Edward III dari England
Edward III (13 November 1312 - 21 Jun 1377) merupakan salah seorang daripada Raja Inggeris yang paling berjaya semasa Zaman Pertengahan. Edward III mengembalikan kekuasaan raja selepas bencana yang ditinggalkan daripada bapanya, Edward II, Edward III telah menukar Kerajaan England menjadi kuasa tentera yang paling berkuasa di Eropah. Pembangunan penting dalam pembangunan parlimen dan kerajaan dapat dilihat pada zaman pemerintahan baginda;secara khususnya dalam evolusi parlimen Inggeris - serta kerosakan Black Death. Pemerintahan Edward III kekal di atas takhta selama 50 tahun; tidak ada raja Inggeris telah memerintah selama itu sejak Henry III, dan tiada raja lain selepasnya sehingga George III, sebagai Raja United Kingdom.
Edward III | |
---|---|
Raja England; Pemerintah Ireland | |
Edward III seperti digambarkan dalam Sejarah England Cassell (1902) | |
Pemerintahan | 1 Februari 1327 - 21 Jun 1377 (50 tahun) |
Pertabalan | 1 Februari 1327 |
Pendahulu | Edward II |
Pengganti | Richard II "dari Bordeaux" |
Permaisuri | Philippa dari Hainault |
Anakanda | |
Edward, Putera Wales "Si Putera Hitam" Isabella, Dame de Coucy Lady Joan Lionel dari Antwerp, Duke Clarence John dari Gaunt, Duke Lancaster Edmund dari Langley, Duke York Mary, Duchess Brittany Margaret Plantagenet, Countess Pembroke Thomas dari Woodstock, Duke Gloucester | |
Gelaran | |
Raja Earl Chester Duke Aquitaine Edward dari Windsor | |
Wangsa | Kerabat Diraja Plantagenet |
Ayahanda | Edward II |
Bonda | Isabella dari Perancis |
Lahir | 13 November 1312 Istana Windsor, Berkshire |
Mangkat | 21 Jun 1377 (64 tahun) Istana Sheen, Richmond |
Dikebumikan | Westminster Abbey, London |
Edward telah dimahkotakan pada usia 14 tahun, berikutan kemangkatan bapanya. Apabila Edward berumur 17 tahun, beliau mengetuai satu rampasan kuasa ke atas Pemangku Raja, Roger Mortimer, dan memulakan pemerintahan baginda sendiri. Pada 1340, setelah menundukkan (tetapi bukan menakluk) Kerajaan Scotland, beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai waris sah ke atas takhta Perancis, yang kemudian telah memulakan Perang Seratus Tahun. Berikutan beberapa kegagalan awal, perang ini membawa kemenangan luar biasa kepada England; kemenangan di Crécy dan Poitiers membawa kepada Perjanjian Brétigny. Bagaimanapun pada tahun-tahun terkemudian, menandakan kegagalan antarabangsa dan perselisihan dalaman, disebabkan kekakuan dan keadaan kesihatan terus Edward.
Walaupun Edward III merupakan seorang yang meragam, beliau mempunyai sifat belas kasihan. Beliau kebiasaanya merupakan seorang raja konvensional, cukup tertarik pada peperangan. Edward amat dihormati pada zamannya dan berabad selepas, beliau kemudian dikecam sebagai seorang pengembara yang tidak bertanggungjawab oleh sejarawan Whig. Pandangan ini berubah setelah pensejarahan moden menghargainya di atas pencapaiannya yang banyak.
Salasilah keluarga
sunting
Philip III
(1270–1285)
Philip IV
(1285–1314) Charles dari Valois
(† 1325)
Louis X
(1314–1316) Philip V
(1316–1322) Charles IV
(1322–1328) Isabella Edward II Philip VI
(1328–1350)
Edward III
Philip III (1270–1285) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Philip IV (1285–1314) | Charles dari Valois († 1325) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Louis X (1314–1316) | Philip V (1316–1322) | Charles IV (1322–1328) | Isabella | Edward II | Philip VI (1328–1350) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Edward III | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lihat di sini untuk salasilah lengkap keluarga Diraja Britain.
Pautan luar
- Templat:Genealogics name
- FMG on Edward III
- The Medieval Sourcebook has some good sources relating to the reign of Edward III:
- Man of War: Edward III, King of England (myArmoury.com article)
- The Company Of Chivalry: Re-enactment from the time of Edward III
|