Egon Krenz (lahir pada 19 Mac 1937) adalah bekas ahli politik Parti Komunis Jerman Timur. Beliau memimpin German Democratic Republic (GDR) pada 1989 sebelum kerajaan GDR tumbang.

Egon Krenz
Bundesarchiv Bild 183-1984-0704-400, Egon Krenz.jpg
Setiausaha Agung Jawatankuasa Parti Persatuan Sosialis Jerman
Dalam jawatan
18 October 1989 – 3 Disember 1989
Didahului olehErich Honecker
Digantikan olehJabatan dihapuskan
Ketua Dewan Negeri Republik Demokratik Jerman
Dalam jawatan
18 Ostober 1989 – 6 Desember 1989
Didahului olehErich Honecker
Digantikan olehManfred Gerlach
Butiran peribadi
Lahir (1937-03-19) 19 Mac 1937 (umur 83)
Kolberg, Pomerania Jauh, Jerman (kini Kołobrzeg, Poland)
Parti politikPartai Persatuan Sosialis Jerman
Profesionhli politik
Tandatangan

Awal hidupSunting

Krenz dilahirkan di Kolberg di Jerman tapi sekarang dalam negara Poland. Keluarganya dipindahkan ke Damgarten tahun 1944, apabila Jerman Barat dan Jerman Timur pecah.

Beliau menyertai Parti Komunis pada tahun 1955 dan menyertai Politburo pada tahun 1983. Beliau menjadi Setiausaha Agung Pergerakan Pemuda Komunis.

Krenz telah mengetuai protes menentang pemimpin komunis iaitu Erich Honecker hingga meletakkan jawatan pada 18 Oktober 1989.

Dari 18 Oktober 1989 hingga 3 Disember 1989 beliau menjadi Setiausaha Socialist Unity (Communist) Party (SED) menggantikan Erich Honecker.

Kerjaya politikSunting

Krenz memperkenalkan pembaruan dan kebebasan demokrasi. Seterusnya meruntuhkan Tembok Berlin pada 9 November 1989 yang merupakan kesilapan menterinya yang bernama Gunter Schabowski. Akhirnya kerajaan komunis Jerrman Timur telah runtuh.

Krenz meletakkan jawatan pada 7 Disember 1989. Beliau dikatakan meletakkan jawatan kerana berasa malu dengan penyelewengan, rasuah dan ketidakadilan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin komunis sebelum beliau. Semua pemimpin komunis itu merupakan orang yang disanjungnya tetapi telah didapati menyalahgunakan kuasa sehingga rakyat menderita.

Pasca-Perang DinginSunting

Krenz telah dipenjarakan selama 6 1/2 tahun pada 1997 kerana jenayah semasa Perang Dingin terutama berkaitan pembunuhan mereka yang melarikan diri dari Jerman Timur dan ingin menyeberangi Tembok Berlin. Beliau dibebaskan pada Disember 2003 dan masih dalam pemerhatian sehingga tahun 2006.

Lihat jugaSunting

Senarai pemimpin Jerman Timur