EditPad merupakan penyunting teks berkuasa yang tersedia untuk Windows dan Linux. EditPad dimajukan oleh Jan Gonvaerts. Nama program tersebut merupakan ubahan daripada nama penyunting teks Notepad yang terkenal. EditPad memberikan banyak fungsi yang menarik bagi pengaturcara, termasuk keupayaannya membuka sebarang saiz fail, penonjol sinteks ( syntax highlighting ) untuk sebarang bahasa pengaturcaraan (bergantung kepada menyediakan fail tatarajah yang diperlukan), dan sokongan gambaran biasa ( regular expressions ) bagi carian dan pengantian. EditPad tersedia dalam versi ringan ( lite ) secara percuma (dengan gambaran biasa dilumpuhkan, tanpa fungsi pemeriksa ejaan dan beberapa perkakasan lain), dan versi pro penuh.

Pautan luarSunting

laman web EditPad