Einsatzgruppen[a] (bahasa Jerman: [ˈʔaɪnzatsˌɡʁʊpn̩], "pasukan petugas"[1] atau "kumpulan gerakan")[2] ialah skuad maut separa tentera Schutzstaffel (SS) Jerman Nazi yang bertanggungjawab bagi pembunuhan beramai-ramai, terutamanya dengan menembak, semasa Perang Dunia II (1939–45). Einsatzgruppe terlibat dalam pembunuhan kebanyakan intelligentsia dan golongan elite kebudayaan Poland, dan mempunyai peranan penting dalam pelaksanaan Penyelesaian terakhir bagi permasalahan Yahudi (Die Endlösung der Judenfrage) di wilayah-wilayah yang ditakluki oleh Jerman Nazi. Hampir semua orang yang mereka bunuh adalah orang awam, bermula dengan intelligentsia dan dengan pantas berkembang hingga ke komisar politik Soviet, orang Yahudi, dan Gipsi serta puak partisan (samada yang betul atau disyaki) diseluruh Eropah Timur.

Einsatzgruppen
Einsatzgruppen beroperasi dibawah pentadbiran Schutzstaffel (SS)

Pembunuhan orang Yahudi di Ivanhorod, Ukraine, 1942. Seorang wanita cuba melindungi kanak-kanak dengan badannya sendiri sejurus sebelum mereka menembak dengan senapang pada jarak yang dekat.
Intisari agensi
Dibentuksekitar 1939
Agensi terdahulu
  • Einsatzkommando
Bidang kuasa
Jerman Nazi Jerman Nazi
Taklukan Eropah
Ibu pejabatRSHA, Prinz-Albrecht-Straße, Berlin
52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E / 52.50722; 13.38250
Kakitangansekitar 3,000 (1941)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
Agensi induk
Allgemeine SS dan RSHA

Dibawah arahan Reichsführer-SS Heinrich Himmler dan penyeliaan SS-Obergruppenführer Reinhard Heydrich, Einsatzgruppen beroperasi di wilayah-wilayah yang diduduki oleh Angkatan Tentera Jerman berikutan pencerobohan Poland pada September 1939 dan Operasi Barbarossa (iaitu pencerobohan Soviet Union) yang dilancarkan dari taklukan Poland pada Jun 1941. Einsatzgruppen bekerja rapat dengan Batalion Polis Orpo di Barisan Timur untuk menjalankan operasi antara dari pembunuhan beberapa orang hingga operasi yang berlanjutan dua hari atau lebih, seperti pembunuhan beramai-ramai di Babi Yar dengan 33,771 orang Yahudi dibunuh dalam masa 2 hari, dan pembunuhan beramai-ramai Rumbula (dengan kira-kira 25,000 orang dibunuh dalam masa 2 hari tembakan). Seperti yang diarahkan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler, pihak Wehrmacht bekerjasama dengan Einsatzgruppen dan menyediakan bantuan logistik untuk operasi mereka. Ahli sejarah Raul Hilberg menganggarkan antara tahun 1941 dan 1945 pasukan Einsatzgruppen dan pasukan bantuan yang berkaitan telah membunuh lebih kurang 2 juta orang, termasuk 1.3 juta Yahudi. Jumlah keseluruhan orang Yahudi yang dibunuh semasa Holokus ialah dianggarkan 5.5 hingga 6 juta orang.

Selepas tamatnya Perang Dunia II, 24 pemimpin kanan Einsatzgruppen telah didakwa dalam Perbicaraan Einsatzgruppen pada tahun 1947–48, dituduh dengan jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang. 14 hukuman mati dan 2 hukuman penjara seumur hidup telah dijalankan. Empat pemimpin tambahan Einsatzgruppe kemudiannya dibicarakan dan dihukum mati oleh negara lain.

Rujukan sunting

Nota keterangan sunting

  1. ^ Singular: Einsatzgruppe; Official full name: Einsatzgruppen der Sicherheitspolizei und des SD

Petikan sunting

Sumber sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Earl, Hilary (2009). The Nuremberg SS-Einsatzgruppen Trial, 1945–1958: Atrocity, Law, and History. Cambridge; New York: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-45608-1.
  • Förster, Jürgen (1998). "Complicity or Entanglement? The Wehrmacht, the War and the Holocaust". Dalam Berenbaum, Michael; Peck, Abraham (penyunting). The Holocaust and History: The Known, the Unknown, the Disputed and the Reexamined. Bloomington: Indian University Press. m/s. 266–283. ISBN 978-0-253-33374-2.
  • Krausnick, Helmut; Wilhelm, Hans-Heinrich (1981). Die Truppe des Weltanschauungskrieges. Die Einsatzgruppen der Sicherheitspolizei und des SD 1938–1942 (dalam bahasa German). Stuttgart: Deutsche Verlags-Anstalt. ISBN 3-421-01987-8.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Snyder, Timothy (2010). Bloodlands: Europe Between Hitler and Stalin. New York: Basic Books. ISBN 978-0-465-00239-9.
  • Stang, Knut (1996). Kollaboration und Massenmord. Die litauische Hilfspolizei, das Rollkommando Hamann und die Ermordung der litauischen Juden (dalam bahasa German). Frankfurt am Main: Peter Lang. ISBN 3-631-30895-7.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting