Ekonofizik ialah satu bidang antara disiplin, yang menggunakan kaedah-kaedah matematik yang dibangunkan dalam fizik statistik untuk mengkaji sistem-sistem ekonomi yang kompleks yang mengandungi bilangan besar manusia. Ia menekankan analisis kuantitatif ke atas data ekonomi dan kewangan yang banyak, dan bukan sekadar komen secara hujahan.

Istilah 'ekonofizik' mula diperkenalkan oleh Eugene Stanley pada 1995 di dalam persidangan Dynamics of Complex Systems di Kalkutta, India. Beliau mengisytiharkan[1] manifesto untuk bidang itu dengan menyatakan bahawa telatah bilangan manusia yang besar mungkin menurut hukum-hukum seperti hukum penskalaan yang ditemui dalam pemerihalan bilangan besar objek tak bernyawa.

Rujukan sunting

  1. ^ H. E. Stanley et al., Anomalous fluctuations in the dynamics ofcomplex systems, Physica A 224, 302301