Egon Karl-Heinz Bahr (18 Mac 1922 – 20 Ogos 2015) merupakan bekas ahli politik dari Parti Demokratik Sosial Jerman [1]

Egon Bahr
Menteri Persekutuan Hal Ehwal Khas (Jerman)
Dalam jawatan
1972–1974
Menteri Kerjasama Ekonomi
Dalam jawatan
1974–1976
Didahului olehErhard Eppler
Digantikan olehMarie Schlei
Butiran peribadi
Lahir(1922-03-18)18 Mac 1922
Treffurt, Thuringia, Jerman
Meninggal dunia20 Ogos 2015(2015-08-20) (umur 93)
Parti politikSPD
PekerjaanAhli politik, penulis

Bahr telah dilantik oleh Canselor Jerman, Willy Brandt sebagai Setiausaha Pejabat Perdana Menteri dari 1969 sehingga 1972. Dari tahun 1972 sehingga 1990, beliau telah menjadi ahli Parlimen Bundestag, Jerman dan beliau turut pernah menjadi Menteri Kerajaan Persekutuan dari tahun 1972 sehingga 1976.

Biografi sunting

Bahr telah dilahirkan di Treffurt, Thuringia, kepada pasangan Hedwig dan Karl Bahr, seorang guru di sekolah menengah.[2] Ketika Perang Dunia Kedua, Bahr telah menjadi askar di Wehrmacht (1942-1944). Namun, akhirnya beliau dituduh sebagai bukan berketurunan Arya kerana neneknya merupakan seorang Yahudi.[3] Selepas itu, beliau ditugaskan pekerja persenjataan di Rheinmetall-Borsig.

Selepas perang, Bahr telah bekerja sebagai penulis di Berliner Zeitung, salah satu akhbar utama Berlin Barat. Beliau kemudiannya bekerja dengan dua lagi penerbitan Berlin Barat iaitu Allgemeine Zeitung dan Der Tagesspiegel.[4] Dari tahun 1950 sehingga 1960, beliau telah bertugas sebagai Ketua Pengulas Biro RIAS , (“ Rundfunk im amerikanischen Sektor”, or “Penyiaran di Sektor Amerika”). Pada tahun 1959, beliau menerima jawatan sebagai atase akhbar kepada Kedutaan Jerman Barat di Ghana. Dari tahun 1984 hingga 1994, Bahr berkhidmat sebagai Pengarah Institut Penyelidikan Keamanan dan Dasar Keselamatan di Universiti Hamburg, di mana beliau menerima jawatan profesor kehormat pada tahun 1984. Bahr telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Pada 19 Ogos 2015, Bahr telah meninggal dunia pada usia 93.[5][2]

Penglibatan politik sunting

Bahr merupakan ahli SPD dari tahun 1956 sehingga kematiannya pada tahun 2015. Dari tahun 1976 sehingga 1981, beliau telah ditugaskan sebagai pengarah eksekutif (Bundesgeschäftsführer) SPD. Bahr turut menjadi ahli Parlimen Bundestag dalam pilihanraya 1976 dan 1980.

Penerbitan sunting

  • Zu meiner Zeit. Blessing, Munich 1996, ISBN 3-89667-001-8 (Bahr’s autobiography)
  • Willy Brandts europäische Außenpolitik (Schriftenreihe der Bundeskanzler-Willy-Brandt-Stiftung, Heft 3). Berlin 1999, ISBN 3-933090-02-4
  • Deutsche Interessen: Streitschrift zu Macht, Sicherheit und Außenpolitik. Goldmann, Munich 2000, ISBN 3-442-75593-X
  • Der deutsche Weg: Selbstverständlich und normal. Blessing, Munich 2003, ISBN 3-89667-244-4
  • Plädoyer für eine transatlantische Arbeitsteilung. in: Jäger, Thomas / Höse, Alexander / Oppermann, Kai (eds.) 2005: Transatlantische Beziehungen: Sicherheit – Wirtschaft – Öffentlichkeit, VS Verlag für Sozialwissenschaften, Wiesbaden pp. 489-495, ISBN 3-531-14579-7
  • Ostwärts und nichts vergessen! Kooperation statt Konfrontation. VSA-Verlag, Hamburg 2012, ISBN 978-3-89965-504-9.
  • „Das musst du erzählen“ – Erinnerungen an Willy Brandt. Propyläen, Berlin 2013, ISBN 978-3-549-07422-0.
  • Das Prinzip Apfelbaum: 11 Persönlichkeiten zur Frage „Was bleibt?“ herausgegeben von der Initiative „Mein Erbe Tut Gutes. Das Prinzip Apfelbaum“. Fotografien von Bettina Flitner. Vergangenheitsverlag, Berlin 2014, ISBN 978-3-86408-182-8.

Rujukan sunting

  1. ^ Dennis Kavanagh (1998). "Bahr, Egon". A Dictionary of Political Biography. Oxford University Press. m/s. 27. Dicapai pada 31 August 2013. – via Questia (langganan diperlukan)
  2. ^ a b "Egon Bahr, Who Laid Groundwork for German Reunification, Dies at 93". New York Times. 20 August 2015. Dicapai pada 21 August 2015.
  3. ^ Hermann Schreiber (25 December 1972). ""Er denkt zuviel - die Leute sind gefährlich"". Der Spiegel. Dicapai pada 1 November 2009.
  4. ^ "Bahr: Viel dazugelernt". Der Spiegel. 9 February 1970. Dicapai pada 1 November 2009.
  5. ^ www.spiegel.de