Edge of Tomorrow (filem)

Edge of Tomorrow (juga dipasarkan dengan slogan Live. Die. Repeat.) ialah sebuah filem sains fiksyen Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Doug Liman. Ia dibintangi Tom Cruise dan Emily Blunt. Lakon layar oleh Christopher McQuarrie, Jez Butterworth dan John-Henry Butterworth ialah berdasarkan novel Jepun 2004, All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka. Filem ini mengambil tempat pada masa hadapan dimana Bumi diserang oleh makhluk asing. Major William Cage (Cruise), seorang pegawai perhubungan awam yang tidak mempunyai pengalaman pertempuran dipaksa oleh oleh pegawai atasannya untuk menyertai operasi pendaratan terhadap makhluk asing. Walaupun Cage terbunuh dalam pertempuran, dia mendapati dirinya dalam sebuah gelung masa yang menghantar dia kembali ke hari sebelum peperangan setiap kali dia mati. Cage berpasukan dengan pahlawan Pasukan Khas Rita Vrataski (Blunt) untuk meningkatkan kemahiran berlawan ketika hari-hari yang berulang itu, mencari jalan untuk mengalahkan penceroboh ruang angkasa.

Edge of Tomorrow
PengarahDoug Liman
Lakon layar
BerdasarkanAll You Need Is Kill oleh
Hiroshi Sakurazaka
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiDion Beebe
Disunting oleh
  • James Herbert
  • Laura Jennings
Muzik olehChristophe Beck
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
  • 28 Mei 2014 (2014-05-28) (London IMAX)
  • 06 Jun 2014 (2014-06-06) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
113 minit[2]
NegaraAmerika Syarikat[1]
BahasaEnglish
Bajet$178 juta[3]
Pecah panggung$369.2 juta[3]

Pada lewat tahun 2009, 3 Arts Productions membeli hak untuk novel tersebut dan menjual skrip spec kepada studio Amerika Syarikat, Warner Bros. Pictures. Studio itu menghasilkan filem itu dengan penglibatan 3 Arts, penerbit novel Viz Media dan syarikat Australia, Village Roadshow. Pengambaran bermula pada lewat tahun 2012, mengambil tempat di England di Leavesden Studios luar London dan lokasi-lokasi lain seperti Trafalgar Square dan Saunton Sands. Sembilan syarikat mengendalikan kesan visual.

Filem ini ditayangkan di teataer pada May 30, 2014, di 28 wilayah, termasuk United Kingdom, Brazil, Jerman, Sepanyol dan Indonesia. Pada June 6, 2014, ia ditayangkan di 36 wilayah tambahan termasuk Amerika Utara (Amerika Syarikat dan Kanada), Australia, China dan Rusia. Filem ini mengutip lebih $369 juta di teater seluruh dunia dan menerima ulasan positif daripada pengkritik.

Plot sunting

Apabila sebuah bangsa makhluk asing dipanggil Mimik menakluk dan memusnahkan Eropah, London adalah rintangan yang terakhir di Benua Lama. General Brigham merancang serangan ke Perancis menjangka untuk mengalahkan Mimik dan memerintah Major William Cage, seorang pegawai perhubungan awam Amerika Syarikat untuk menampung pencerobohan. Walau bagaimanapun, Cage tidak menerima tugasan itu dan mengancam Jeneral Brigham untuk mendedahkan korban awam. Dia ditangkap, dituduh pembelot dan ditugaskan untuk berlawan dalam pencerobohan di bawah perintah Sarjan Farell di Pangkalan Heathrow. Ramai manusia mati di dalam pencerobohan itu dan Cage membunuh seekor Mimik dan disembur oleh darahnya; kurang daripada lima minit dalam pertempuran, Cage mati. Yang menghairankan dia terbangun di Pangkalan Heathrow dan mengulangi hari yang sama berulang kali selepas mati. Setiap kali, Cage cuba untuk menukar kematian skuadnya dan dia berjumpa Sarjan Rita Vrataski yang menyuruh dia untuk mencarinya apabila dia bangun di pangkalan itu. Rita membawa Cage berjumpa Dr. Carter yang menerangkan kepadanya bahawa dia membunuh seekor Alpha dan darahnya telah diberi keupayaan untuk menetap semula masa. Di samping itu, harapan terakhir bumi ialah kemusnahan pemimpin Mimik, disebut sebagai Omega, yang tersembunyi.

Pelakon sunting

Produksi sunting

Muzik sunting

Edge of Tomorrow:
Original Motion Picture Soundtrack
Skor filem oleh
Dilancarkan padaJune 3, 2014
TempatAmerika Syarikat  
GenreSoundtrack
Panjang45:30
BahasaBahasa Inggeris  
SyarikatWaterTower Music
PengedarInterCom (en)   dan Netflix  
PengarahDoug Liman (en)    
PenerbitErwin Stoff (en)   dan Gregory Jacobs (en)    
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Komposer Christophe Beck merupakan tambahan lewat kepada filem ini, mengambil alih dari Ramin Djawadi, pilihan pertama Liman untuk menggantikan John Powell, yang sedang bercuti.[4] Edge of Tomorrow merupakan skor filem sains fiksyen pertama Beck.[5]

Additional music
No.TajukGubahanMasa
1."This Is Not the End"Fieldwork
2."Massive Mellow"Daniel Lenz
3."Railroad Track"Willy Moon
4."Trip Into The Light"Jeremy and the Harlequins
5."Love Me Again"John Newman


Tayangan sunting

Pemasaran sunting

Warner Bros. melabur lebih $100 juta dalam kempen pemasaran untuk Edge of Tomorrow.[6] Filem ini pada asalnya bertajuk All You Need Is Kill sempena tajuk novel itu. Pada bulan Julai 2013, Warner Bros. menukar tajuk itu kepada Edge of Tomorrow;[7] Presiden Warner Bros. Sue Kroll berkata tajuk tersebut ditukar kerana terdapat percakapan negatif tentang perkataan "kill" dalam tajuk itu.[8] Filem ini dipromosi di Comic-Con di San Diego, California pada bulan Julai 2013,[7] dan di WonderCon di Anaheim, California pada bulan April 2014. Turner Broadcasting, sebuah anak syarikat Time Warner seperti studio Warner Bros., mempromosi filem ini di saluran TV milik mereka termasuk CNN, TNT, TBS, Adult Swim, TruTV dan Funny or Die.

Box office sunting

Edge of Tomorrow memulakan tayangan teater di beberapa wilayah pada Mei 28, 2014 dan bertambah kepada 28 wilayah pada Mei 30–Jun 1, 2014.[9] Ia mengutip $20.1 juta pada minggu pembukaannya. Pada hujung minggu kedua Jun 6–8, 2014, ia ditayangkan di 36 wilayah tambahan. Edge of Tomorrow mengutip $100.2 juta di Amerika Utara dan $269 juta di wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $369.2 juta.[3] Selepas tayangan teater filem itu, Entertainment Weekly menyatakan ia mendapat sambutan suam box-office walaupun pujian daripada pengkritik.[10]

Penerimaan sunting

Edge of Tomorrow menerima sebahagian besarnya ulasan positif daripada pengkritik.[11] Berdasarkan 279 ulasan, laman web Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 90% kritikan memberi filem ini ulasan positif denagn purata rating 7.5 daripada 10. Metacritic meninjau 43 kritik dan menilai 35 ulasan sebagai positif dan lapan sebagai bercampur, dengan tiada negatif. Berdasarkan ulasan-ulasan itu, mereka memberi filem ini skor 71 daripada 100.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ "Edge of Tomorrow (2014)". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-12. Dicapai pada June 16, 2014.
  2. ^ "Edge of Tomorrow (12A)". bbfc.co.uk. British Board of Film Classification. Dicapai pada May 1, 2014.
  3. ^ a b c "Edge of Tomorrow". boxofficemojo.com. Box Office Mojo. September 11, 2014. Dicapai pada September 12, 2014.
  4. ^ Newman, Melinda (June 6, 2014). "Interview: 'Frozen' composer Christophe Beck on scoring 'Edge of Tomorrow'". HitFix. Dicapai pada October 19, 2014.
  5. ^ Schweiger, Daniel (June 3, 2014). "Interview with Christophe Beck". Film Music Magazine. Global Media Online. Dicapai pada June 4, 2014.
  6. ^ McClintock, Pamela (May 28, 2014). "Tom Cruise's 'Edge of Tomorrow' Tests Overseas Star Power as U.S. Tracking Soft". The Hollywood Reporter. Dicapai pada May 28, 2014.
  7. ^ a b Graser, Marc (July 15, 2013). "Tom Cruise Thriller 'All You Need Is Kill' Changes to 'Edge of Tomorrow,' Gets Comic-Con Push". Variety. Dicapai pada May 8, 2014.
  8. ^ Cheney, Alexandra (May 19, 2014). "Warner Bros. Tom Cruise Gear Up to Make Sure 'Tomorrow' Never Dies". Variety. Dicapai pada May 21, 2014.
  9. ^ "Edge of Tomorrow Movie 2014 – Worldwide Release Dates". edgeoftomorrowmovie.com. Warner Bros. Pictures. Dicapai pada June 5, 2014.
  10. ^ Labrecque, Jeff (September 30, 2014). "'Edge of Tomorrow' Blu-ray: Tom Cruise copters into London's Trafalgar Square". Entertainment Weekly. Dicapai pada September 30, 2014.
  11. ^ Faughnder, Ryan (June 5, 2014). "'Fault in Our Stars' likely to break Tom Cruise's heart at box office". Los Angeles Times. Dicapai pada June 5, 2014.
  12. ^ "Edge of Tomorrow". metacritic.com. Metacritic. Dicapai pada June 18, 2014.

Pautan luar sunting