Pada tahun 2011, pendapatan per kapita Kemboja mengikut adalah $2,470 secara pariti kuasa beli dan $1,040 secara nominal. Pendapatan per kapita negara ini kian meningkat tetapi masih rendah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain. Kebanyakan isirumah luar bandar bergantung pada sektor pertanian dan asas tani. Beras, ikan, kayu balak, pakaian, dan getah adalah eksport utama Kemboja. Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) memperkenalkan semula lebih daripada 750 varian beras tradisional ke Kemboja dari tabung benih padinya di Filipina.[1] Varian-varian tersebut dikumpul pada 1960-an.

Kedudukan Kemboja dalam Indeks Pembangunan Insan 1970-2010.


Menurut laporan akhbar Economist, IMF: purata pertumbuhan KDNK tahunan untuk tempoh 2001–2010 adalah 7.7%, menjadikan Kemboja dalam 10 negara paling tinggi purata pertumbuhan KDNK tahunan di dunia. Pelancongan adalah industri paling pesat berkembang dengan ketibaan pelawat meningkat dari 219,000 orang pada 1997 kepada lebih 2 juta pada 2007. Pada 2004, inflasi berada pada 1.7% dan eksportnya bernilai AS$1.6 bilion.

China adalah sumber pelaburan langsung asing yang terbesar di Kemboja. China merancang untuk membelanjakan $8 bilion dalam 360 projek pada tujuh bulan pertama 2011. China juga merupakan sumber bantuan asing terbesar dengan mendermakan sebanyak $600 juta pada 2007 dan $260 juta pada 2008.

Mendapan petroleum dan gas asli yang terdapat di bawah dasar laut wilayah Kemboja pada 2005 berpotensi tinggi tetapi rata-rata kurang dimanfaatkan kerana pertikaian wilayah dengan Thailand antara lainnya.[2][3]

Bank Kebangsaan Kemboja adalah bank pusat negara ini yang mengawal selia sektor perbankan negara serta memainkan peranan dalam meningkatkan pelaburan langsung asing di negara. Dari 2010 ke 2012 bilangan bank dan institusi kewangan mikro yang terkawal meningkat dari 31 ke 70 buah, menandakan pembangunan pesat dalam sektor perbankan dan kewangan Kemboja.

Pada 2012, Biro Kredit Kemboja ditubuhkan oleh Bank Kebangsaan dengan tujuan pemantauan langsung.[4] Biro Kredit ini meningkatkan lagi ketelusan dan kestabilan dalam sektor perbankan Kemboja kerana semua bank dan syarikat kewangan mikro kini diwajibkan untuk melaporkan fakta-fakta dan perangkaan yang tepat berkenaan prestasi pinjaman di negara.

Salah satu cabaran paling getir yang dihadapi oleh Kemboja adalah hakikat bahawa rakyat jelata dewasa yang kurang bependidikan, terutamanya di kawasan desa yang mengalami ketiadaan prasarana asas. Kekhuatiran akan kembalinya keruntuhan politik dan rasuah dalam kalangan pemerintah menghindarkan pelaburan asing serta melengahkan bantuan asing, namun terdapat sejumlah bantuan yang banyak dari penderma yang berupa pertubuhan pelbagai bangsa. Para penderma membekalkan $504 juta kepada negara ini pada 2004,[5] sementara Bank Pembangunan Asia sahaja turut menawarkan pinjaman, geran, dan bantuan teknikal sebanyak $850 juta.[6] Syarikat-syarikat yang beroperasi di Kemboja sering berdepan dengan tuntutan sogokan apabila memohon lesen dan permit, terutamanya yang berkenaan pembinaan.[7]

Kemboja menduduki kalangan tangga tercorot di dunia untuk kesatuan sekerja dalam Indeks Hak Asasi Global International Trade Union Confederation (ITUC) 2015, iaitu dalam kategori "tiada jaminan hak".'[8]

Tekstil sunting

Industri pembuatan pakaian mewakili bahagian terbesar dalam sektor perkilangan Kemboja dengan 80% daripada jumlah eksport negara. Pada 2012, eksport meningkat sebanyak 8% kepada $4.61 bilion dari 2011. Pada separuh pertama 2013, nilai eksport industri pembuatan pakaian berjumlah $1.56 bilion.[9] Sektor ini mengambil 335,400 pekerja, 91% daripadanya wanita.

Eksport perdagangan saksama sunting

Gerakan perdagangan saksama telah mencetuskan sejumlah besar hasil kraftangan yang dieksport untuk kegunaan sedunia. Perdagangan saksama dimanfaatkan untuk membuka peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya dan kurang bernasib baik, bahkan dijana oleh banyak pertubuhan yang menderma kepada Kemboja.

Pelancongan sunting

Industri pelancongan adalah punca pendapatan mata wang utama kedua terbesar di Kemboja selepas industri pembuatan tekstil.[10] Dari Januari hingga Disember 2007, kedatangan pelancong sebanyak 2.0 juta orang, iaitu peningkatan sebanyak 18.5% dari tempoh yang sama pada 2006. Kebanyakan pelawat (51%) tiba melalui Siem Reap dan yang selebihnya (49%) melalui Phnom Penh dan lain-lain destinasi.[11]

Adalah dilaporkan bahawa kebanyakan pelancong adalah warganegara Jepun, Cina, Filipina, Amerika, Korea Selatan dan Perancis, malah industri pelancongan telah meraih sebanyak AS$1.4 bilion pada tahun 2007, iaitu hampir 10% daripada keluaran kebangsaan kasar negara tersebut. Pelancongan adalah salah satu industri tritunggak Kemboja. Taman bersejarah Angkor Wat di wilayah Siem Reap, pantai-pantai Sihanoukville dan ibu kota Phnom Penh adalah tarikan utama pelancong asing.[12]

Selain itu juga terdapat pekan tepi sungai Battambang di kawasan timur negara yang merupakan persinggahan utama jenis backpacker yang menjadi majoriti pengunjung ke Kemboja.[13] Kawasan sekitar Kampot dan Kep termasuklah Peranginan Bukit Bokor juga menarik minat pelancong. Pelancongan kian tahun kian meningkat ekoran kestabilan sejak pilihan raya anjuran UNTAC pada 1993. Pada 1993 terdapat 118,183 orang pelancong antarabangsa, pada 2009 pula jumlahnya 2,161,577 orang.[14]

Industri cenderamata pelancong Kemboja mengambil kerja ramai orang di sekitar tempat-tempat tarikan utama. Sudah tentu kualiti cenderamata yang dihasilkan itu tidak cukup untuk berdepan dengan peningkatan bilangan pelancong, bahkan majoriti produk yang dijual kepada pelancong di pasaran sebenarnya diimport dari negara Cina, Thailand dan Vietnam.[15] Antara cenderamata buatan tempatan adalah selendang tradisional krama, barangan tembikar seramik, sabun, lilin, rempah ratus,[16] hasil ukiran kayu, barang-barang sampang dan sadur perak,[17] dan botol berlukis cat yang mengandungi arak beras yang diseduh.

Pemandangan Angkor Wat di Siem Reap. Kini Angkor Wat adalah tarikan pelancong utama Kemboja yang dikunjungi warga seluruh dunia.

Pertanian sunting

 
Sawah padi di Siem Reap.
 
Petani menuai padi di Wilayah Battambang.

Pertanian adalah tulang belakang tradisional ekonomi Kemboja. Sektor pertanian menyumbang kepada 90% KDNK pada 1985 dan mengambil kerja kira-kira 80% tenaga kerja negara. Komoditi utamanya ialah beras.

Selain itu juga ditanamnya jagung, ubi kayu, keledek, kacang tanah, kacang soya, bijan, kacang kering, dan getah. Tanaman dagangan utama adalah getah, malah pada 1980-an getah merupakan komoditi utama penting yang hanya mengekori beras, malah merupakan salah satu daripada sedikit punca pendapatan mata wang asing negara.

Pengangkutan sunting

 
Lebuh raya negara 4.
 
Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap.

Sistem pengangkutan Kemboja teruk terjejas oleh perang saudara dan pengabaian. Dengan bantuan negara-negara lain Kemboja telah menaik taraf lebuh-lebub raya utama kepada piawaian antarabangsa, malah kebanyakannya banyak meningkat dari tahun 2006. Kebanyakan jalan utama kini berturap.

Kemboja mempunyai dua batang landasan keretapi tunggal berlebar satu meter yang berjumlah 612 kilometer one meter gauge track.[18] Landasannya menghubungkan Phnom Penh dengan Sihanoukville di pantai selatan, dan Phnom Penh dengan Sisophon (biarpun keretapi hanya berjalan setakat Battambang). Pada 1987, hanya satu keretapi penumpang seminggu yang berkendali antara Phnom Penh dengan Battambang. Namun sistem landasan keretapi negara sedang dimajukan oleh projek $141 juta tajaan Bank Pembangunan Asia untuk "menghubungkan Kemboja dengan pusat-pusat perindustrian dan logistik di Bangkok dan Ho Chi Minh".[18]

Di samping rangkaian lebuh raya antara wilayah yang menghubungkan Phnom Penh dengan Sihanoukville, kerja menurapi jalan tanah dengan konkrit/asfalt serta pembinan lima jambatan seberang sungai utama telah memantapkan hubungan Phnom Penh dengan Koh Kong, maka adanya capaian jalan raya tanpa henti ke negara jiran Thailand dan rangkaian jalan rayanya yang maju.

Jalan-jalan air Kemboja yang menyeluruh adalah penting dalam perdagangan antarabangsa dahulu kala. Sungai Mekong dan Tonle Sap serta banyak cawangnya menyediakan jalan yang cukup panjang, termasuk 3,700 kilometer yang boleh dilayari sepanjang tahun oleh kapal perahu selebar 0.6 meter dan 282 kilometer lagi yang boleh dimasuki oleh kenderaan selebar 1.8 meter.[19]

Cambodia mempunyai dua pelabuhan utama iaitu Phnom Penh dan Sihanoukville di samping lima pelabuhan kecil. Phnom Penh yang terletak di persimpangan sungai Bassac, Mekong, dan Tonle Sap adalah satu-satunya pelabuhan sungai yang mampu menerima kapal seberat 8,000 tan pada musim tengkujuh dan kapal seberat 5,000 tan pada musim kemarau.

Kepesatan pembangunan ekonomi meningkatkan penggunaan kereta dan motosikal, namun basikal masih menguasai.[20] "Cyclo" (cedokan Perancis) atau beca juga ditawarkan untuk pelancong. Beca-beca sedemikian unik bagi Kemboja yang mana penunggangnya terletak di belakang tempat duduk penumpang,[21] sedangkan di negara jiran penunggang duduk di depan penumpang.

Kemboja ada tiga lapangan terbang komersial. Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh (Pochentong) di Phnom Penh adalah yang kedua terbesar di negara. Yang paling besar sekali malah mengendalikan penerbangan antarabangsa terbanyak pula ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap-Angkor Lapangan terbang yang satu lagi terletak di Sihanoukville.

Eksport dan import sunting

Rakan eksport sunting

Amerika Syarikat 21.5%, United Kingdom 9%, Jerman 8.6%, Jepun 7.6%, China 6.9%, Kanada 6.7%, Sepanyol 4.7%, Belgium 4.5% (2017)[22]

Barang eksport sunting

Pakaian, kayu, getah, beras, ikan, tembakau, kasut

Rakan import sunting

China 34.1%, Singapura 12.8%, Thailand 12.4%, Vietnam 10.1% (2017)[22]

Barang import sunting

Produk petroleum, rokok, emas, bahan binaan, mesin, kenderaan bermotor, produk farmaseutikal

Rujukan sunting

  1. ^ Rice Today, April–June 2007, Vol. 6, No. 2. irri.org
  2. ^ "The struggle between Thailand and Cambodia over oil and gas resources". CLC Asia. 17 September 2010. Dicapai pada 29 December 2013.
  3. ^ Jacob Gronholt-Pedersen (26 September 2012). "Cambodia Aims for Offshore Production Next Year". The Wall Street Journal. Dicapai pada 29 December 2013.
  4. ^ "CBC's Mission". Creditbureaucambodia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-13. Dicapai pada 15 March 2013.
  5. ^ Cambodia Diarkibkan 2010-12-29 di Wayback Machine. CIA World FactBook.
  6. ^ "A Fact Sheet: Cambodia and Asian Development Bank". Adb.org. 25 February 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-04. Dicapai pada 16 March 2013.
  7. ^ "Business Corruption in Cambodia". Business Anti-Corruption Portal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-06. Dicapai pada 27 March 2014.
  8. ^ Teehan, Sean (16 June 2015) Kingdom ranked low in labour rights index. Phnompenh Post.
  9. ^ Maierbrugger, Arno (11 July 2013). "Cambodia's textile industry grew 32%". Inside Investor. Dicapai pada 11 July 2013.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan USDOS3 tidak disediakan
  11. ^ Ministry of Tourism. Retrieved 29 December 2008.
  12. ^ "Foreign tourist arrivals in Cambodia to increase by 20% on annual basis". News.xinhuanet.com. 7 January 2008. Dicapai pada 16 March 2013.
  13. ^ "Popular Backpacking Destinations in Southeast Asia". Dicapai pada 28 October 2014.
  14. ^ Tourism Statistics Report March 2010. cambodia-tourism.org.
  15. ^ "AHA Angkor Handicraft Association | Official Site". Aha-kh.com. Dicapai pada 15 March 2013.
  16. ^ "Senteur d'Angkor | Official Site". Senteursdangkor.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-04. Dicapai pada 15 March 2013.
  17. ^ "Artisan d'Angkor | Official Site". Artisansdangkor.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-01. Dicapai pada 15 March 2013.
  18. ^ a b "Cambodian railway to be revived by 2013". Railway Gazette International. 16 December 2009. Dicapai pada 9 June 2012.
  19. ^ "Cambodia – Railroads". Country-data.com. Dicapai pada 16 March 2013.
  20. ^ "Picking Up Speed: As Cambodia's Traffic Levels Increase, So Too Does the Road Death Toll", The Cambodia Daily, Saturday, 9–10 March 2002."
  21. ^ "Cyclo – Transport in Cambodia". Goseasia.about.com. 9 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-03. Dicapai pada 16 March 2013.
  22. ^ a b "The World Factbook". CIA.gov. Central Intelligence Agency. Dicapai pada 10 Mac 2021.