Ejaan yang Disempurnakan

Ejaan yang Disempurnakan (singkatan: EYD) atau Ejaan Rumi Bersama (disingkatkan kepada ERB) ialah piawai ejaan Rumi bahasa Melayu yang disatukan untuk gunaan bahasa-bahasa baku semua negara Nusantara iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura secara rasmi sejak tahun 1972; ia menggantikan sistem-sistem pengejaan dahulu yang sedia ada iaitu:

Pembangunan sunting

Pada 23 Mei 1972, sebuah kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Malaysia dan Indonesia. Kenyataan bersama itu mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah disetujui oleh para ahli dari kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Sistem ejaan ini dikuatkuasakan pada 16 Ogos 1972 berdasarkan Keputusan Presiden No. 57 Tahun 1972, berlakulah sistem ejaan Rumi (ejaan Latin dalam istilah bahasa Indonesia) bagi bahasa Melayu baku-baku Malaysia dan Indonesia.

Selanjutnya Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia menyebarluaskan buku panduan penggunaan yang berjudul "Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan". Kemudian pada 12 Oktober 1972, Jawatankuasa Pengembangan Bahasa Indonesia, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, menerbitkan buku "Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan" dengan penjelasan kaedah penggunaan yang lebih luas. Melalui Surat Keputusan No. 0196/1975, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia kemudian mengesahkan kedua-dua "Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan" dan "Pedoman Umum Pembentukan Istilah".

Ejaan ini pula diperbaharui lanjut dengan beberapa aturcara baharu yang dirasmikan menjadi Ejaan Bahasa Indonesia dari tahun 2015 sehingga tahun 2022. Kementerian Pendidikan Indonesia memperkenalkan edisi baru sistem ini untuk kegunaan baku rasmi negara tersebut yang diberi tajuk Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan pada bulan Ogos tahun 2022.[2]

Perbezaan antara EYD dan Ejaan Republik sunting

Perbezaan-perbezaan antara EYD dan Ejaan Republik adalah seperti yang berikut:[3]

  • 'tj' menjadi 'c' : tjutji → cuci
  • 'dj' menjadi 'j' : djarak → jarak
  • 'j' menjadi 'y' : sajang → sayang
  • 'nj' menjadi 'ny' : njamuk → nyamuk
  • 'sj' menjadi 'sy' : sjarat → syarat
  • 'ch' menjadi 'kh' : achir → akhir

Untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang penulisan tanda baca, sila lihat Penulisan tanda baca sesuai EYD

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah (17 September 2011). "Daulatkan Bahasa Melayu" (PDF). Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam.
  2. ^ "Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan". Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa (ed. V). Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi Republik Indonesia. Dicapai pada 22 Ogos 2022.
  3. ^ S. Takdir Alisjahbana (1976). Language Planning for Modernization: The Case of Indonesian and Malaysian. Den Haag: Mouton & Co. m/s. 61–62. ISBN 9783110819106.

Pautan luar sunting