi Kejohanan Eropah.

Beliau dianggap dan diakui salah satu pemain terhebat pada eranya. Davids terkenal dengan aksinya di atas padang sambil memakai cermin mata pelindung kerana beliau menghidapi glaukoma. Seorang pemain tengah yang agresif, kreatif, mahir dan bertenaga, Davids diberi nama samaran "The Pitbull" oleh Louis van Gaal kerana kemampuannya yang agresif akan pasukan lawan dan caranya merebut bola yang hebat. Pada tahun 2004, beliau dipilih oleh Pelé dalam senarai FIFA 100.

Kehidupan awal sunting

Davids telah dilahirkan di Suriname. Bapa beliau merupakan orang Afrika-Suriname manakala sebelah ibunya adalah separa keturunan Yahudi.[1] Keluarganya berpindah ke Belanda semasa Davids masih bayi. Sepupunya, Lorenzo juga merupakan seorang pemain bola sepak.[2]

Kerjaya kelab sunting

Ajax sunting

Davids memulakan kariernya bersama Ajax pada usia 12 tahun. Beliau membuat debut untuk pasukan senior pada 6 September 1991 ketika menentang RKC Waalwijk yang berkesudahan Ajax menang 5-1. Davids membantu pasukannya meraih tiga kejuaraan liga selain mengecapi kejayaan Piala UEFA pada 1992 dan Liga Juara-Juara pada 1995. Pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 1996, beliau gagal menyempurnakan tendangan penalti pertama Ajax pada penentuan penalti dan kesudahannya, mereka tewas kepada Juventus. Di Ajax, Davids digelar sebagai "The Pitbull" oleh pengurus Ajax, Louis van Gaal kerana cara bermainnya yang "garang".[3][4]

Milan dan Juventus sunting

Pada permulaan musim 1996–97, Davids berpindah ke Milan. Selepas gagal merebut peluang dalam pasukan pertama Milan, beliau melakukan perpindahan ke pesaing rapat Milan, Juventus pada Disember 1997 dengan harga 5.3 juta euro. Di situ, beliau ditetapkan di posisi pemain tengah secara tetap dan kadang kala beliau diletakkan di posisi pemain tengah kiri. Selain itu, beliau turut membentuk satu ikatan dengan playmaker Perancis, Zinedine Zidane.[5][6] Enam tahun kejayaan di Turin, Davids membantu "The Old Lady" meraih tiga kejuaraan Serie A pada tahun 1998, 2002 dan 2003 serta dua trofi Piala Super Itali dan satu Piala Intertoto.

Beliau juga beraksi cemerlang di pentas Eropah dengan bermain 15 perlawanan sepanjang kempen pasukannya ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebelum tewas kepada bekas kelab Davids, Milan pada penentuan penalti. Sebelum ini, beliau juga beraksi untuk Juventus dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 1998 dan tetap tewas kali ini kepada Real Madrid, 1-0.

Barcelona sunting

Davids sertai Barcelona secara pinjaman pada Januari 2004 dari Juventus. Beliau sertai kelab Catalonia itu yang sedang dilanda prestasi merosot dan melantik Frank Rijkaard sebagai jurulatih baru bagi membolehkan Barca menemui ramuan untuk kembali menyengat. Davids membantu Barca melonjak ke tangga kedua liga di belakang pendahulu, Valencia pada musim 2003-04.

Internazionale dan Tottenham Hotspur sunting

Pada musim panas 2004, beliau melakukan perpindahan ke Internazionale dan menandatangani kontrak tiga tahun.[7] Apabila Inter menamatkan baki kontraknya pada Ogos 2005, Davids berpindah ke Tottenham Hotspur secara percuma.[8] Beliau bermain dengan cemerlang di Tottenham dan menjadi kegilaan peminat. Satu-satunya gol Davids di Tottenham ialah pada perlawanan menentang Wigan Athletic yang berkesudahan Spurs menang 2-1.[9] Davids bermain untuk Spurs ketika musim 2005–06 dan 2006–07. Kedua-dua musim itu menyaksikan Spurs menamatkan musim di tempat kelima.

Kembali ke Ajax sunting

Davids kembali semula ke Ajax pada 28 Januari 2007. Pada pertengahan musim, Davids membuktikan nilainya kepada pasukan Ajax. Beliau menjadi pemain penting dalam kempen liga dan Ajax hanya tewas sekali iaitu kepada PSV pada perlawanan terakhir liga. Beliau turut memainkan peranan penting buat Ajax dalam kempen Piala KNVB. Beliau menyudahkan penalti terakhir Ajax dalam penentuan penalti antara Ajax dan AZ pada perlawanan akhir. Sebelum bermulanya musim 2007-08, kaki Davids telah patah dalam perlawanan pra-musim menentang Go Ahead Eagles dan menyebabkan beliau diketepikan selama tiga bulan. Pada Mei 2008, Davids berkata beliau akan meninggalkan Ajax selepas kontraknya tamat pada 30 Jun.

Beliau bermain untuk pasukan Oceania XI All-Star pada perlawanan persahabatan menentang Los Angeles Galaxy pada 6 Disember 2008 walaupun pada hakikatnya Davids bukan berasal dari Oceania dan beliau tidak sesekali bermain untuk mana-mana kelab atau pasukan kebangsaan dari benua Oceania.[10] Pada 22 Oktober 2009, Davids berunding dengan kelab Liga Kejuaraan, Leicester City.[11] Walau bagaimanapun, beliau gagal membuat keputusan selepas seminggu dan Leicester menarik diri dari tawaran merebut Davids pada 30 Oktober.[12]

Crystal Palace sunting

Pada 20 Ogos 2010, Davids setuju untuk bermain sebagai pemain kelab Liga Kejuaraan, Crystal Palace. Beliau membuat debut pada 24 Ogos 2010 di posisi bek kiri pada pusingan kedua Piala Liga menentang Portsmouth. Pada 8 November 2010, beliau mengumumkan beliau akan meninggalkan kelab dengan mengatakan "ini salah satu pengalaman terhebat dalam hidup saya".

Kerjaya antarabangsa sunting

Davids membuat debut untuk pasukan kebangsaan Belanda pada 20 April 1994 menentang Ireland. Sepanjang beliau mewakili Belanda, beliau tidak pernah memperoleh sebarang kejayaan berbentuk trofi dan sebagainya.

Ketika kejohanan Piala Dunia 1998, Davids tetap diingati akan jaringan gol lewatnya pada pusingan kalah mati menentang Yugoslavia. Beliau menjaringkan gol kemenangan dan memastikan pasukan Belanda melangkah ke pusingan seterusnya untuk bertemu Argentina. Belanda akhirnya menamatkan kejohanan di tempat keempat dan Davids diletakkan dalam "Pasukan Kejohanan FIFA" untuk kejohanan itu.

Pada tahun 1999, Davids mula memakai cermin mata pelindung berikutan pembedahan di sebelah mata kanannya kerana glaukoma[13] yang disebabkan kecederaan mata pada 1995. Davids pertama kali memakai cermin mata itu pada 4 September 1999 pada perlawanan persahabatan menentang Belgium.[14] Pada 17 Mei 2001, Davids telah digantung FIFA kerana beliau diuji positif dadah.[15]

Davids beraksi di kejohanan Euro 2000 dan beliau dipilih dalam "Pasukan Kejohanan UEFA". Pasukan Belanda dilihat hanya mara ke separuh akhir sebelum diketepikan Itali pada penentuan penalti.

Pada perlawanan kelayakan Euro 2004, Davids menjaringkan gol pertama Belanda dalam kempen pembukaan mereka ketika menentang Belarus dan seterusnya beraksi lima perlawanan akan datang dan juga beraksi pada kedua-dua perlawanan play-off menentang Scotland.

Selepas aksi Euro 2004, jurulatih kebangsaan baru, Marco van Basten melantik Davids sebagai kapten pasukan. Walau bagaimanapun, berikutan prestasi Davids di Inter dilihat kurang menonjol, Davids kehilagan tempatnya dalam pasukan kebangsaan pada Oktober 2004. Sarung lengan kapten diserahkan kepada Edwin van der Sar. Pada pusingan kelayakan ke Piala Dunia 2006, beliau beraksi semula untuk pasukan kebangsaan tetapi tidak menjadi kapten pada Oktober 2005. Beliau akhirnya disisihkan dari skuad Piala Dunia 2006.

Statistik sunting

Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
1994 1 0
1995 4 0
1996 4 0
1997 0 0
1998 11 1
1999 6 3
2000 12 0
2001 6 0
2002 6 2
2003 9 0
2004 14 0
2005 1 0
Jumlah 74 6

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
29 Jun 1998 Toulouse, Perancis   Yugoslavia
2–1
2–1
Piala Dunia 1998
2
31 Mac 1999 Amsterdam, Belanda   Argentina
1–0
1–1
Persahabatan
3
4 September 1999 Rotterdam, Belanda   Belgium
1–2
5–5
4
2–2
5
21 Ogos 2002 Oslo, Norway   Norway
0–1
0–1
6
7 September 2002 Eindhoven, Belanda   Belarus
1–0
3–0
Kelayakan Euro 2004

Kerjaya pengurus sunting

Ajax sunting

Pada Jun 2011, Davids diundi sebagai lembaga penyeliaan baru di Ajax bersama dengan Johan Cruyff.

Barnet sunting

Sejak 2010, Davids telah menetap di London Utara bersama rakannya. Davids turut menyertai acara bola sepak jalanan dan juga mengendali pasukan amatur, Brixton United. Pada 11 Oktober 2012, Davids sertai kelab Liga Kedua, Barnet dan beliau memainkan peranan sebagai pemain-pengurus bersama dengan Mark Robson. Pada hari seterusnya, beliau mengendali Barnet buat pertama kali pada perlawanan menentang Plymouth Argyle yang berkesudahan Barnet tewas 4-1. Seterusnya, Davids mengetuai pasukan pada perlawanan seterusnya menentang Northampton Town dan berkesudahan Barnet menang 4-0. Davids dipilih sebagai "Pemain Terbaik Perlawanan". Davids menjaringkan gol pertamanya untuk Barnet pada Februari 2013 menentang Southend United.

Walaupun pada mulanya Barnet berjaya melepasi zon penyingkiran, namun Barnet kembali menjunam ke tempat kedua tercorot pada hari terakhir musim 2012-13. Selepas tewas kepada Northampton Town, Barnet akhirnya tersingkir dari Liga Kedua. Pada 21 Mei 2013, Davids diumumkan akan kekal di Barnet buat musim 2013-14. Pada Julai 2013, Davids mengumumkan keputusannya beliau akan menyarung jersi nombor 1 untuk musim 2013-14. Nombor tradisi yang sering dipakai oleh penjaga gol.

Disiplin merupakan masalah utama Davids pada musim 2013-14. Pada lapan perlawanan liga, sebanyak tiga layangan kad merah dilakukan terhadapnya. Beliau juga tidak menghadiri perlawanan di tempat lawan dan menyebabkan pembantu jurulatih, Ulrich Landvreugd menggalas tugas. Pada Disember 2013, Davids mempertimbangkan akan bersara selepas dibuang padang buat kali ketiga pada musim ini berikutan Barnet tewas 3-1 oleh Salisbury City.

Davids meletak jawatan sebagai pengurus pada 18 Januari 2014.

Statistik sunting

Pasukan Dari Hingga Rekod
BP M S K Menang %
Barnet 11 Oktober 2012 18 Januari 2014 &&&&&&&&&&&&&068.&&&&&068 &&&&&&&&&&&&&025.&&&&&025 &&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018 &&&&&&&&&&&&&025.&&&&&025 &&&&&&&&&&&&&036.76000036.76

Statistik kerjaya sunting

Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Ajax 1991–92 13 2 3 0 16 2
1992–93 28 4 5 5 8 3 42 12
1993–94 15 2 1 0 5 2 21 4
1994–95 22 5 2 0 7 0 31 5
1995–96 28 7 6 0 11 1 45 8
Jumlah 131 21 12 0 14 1 162 22
  Milan 1996–97 15 0 4 1 19 1
1997–98 4 0 6 1 10 1
Jumlah 19 0 6 1 4 1 29 2
  Juventus 1997–98 20 1 9 1 5 0 34 2
1998–99 27 2 6 1 9 0 42 3
1999–2000 27 1 11 2 4 0 42 3
2000–01 26 1 4 0 5 0 35 1
2001–02 28 2 2 0 9 0 39 2
2002–03 26 1 15 1 41 2
2003–04 5 0 5 0 10 0
Jumlah 159 8 32 4 52 1 243 13
  Barcelona 2003-04 18 1 0 0 18 1
  Internazionale 2004-05 14 0 5 0 23 0
  Tottenham Hotspur 2005–06 31 1 31 1
2006–07 9 0 3 0 1 0 13 0
Jumlah 40 1 3 0 1 0 44 1
  Ajax 2006–07 11 1 3 0 14 1
2007–08 14 0 14 0
Jumlah 25 1 3 0 0 0 33 0
  Crystal Palace 2010-11 6 0 1 0 7 0
  Barnet 2012-13 28 1 1 0 29 1
2013-14 8 0 1 0 9 0
Jumlah 36 1 2 0 0 0 38 1
Jumlah kerjaya 410 32 55 5 71 3 541 40

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Ajax
Juventus
Inter Milan

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ name="Parents"
  2. ^ van Leeuwen, Gerrit. "Davids' family values". Sky Sports. Dicapai pada 11 September 2011.
  3. ^ name=football-oranje.com
  4. ^ name="One-on-One"
  5. ^ name="One-on-One"
  6. ^ David v Goliath?
  7. ^ inter.it, Edgar Davids joins Inter, 11 July 2004
  8. ^ [1], Tottenham complete Davids signing , 3 August 2005
  9. ^ "Wigan 1–2 Tottenham". BBC News. 26 September 2005.
  10. ^ Edgar Davids joins Oceania All Stars for Galaxy match
  11. ^ name="Leicester call off Davids pursuit"
  12. ^ name="Leicester call off Davids pursuit">"Leicester call off Davids pursuit". BBC Sport. 2009-10-30. Dicapai pada 2009-10-30.
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-20. Dicapai pada 2016-11-06.
  14. ^ http://persona.rin.ru/eng/view/f/0/34317/edgar-davids
  15. ^ "Davids and Couto hit with FIFA bans". London: Telegraph. 2001-05-31. Dicapai pada 2009-10-09.

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Frank de Boer
Kapten Belanda
2004
Diikuti oleh:
Edwin van der Sar