Eiffel I'm in Love
Eiffel... I'm in Love ialah filem drama remaja romantis tahun 2003 dari Indonesia mengenai konflik antara remaja dan orang tua. Dibintangi oleh Samuel Rizal dan Shandy Aulia sebagai watak utama. Filem ini diadaptasikan novel karya Rachmania Arunita berjudul Eiffel I'm in Love. Beberapa pelakon turut membintangi filem ini iaitu Titi Kamal, Helmy Yahya, Didi Petet dan Hilda Arifin.
Eiffel I'm in Love | |
---|---|
Pengarah | Nasri Cheppy |
Penulis | Riheam Junianti |
Dihasilkan oleh | Ram Soraya Sunil Soraya |
Dibintangi | Samuel Rizal Shandy Aulia Titi Kamal Yogi Finanda Saphira Indah Rianti Cartwright Didi Petet Helmy Yahya |
Sinematografi | Rocky Soraya |
Disunting oleh | Leo Sutanto |
Muzik oleh | Melly Goeslaw Anto Hoed |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Soraya Intercine Films MOX Originals Disney+ Netflix Originals Vidio |
Tarikh tayangan | 21 November 2003 |
Masa tayangan | 262 Minit |
Negara | Indonesia |
Bahasa | Indonesia |
Filem ini memenangi MTV Indonesia Movie Awards 2004 bagi kategori "Filem Kegemaran" dan menerima pencalonan untuk "Filem Terbaik".
Plot
suntingTita adalah seorang anak kedua dari dua adik-beradik. Tita mempunyai seorang abang bernama Alan dan Tita kini berumur 15 tahun. Saat-saat remaja yang terindah bagi anak seusianya. Tetapi berbeza dengan remaja pada umumnya. Tita adalah seorang remaja yang menghabiskan masa remajanya di rumah saja kerana namanya yang over prodktif. Suatu hari Tita meminta izin untuk pergi ke mall bersama teman-temannya. Tetapi mamanya tidak mengizinkan Tita untuk pergi kerana bimbang akan terjadi sesuatu kepadanya nanti. Tita tidak boleh pergi jalan-jalan sehingga usianya 20 tahun. Tita sebenarnya sudah mempunyai pacar bernama Ergi. Mereka sudah berpacaran backstreet selama 2 tahun tetapi mereka belum pernah keluar jalan bersama. Tita sudah mencuba berulang kali mencari alasan untuk keluar dengan Ergi. Tetapi usahanya sia-sia.
Pada suatu hari Tita disuruh papa dan mamanya menjemput teman orang tuanya mereka yang datang dari Perancis di bandara. Alan berkata bahawa mungkin Tita akan dijodohkan dengan anak teman orang tuanya itu iaitu Pakcik Reza dengan anaknya bernama Adit. Mendengar hal tersebut Tita gelak besar, Tita tidak tahu bahawa itu hanya gurauan. Disamping itu, Nanda sedang menelefon Tita. Ananda adalah sahabat Tita sekaligus teman sekolah Tita. Nanda memang selalu menelefon Tita sekadar untuk menanyakan tentang abang Tita Alan. Ananda mengambil berat tentang Alan. Tita juga sering curhat dengan Ananda. Kali ini Tita juga menceritakan tentang kedatangan Adit kepada Ananda. Anada kemudian meneka bahawa Tita akan dijodohkan dengan Adit. Mendengar hal itu, Tita menjadi terfikir tentang perjodohan tersebut. Apakah benar Tita akan dijodohkan dengan Adit?. Lalu bagaimana dengan Ergi.
Keesokan harinya Tita menjemput Adit dan Pakcik Reza di bandara. Sudah tiga jam Tita menunggu Pakcik Reza dan Adit. Tita sudah mula rasa bosan dan jemu. Lalu Tita mengeluarkan walkman dan membuka radio serta segmen kesukaannya iaitu "Tisam" dan "Titip Salam". Ketika sedang asyik mendengar radio, Tita sangat terkejut ketika mendengar apa yang dikatakan Fara di radio. Fara mengatakan bahawa Tita sedang menjemput calon suaminya dari Perancis di bandara. Setelah Fara, Ergi pun turut menelefon di radio. Ergi ingin bertanya apakah semua gosip yang tersebar bahawa Tita hamil dengan Ergi yang menyebabkan Tita berkahwin. Setelah itu, DJ memutarkan lagu kesukaan Tita. Tita tidak seceria biasanya ketika mendengarkan lagu tersebut. Tita gelisah dan bingung bagaimana kawan-kawan Tita boleh tahu tentang Adit.
Tiba-tiba, lamunannya terganggu oleh suara pemandunya yang menyuruh Tita menanyakan kepada Papa Tita mengapa Pakcik Reza tidak datang. Setelah menelefon Papanya, Tita baru tersedar bahawa Tita menunggu di tempat yang salah. Dengan terburu-buru, Tita menuju ke tempat Pakcik Reza yang dimaksudkan oleh Papanya. Tiba-tiba Tita terlanggar seseorang tidak lain tidak bukan adalah Adit. Ketika pertemuan pertamanya itu, Adit terus memarahi Tita kerana kerana baju Adit basah terkena terkena minuman yang dibawanya ditambah lagi Adit sudah menunggu selama 2 jam. Sikap Adit yang sombong, pemarah, angkuh dan cuek bertolak belakang sekali dengan Pakcik Reza yang baik, penyabar dan peramah. Pakcik Reza tidak berhenti mengajak Tita bercakap sehingga sampai di rumah Tita. Sesampainya di rumah, kedatangan Pakcik Reza dan Adit disambut baik oleh keluarga Tita.
Ketika Tita di bandara tadi, Ergi dan Nanda menelefon ke rumah Tita. Kemudian Tita menelefon Nanda dan marah-matah kerana dia menceritakan tentang Adit kepada kawan-kawan Tita. Selain itu Tita juga menanyakan Nanda tentang kerja sekolah pagi tadi. Setelah selesai menelefon Nanda, Tita terus membuat kerja sekolah fizik nombor 1-50 hingga waktu malam. Ketika Tita ingin menelefon Ergi di bawah, Tita tidak sengaja mendengar perbualan Adit bahawa ia akan dijodohkan dengan Tita. Tita semakin ingin tahun setelah mendengar hal tersebut. Kemudian Tita mengintip melalui lubang kunci untuk memastikan apakah Pakcik Reza ada di dalam atau tidak. Baru sekejap ia membongkokkan badan, tiba-tiba pintu bilik Adit terbuka dan Adit keluar. Selepas itu, Adit memarahi Tita lagi dan Tita pun balik ke biiknya. Tita tidak boleh membayangkan kalau Adit yang menjadi suaminya nanti. Hilang sudah cita-cita Tita untuk mendapatkan lelaki yang hensem, tinggi, hangat, peramah, memahami dan baik.
Keesokan harinya, Tita menjadi murung dan diam. Ia tidak bersemangat untuk keluar dari kelas. Tetapi Fara tetap ingin mengajak Tita ke kantin. Dengan terpaksa, Tita mengikuti Fara. Fara merupakan kawan karib satu kelas dengan Tita. Fara yang dulunya menyukai Ergi, tetapi Fara marah kerana Ergi lebih memilih Tita daripadanya. Kini Fara tidak lagi marah dengan Tita kerana ia merupakan gadis yang cukup popular di sekolah. Ia banyak mengenali murid di kelas 3. Ketika Tita dan Fara berjalan di depan anak kelas tiga yang sedang lepak di kantin. Tita mendengar gosip yang buruk tentang dirinya. Setelah mendengar hal tersebut, Tita berlari meninggalkan kantin sambil menangis. Tiba-tiba Tita terlanggar Ergi. Kemudian di dalam kelas, Tita menceritakan kepada Ergi apa yang sebenarnya antara ia dan Adit. Setelah selesai, Ergi balik ke kelasnya. Tidak sengaja Tita melihat Fara yang tidak berhenti melihat Ergi.
Setelah itu Uni menghampiri Tita dan mengejutkan Tita. Uni menanyakan kepada Tita secara langsung apakah betul gosip tersebar itu. Kemudian Tita menjelaskan dengan panjang lebar apa yang sebenarnya terjadi Tita dan Adit. Uni memutuskan untuk singgah ke rumah Tita ketika balik sekolah nanti untuk melihat Adit. Setelah sampai di rumah, Tita dan Uni terus ke bilik yang berada di atas. Setelah Uni meletakkan beg, Uni pergi ke bilik mandi. Tak sengaja ia berjumpa dengan lelaki yang hensem dan hebat. Uni seperti cacing kepanasan melihat lelaki tersebut yang sangat super hensem.
Kemudian Uni memberitahu kepada Tita. Lalu Tita dan Uni pergi ke bilik mandi. Tita ingin tahu siapa lelaki yang diceritakan Uni. Kerana ingin tahu, Tita mengintip melalui lubang kunci bilik mandi. Tiba-tiba pintu terbuka. Ternyata lelaki yang dilihat Uni tadi ialah Adit. Tita menjadi salah tingkah kerana mengintip Adit dan dengan cepat Tita kembali ke biliknya. Setelah di dalam bilik, Uni bertanya tentang Adit pada Tita. Uni sangat menyokong apabila Tita dijodohkan dengan Adit. Lebih-lebih lagi Uni menyuruh Tita untuk putus dengan Ergi. Ketika Uni ingin balik ke rumahnya, Mama Tita menyuruh Tita untuk menemani Adit jalan-jalan dan membeli oleh-oleh untuk kawan-kawan Adit yang berada di Perancis. Dengan cara spontan, Uni mengatakan kalau ia bersedia menemani Adit membeli oleh-oleh bersama dengan Tita.
Dengan terpaksa Tita menuruti kemahuan Mamanya itu. Kemudian Tita dan Uni tukar baju. Tita membantu merapikan dandanan Uni. Kemudian mereka turun ke bawah. Tita yang sedang bingung mencari Adit di bawah dengan senang hati Uni membantu Tita, Ia mencari Adit di atas. Ketika Uni berjumpa dengan Adit, ia terus berkenalan dengan Adit. Adit yang mengetahui yang Uni ialah kawan paling dekat Tita, ia kemudian meminta sesuatu bantuan pada Uni. Selepas selesai bercakap, Adit dan Uni turun ke bawah terus menaiki kereta dan bertolak. Setelah sampai di mall, Adit sibuk memilih barang dengan Uni. Mereka berdua dilihat akrab sekali. Sesekali Tita mencuba memberi barang sebagai cadangan pada Adit, tetapi Adit menghiraukannya. Setelah itu Uni ke tandas. Saat itulah Tita menanyakan apa yang didengarnya tempoh lalu tentang perbualan Adit di bilik mengenai perjodohan ia dan Tita. Dengan santainya Adit membetulkan perkataannya waktu itu. Tita tidak terima dengan perjodohan tersebut, kerana Tita sudah mempunyai Ergi. Tita memuji-muji Ergi di depan Adit.
Kerana Adit tak mahu kalah, Adit mengajak Tita untuk double date supaya Tita tahu bahawa kekasih Adit lebih perfect daripada kekasih Tita. Tita bersetuju dengan cadangan Adit tersebut dan menyusulkan untul pergi ke acara kembang api taman kota. Ketika di bawah Uni tidak sengaja melihat Ergi bersama seseorang. Lalu Uni memberitahu pada Tita. Untuk memastikannya Tita turun ke tingkat satu mall tersebut, ternyata apa yang dikatakan Uni itu betul. Dalam perjalanan untuk balik, Tita masih memikirkan apa yang dilihatnya tadi. Apakah betul itu Ergi? Apakah Ergi berjalan dengan Fara? sesampai di rumah Tita menelefon Nanda dan curhat tentang Ergi tadi. Tita juga memberitahu kerja sekolah pagi tadi kepada Nanda kerana tadi tidak ke sekolah. Kemudian Tita menelefon Ergi untuk memastikan perempuan apa yang dilihatnya tadi. Ternyata Ergi berbohong, lalu Ergi meminta tolong pada Tita untuk memberi alasan ia tidak masuk kerana ia akan mengikuti tes LIA. Keesokan hariny, Tita pergi ke kelas Ergi untuk menyampaikan pesanan dari Ergi malam tadi. Tita berjumpa dengan ketua kelas Ergi yang bernama Mita.
Mita menyuruh Tita untuk jangan balik dulu setelah habis sekolah nanti. Setelah itu Tita kembali ke kelasnya. Ketika berada di kelas, Nanda memberikan surat kepada Tita daripada murid kelas 3. Setelah membaca surat itu, ternyata itu ialah surat cinta dari seseorang yang bernama Surya. Nanda juga ingin tahu ada apa dengan surat itu. Lalu ia menanyakan kepada Tita. Ketika Nanda tahu bahawa itu adalah surat cinta, Nanda ketawa terbahak-bahak kerana tidak berani mengatakannya secara langsung. Kemudian Tita menceritakan perbualan Mita tadi kepada Nanda. Nanda tidak mahu campur tangan dengan urusan Tita yang satu ini. Kerana marah dengan sikap Nanda, kemudian Tita keluar kelas untuk menghirup udara segar. Tita yang ternampak Fara diluar lalu menyapanya. Lalu Fara ingn bercakap dengan Tita secara serius. Fara menyuruh Tita untuk memutuskan hubungan dengan Ergi tanpa alasan yang jelas. Setelah mendengar perkataan Fara, Tita menjadi emosi dan menjawab perkataan Fara bahawa Tita akan putus dengan Ergi. Sambil menangis Tita pergi meninggalkan Fara. Tita tidak habis fikir kenapa Fara sanggup buat begitu pada dirinya. Tita ingat sewaktu menjadi kekasih Ergi. Tita minta maaf ke atas Fara sampai jungkir balik. Waktu itu Tita dimaafkan, tapi hubungan mereka tidak seperti akrab dulu lagi. Tita sudah menunggu 10 minit setelah pulang sekolah berbunyi. Kemudian datanglah seseorang murid kelas 3 yang berjalan menghampiri Tita. Lelaki tersebut bernama Angga.
Ia ingin mengajak Tita berjalan-jalan. Tetapi Tita tidak boleh kerana ia sudah ada janji dengam Ergi. Mendengar hal tersebut, wajah Angga nampak murung. Lalu ia turun ke bawah bersama Tita. Ketika di gerbang sekolah, Tita melihat sekumpulan murid perempuan kelas 3. Ternyata mereka mengelilingi Adit. Adit yang melihat Tita lalu memanggilnya dan menghampirinya. Kemudian Adit mengajak Tita untuk pergi dari tempat kerumunan tersebut. Kemudian Adit dan Tita berjumpa dengan Uni. Kemudian Uni mengajak untuk pergi ke kantin. Tetapi Tita tidak mahu pergi dan ia nak balik. Tita tidak tahu bahawa pemandunya yang biasa menjemputnya kali ini tidak ada. Akhirnya Tita balik bersama dengan Adit. Ketika Adit menjemput Tita ia menaiki kereta VW Beetle baru berwarna kuning. Ketika di dalam kereta Tita dan Adit tidak bercakap langsung. Tiba-tiba kereta Adit berhenti di tengah jalan yang jaraknya agak jauh dari rumah Tita. Adit menyuruh Tita supaya turun dan balik sendiri kerana Adit ada urusan penting. Dengan terpaksa Tita balik jalan kaki kerana Tita tidak pernah diberi duit lebih. Adit kembali melanjutkan perjalanan menuju ke apartmen. Ia menaiki lif ke tingkat tujuh bilik nombor 20. Ia ingin berjumpa dengan seseorang iaitu bekas kekasihnya dulu yang bernama Intan. Ketika dibilik apartmen itu Intan tidak duduk sendiri, ia duduk bersama seorang lelaki yang usianya lebih muda dari Intan. Kemudian lelaki itu pergi meninggalkan mereka. Adit ingin meminta tolong dari Intan untuk pura-pura menjadi kekasihnya nanti ketika double date di acara kembang api. Tanpa berfikir panjang Intan terus membantu Adit. Bahkan ia juga mahu kalau betul-betul menjadi kekasih Adit lagi. Intan meminta imbuhan atas pertolongannya tersebut. Tita marah-marah dengan Bi Ica kerana kakinya sakit setelah berjalan kaki. Kemudian Tita terus masuk ke biliknya untuk tidur kerana ia sangat penat.
Pada waktu siang hari, Tita meminta izin daripada Mamanya untuk pergi ke acara kembang api yang diadakan setahun sekali saja. Tita terus merengek supaya dapat pergi ke acara tersebut. Bak seorang pahlawan, Adit menawarkan diri untuk pergi menemani dan menjaga Tita di acara kembang api itu. Akhirnya Mama Tita mengizinkan Tita pergi bersama dengan Adit. Kemudian dengan cepat Tita menukar bajunya dan tampil dengan cantik mungkin kerana ini kali pertama Tita keluar berjalan dengan Ergi. Setelah sampai di taman kota, Adit dan Tita sedang sibuk mencari kekasih masing-masing. Kemudian Intan datang menghampiri Adit. Tita sangat kagum melihat penampilan Intan yang begitu cantik. Kemudian Tita dan Intan saling berkenalan. Selepas beberapa saat, barulah Ergi datang dan menghampiri Tita. Kemudian Ergi berkenalan dengan Adit dan Intan. Wajah Adit terlihat ragu-ragu sejak kedatangan Ergi. Kemudian Tita menarik Adit dan mengajaknya bercakap. Tita marah dengan sikap Adit yang terlalu ragu-ragu dan cepat marah dengan Ergi kerana ini kali pertama Tita berjalan dengan Ergi, jadi Tita tidak ingin merosakkan suasana. Adit tidak menghiraukan apa yang Tita cakap tadi dan ia kembali menemui Intan.
Adit mengajak Intan pergi jalan-jalan melihat bazar tanpa melirik Ergi sedikit pun. Kemudian Intan pun mengajak Tita dan Ergi untuk ikut berjalan-jalan. Tita, Ergi, Adit dan Intan berjalan-jalan melihat bazar sambil menunggu acara puncak kembang api. Intan mengeluh kerana kakinya penat berjalan-jalan. Kemudian Ergi menawarkan mengambil minuman. Adit pun ikut sekali mengambil minuman dengan wajahnya yang ragu-ragu. Ketika Ergi dan Adit pergi, Intan dan Tita berbual. Intan menanyakan sedekat apa hubungan Tita dengan Adit. Setelah Tita menjawab semua pertanyaan Intan, Intan menyimpulkan bahawa Adit menyukai Tita dan memberitahukannya pada Tita. Tetapi Tita masih tidak faham tentang apa yang Intan cakapkan. Lalu Intan menceritakan secara panjang tentang sikap Adit sewaktu bercinta dulu yang jauh berbeza dengan sekarang terhadap Tita. Kemudian Tita menanyakan sikap Adit yang curiga terhadap Ergi. Tetapi Intan tidak menjawabnya.
Tita yang sudah lama menunggu minuman dari Ergi, akhirnya mengajak Intan untuk mencari Adit dan Ergi. Kemudian Intan melihat ada orang ramai yang tidak jauh dari tempat ia berdiri. Lalu Intan dan Tita pun menuju ke tempat tersebut untuk melihat apa yang terjadi. Ternyata Intan melihat ada yang sedang bergaduh yang tidak lain ialah Ergi dan Adit. Mereka berdua sudah berlumuran darah. Kemudian Tita meleraikan pergaduhan tersebut. Tita sangat marah dan kecewa dengan sikap Adit kali ini kerana sudah merosakan date pertama Tita dan memukul Ergi. Kemudian Tita menuju ke Ergi dan Intan menuju ke Adit untuk melihat keadaan kekasih masing-masing. Kemudian Ergi mengajak Tita untuk balik. Baru beberapa langkah berjalan, Adit menarik tangan Tita dan sambil berkata "jangan pernah menyentuh Tita lagi". Lalu Adit membawa Tita lari dari orang ramai itu. Tita cuba untuk melepaskan tangannya dari genggaman Adit tapi tidak boleh.
Setelah sampai di tempat yang jauh kerumunan orang ramai, baru Adit melepaskan tangan Tita. Lalu Tita marah dan memukul dada Adit sambil menangis. Kemudian Adit menggenggam tangan Tita dan meminta untuk tidak balik sekarang kerana keadaanya yang berlumuran darah. Mendengar hal tersebut, Tita faham keadaan Adit ketika ini. Lalu Tita mengambil ais batu untuk Adit mengubati lukanya agar tidak membengkak. Setelah semua tenang, Tita menanyakan apakah sebab Adit memukul Ergi. Kemudian Adit menjelaskan bahawa Ergi curang dengan perempuan lain. Ternyata yang Adit lihat lelaki yang ada di apartmen Intan tadi siang ialah Ergi. Tiba-tiba Tita terdiam setelah mendengar penjelasan Adit. Tita teringat pada kejadian ketika Tita melihat Ergi bersama seseorang wanita di mall. Kemudian Tita menangis dan memeluk Adit. Kemudian Adit menasihati Tita yang dapat membuat Tita sedikit tenang. Kemudian Tita menanyakan pergaduhan tadi untuk membela siapa. Tetapi Adit gugup dan tidak boleh menjawab.
Tita menyesal kerana semua ini salahnya. Tita yang tidak pernah memberikan perhatian yang lebih pada Ergi, membuatkan Ergi pergi ke lain hati untuk mendapatkan perhatian. Tita tidak menyalahkan Ergi kalau Ergi curang kerana Tita memang tidak boleh membahagiakan Ergi. Tita telah merelakan apabila ia putus dengan Ergi. Mendengar pengakuan Tita tersebut Adit setuju dan menyokong kalau Tita putus dengan Ergi. Di ketika itu juga suara kembang api sudah terdengar, lalu Adit dan Tita menyaksikan acara kembang tersebut. Selepas itu, Adit memberitahu Tita bahawa ia akan membayar menonton kerana ia telah memukul kekasih Tita. Kemudian Tita bersetuju.
Keesokan harinya, Tita menceritakan semua kejadian malam tadi kepada Nanda. Dengan relanya Nanda mendengarkannya. Tiba-tiba Fara masuk dalam kelas dan Tita menghampiri Fara untuk meminta maaf kerana tuduhannya waktu itu. Kemudian Fara menceritakan apa yang sebenarnya terjadi antara ia dan Ergi. Tita sangat berterima kasih kepada Fara kerana sudah membantunya. Kemudian Ergi tiba-tiba muncul dan Tita pun menghampiri Ergi dan ia meminta ingin putus. Setelah balik dari sekolah, Tita menangis dalam biliknya. Bilik Tita sudah seperti kapal pecah kerana tisu berselerak di merata-rata. Kemudian Tita pergi ke bilik Adit untuk tidur kerana biliknya yang berselerak dan tidak nyaman. Bilik Adit lebih nyaman kerana itulah Tita tidur dengan nyenyak.
Beberapa jam kemudian Tita terbangun. Dengan berat Tita membuka matanya. Tiba-tiba Tita mendengar suara pelik di ruangan tersebut. Ternyata Tita tidak sendiri kerana Adit tidur di sofa dalam bilik. Ia tidur dengan nyenyak sekali. Kerana Tita tertidur di tempatnya ia terpaksa tidur di sofa. Kemudian Tita menghampiri Adit dan Tita teringat niatnya untuk curhat dengan Adit. Kemudian Tita menangis dan air matanya menitis di muka Adit. Lalu Adit pun terjaga dan marah-marah. Kemudian Tita curhat dengan Adit kalau Ia sudah putus dengan Ergi. Tetapi Tita bingung kerana ia ingin menjalinkan hubungan kembali dengan Ergi. Kemudian Adit berkata "jangan" dan Adit menasihatkan Tita agar tidak kembali kepada Ergi.
Untuk menghiburkan diri, Tita menagih janji Adit untuk membelanjanya makan dan menonton wayang pada hari minggu. Kemudian Tita menanyakan perempuan yang bersama Adit di dalam foto yang terdapat di bilik Adit. Adit menjelaskan itu ialah Mamanya. Mama Adit meninggal dunia ketika kemalangan kereta bersama Papanya. Papa dan Mama Adit sudah bercerai sewaktu itu. Ketika Adit menjelaskan tentang Mamanya. Tiba-tiba telefon Adit berbunyi dan ia mengambilnya. Kemudian Tita menanya siapa yang menelefon, ternyata yang menelefon Adit ialah Uni dan Adit menyuruh Tita keluar dari biliknya. Setelah balik dari sekolah, Tita dan Nanda mengajak Uni untuk pergi ke salon. Tetapi Uni tidak boleh kerana ia sudah ada janji dengan Adit untuk pergi menonton wayang. Mendengar hal tersebut, Tita menjadi cemburu dengan Uni. Ketika melihat Adit menjemput Uni, Tita menjadi semakin cemburu dengan mereka.
Hari minggu yang ditunggu-tunggu akhirnya datang juga. Akhirnya Tita dibelanja Adit makan dan menonton wayang. Adit menyuruh Tita supaya cepat menghabiskan makanannya kerana takut kehabisan tiket. Ketika sampai di loket, Tita dan Adit berdebat untuk memilih filem yang akan ditonton. Tita ingin menonton filem Chicken Run sementara Adit pula filem Asterix. Setelah melalui perdebatan yang cukup panjang akhirnya filem kegemaran Adit yang akan ditonton. Kemudian Adit dan Tita duduk
Pelakon
sunting- Shandy Aulia sebagai Tita
- Samuel Rizal sebagai Adit
- Titi Kamal sebagai Intan
- Yogi Finanda sebagai Ergi
- Rianti Cartwright sebagai Fara
- Saphira Indah sebagai Uni
- Shakira Alatas sebagai Ananda
Sekuel berterusan
suntingPada 2008, Rachmania Arunita melalui rumah produksi, i-Trema (PT Indonesia Trend Maestro), menghasilkan sekuel untuk Eiffel ... I'm in Love yang berjudul Lost In Love, dengan pelakon yang sama sekali berbeza. Seperti prekuel, "Lost in Love" masih merangkumi pengarang asalnya. Sekuel ini cukup diminati walaupun tidak diterima dengan baik dari sudut kritikan.
Sepuluh tahun kemudian pada 2018, Soraya Intercine Films menghasilkan sekuel lain, dengan pemeran yang sama dengan prekuel, tetapi sama sekali tidak dikaitkan dengan Lost in Love , yang berjudul Eiffel ... I ' m in Love 2, yang dikeluarkan pada 14 Februari 2018
Runut bunyi
suntingOst. Eiffel I'm in Love | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Runut bunyi oleh | ||||||||||
Dilancarkan pada | 2003 | |||||||||
Tempat | Indonesia | |||||||||
Genre | Pop | |||||||||
Panjang | 127:00 | |||||||||
Bahasa | Bahasa Indonesia | |||||||||
Syarikat | Aquarius Musikindo | |||||||||
Pengarah | Nasri Cheppy (en) | |||||||||
Penerbit | Anto Hoed | |||||||||
Kronologi Melly Goeslaw | ||||||||||
| ||||||||||
Cover lain | ||||||||||
Cover versi Repackage Cover versi Repackage |
||||||||||
Single daripada Eiffel I'm in Love | ||||||||||
| ||||||||||
sunting · sunting di Wikidata |
Ost. Eiffel I'm in Love adalah album lagu tema tahun 2003 yang diproduksikan oleh Aquarius Musikindo untuk mengiringi sebuah filem berjudul sama. Kesemua lagu dalam album ini dinyanyikan oleh Melly Goeslaw. Album ini terdapat 11 buah lagu dengan lagu hit Pujaanku yang dinyanyikan Melly berduet dengan Jimmo. Selain itu masih ada lagu Tak Tahan Lagi dan Bercintalah Denganku sebagai single hit berikutnya.
Senarai lagu
suntingNo. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Bercintalah Denganku" | ||
2. | "Memang Enak" | ||
3. | "Paling Tidak" | ||
4. | "Dalam Hening Hati" | ||
5. | "Pujaanku (ft. Jimmo)" | ||
6. | "Dunia Milik Berdua" | ||
7. | "Tak Tahan Lagi" | ||
8. | "Eiffel… I’m in Love" | ||
9. | "Bulan Kedua" | ||
10. | "Ternyata (ft. Yann Koolkynky)" | ||
11. | "Kamu" | ||
Lagu versi Repackage | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "Dahsyat" | |||||||||
2. | "Paling Tidak (Remix)" | |||||||||
3. | "Bulan Kedua (Remix)" | |||||||||
4. | "Bercintalah Denganku (Versi Akustik)" | |||||||||
Anugerah
sunting- Pelakon Wanita Terpuji (Festival Film Bandung 2004) - Shandy Aulia
- Pelakon Lelaki Favorite (MTV Indonesia Movie Awards 2004) - Samuel Rizal
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (MTV Indonesia Awards 2004) - Titi Kamal
- Most Favorite Film (MTV Indonesia Movie Awards 2004) - Eiffel I'm in Love
Versi dipanjangkan
suntingFilem ini mempunyai versi yang dipanjangkan Dalam format VCD dan DVD (Bahasa Inggeris: extended) yang dilancarkan pada tahun 2004, tepat tujuh bulan selepas versi asalnya. Durasi filem ini adalah 3 jam 11 minit, ditambah sekitar 50 minit dari versi sebelumnya yang mengulas kisah dalam filem ini dengan lebih mendalam.