Edward Alexander MacDowell merupakan seorang penggubah Amerika dan pemain piano pada era romantis.

Edward MacDowell terkenal dengan karyanya Piano Concerto No. 2.

Edward MacDowell dilahirkan di Bandar Raya New York, dan bapanya Thomas MacDowell seorang penjual susu manakala ibunya Frances Mary Knapp.[1] Pada tahun 1884, Edward berkahwin dengan Marian Griswold Nevins, iaitu seorang warga Amerika yang telah menjadi pelajar pianonya di Frankfurt selama 3 tahun. Di Jerman, mereka tinggal di Frankfurt pada awalnya, kemudian di Darmstadt, and akhirnya di Wiesbaden. Pada tahun 1896, Universiti Princeton menganugerahi Edward ijazah kehormat Kedoktoran Muzik. Hasil karyanya merangkumi Op. 1 Amourette (1896) hingga Op. 60 Three Songs (1902) dan lagu-lagu lain.

Rujukan sunting

  1. ^ Robin Rausch (Music Specialist at the Library of Congress). MacDowell by E. Douglas Bomberger (review). Notes, Volume 71, Number 2, December 2014, pp. 280-283. DOI: 10.1353/not.2014.0150