Bangunan Parlimen Finland di ibu negara Helsinki.

Parlimen Finland (Bahasa Finland: Suomen eduskunta, Bahasa Sweden: Finlands riksdag) merupakan badan perundangan terutama negara Finland yang diasaskan pada tanggal 9 Mei 1906.[1] Ia memegang kuasa rakyat negara mengikut Perlembagaan Finland.[2] Ia dianggotai 200 orang ahli: 1 wakil daripada Kepulauan Åland manakala 199 wakil yang lain dilantik setiap empat tahun hasil pilihan raya peringkat daerah[3] menggunakan kaedah d'Hondt.

Latar belakangSunting

Badan ini menggantikan Diet Finland (Bahasa Sweden: lantdagen; Bahasa Finland: maapäivät / valtiopäivä) dan sebelum itu Riksdag Darjat-Darjat (Riksens ständer) pada tahun 1809. Ia ditubuhkan selepas suatu Akta Parlimen tahun 1906 ketika Kerajaan Besar Finland memerintah sendiri di bawah naungan Tsar Empayar Rusia sebagai seorang Knyaz (Bahasa Rusia: князь, setaraf duke). Hak mengundi sejagat mula-mula diamalkan di negara ini buat pertama kalinya di dunia. Pilihan raya umum pertama untuk badan ini diadakan pada tahun 1907.

Parlimen pada awal penubuhannya berada dalam keadaan sangat genting kerana campur tangan Nikolai II serta suatu kelompok dalam Tentera Darat Imperial Rusia pimpinan baginda - badan tersebut dibubarkan serta plihan raya umum baru diadakan setiap tahun. Parliament ini mula mendapat kuasa sebenar ia berikutan Revolution Februari 1917 yang menggulingkan pemerintahan Tsar,[4] serta kemerdekaan Finland pada tahun sama.

KeanggotaanSunting

Parti Nama
bahasa Finland
Nama
bahasa Sweden
Bil.
kerusi
Pemerintah Parti Tengah Suomen Keskusta Centern i Finland 48
Parti Campuran Nasional Kansallinen Kokoomus Samlingspartiet 38
Masa Hadapan Biru Sininen tulevaisuus Blå framtid 18
Pembangkang Parti Demokrasi Sosial Suomen
sosialidemokraattinen puolue
Finlands social
demokratiska parti
35
Parti Orang Finland Perussuomalaiset Sannfinländarna 17
Liga Hijau Vihreä liitto Gröna förbundet 15
Perikatan Kiri Vasemmistoliitto Vänsterförbundet 12
Parti Bangsa Sweden Suomen ruotsalainen
kansanpuolue
Svenska folkpartiet
i Finland
10
Perikatan Åland - Åländsk Samling 1
Demokrat Kristian Kristillisdemokraatit Kristdemokraterna 5
Liike Nyt Rörelse nu 1
Pergerakan Enam Bintang Seitsemän tähden liike[5] Sju stjärnors rörelsen[6] 1
Jumlah keseluruhan 200

RujukanSunting

  1. ^ "Eduskunnan historia". www.historianhavinaa.net. Dicapai pada 2 Januari 2018.
  2. ^ Constitution of Finland (PDF). 1999. m/s. 1.
  3. ^ http://www.vaalit.fi/fi/index/vaalit/eduskuntavaalit/vaalipiirit.html
  4. ^ Apunen 1987, pp. 47–404
  5. ^ Ruokangas, Perttu (16 November 2018). "Väyrynen ei ehdolle EU-vaaleihin, eduskuntavaaliehdokkuus 'mahdollista'". Yle News (dalam bahasa Finland). Dicapai pada 19 November 2018.
  6. ^ Pettersson, Dann (1 August 2018). "HS: Paavo Väyrynen misstänkts använda e-postlista från sitt förra parti - 'Uppgifterna är stulna' säger Medborgarpartiet". Yle News (dalam bahasa Sweden). Dicapai pada 19 November 2018.

Pautan luarSunting