Edrie Hashim
Edrie Hashim (lahir 26 Ogos 1973) merupakan seorang komposer, jurutera bunyi dan penerbit rakaman Malaysia yang berprolifik sebagai pengarah dan konduktor muzik untuk artis rakaman, televisyen dan filem.[1][2] Sebagai komposer, beliau telah menerbitkan album dan lagu untuk ramai artis terkenal seperti Awie, Search, Amy Search, DefGabC, Gigiel, Hattan, Ella, Sarah Raisuddin dan Kat Hassan. Selain itu, beliau juga terkenal sebagai gitaris kumpulan Chapters (ditubuhkan pada 1990) dan Projek Pistol (ditubuhkan pada 2009).[3]
Edrie Hashim | |
---|---|
Kelahiran | [Taman Keramat], Kuala Lumpur, Malaysia | 26 Ogos 1973
Genre | Rock, pop rock, balada, pop |
Pekerjaan | Komposer, jurutera bunyi, penerbit rakaman, konduktor muzik |
Instrumen | Gitar, gitar elektrik keyboard |
Tahun aktif | 1990–kini |
Syarikat rakaman | Neo Gendang Records |
Pengkarya berkait | Chapters, Projek Pistol, Hattan Amy, Ella, Search, Giegiel, DefGabC, Cromok |
Pengasas Neogendang Record dan Studio Rakaman Neogendang
Memenangi 10 Anugerah Industri Muzik (AIM)
- Lagu Rock Terbaik ( Dibawah Gerbang Skaea- Amy Search)
- Album Rock Terbaik (Gothik Malam Edan - Search)
- Album Pop Rock Terbaik ( Santai - Awie)
dan banyak lagi
Telah dipanggil untuk menganggotai band Lagenda Wings sejak 2015
Latar belakangSunting
Beliau dilahirkan pada 26 Ogos 1973 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Edrie bersekolah di Sekolah Menengah Taman Keramat.[4] Dari 2000 hingga 2004, Edrie pernah memegang jawatan sebagai Pengurus A&R di BMG Music.[2] Pada tahun 2005, beliau menubuhkan syarikat rakamannya, Neo Gendang Records dan beberapa anak syarikat lain.[2]
Kehidupan peribadiSunting
Edrie berkahwin dengan vokalis kumpulan Candy, Nurul Nadhira Patricia Robert pada 2002 dan dikurniakan dua cahayamata, Darren Haikal dan Dylan Haidar yang kedua-duanya menghidap autisme.[5]
DiskografiSunting
- Transfigurasi Vol. 1 (2007)
RujukanSunting
- ^ Abdul Aziz Itar (21 November 2011). "Edrie bersemangat hero gitar". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-22. Dicapai pada 19 Julai 2018.
- ^ a b c "Seni Fokus: Komposer filem - Edrie Hashim, si pemburu masterpiece". The Daily Seni. 19 Julai 2015. Dicapai pada 24 Oktober 2015.
- ^ "Projek Pistol, bukan rock kapak". Kosmo!. 18 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2010. Dicapai pada 24 Oktober 2010.
- ^ Khadijah Ibrahim (4 Mei 2006). "Edrie Hashim komposer rock berjiwa romantis". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-17. Dicapai pada 18 Julai 2018.
- ^ Zaiton Abdul Manaf (10 Julai 2019). ""Tak boleh terima anak saya autism, bimbang mereka malu jika orang tahu" - Edrie Hashim dan isteri cuba dedah dua anak autism, puji Zarina Zainuddin contoh terbaik". Keluarga. Dicapai pada 24 Oktober 2019.