Ekonomi Thailand
Mata wang Baht (THB)
Tahun fiskal 1 Oktober - 30 September
KDNK per kapita AS$8,400 (anggaran 2005)
KDNK mengikut sektor Pertanian (9%), industri (44.3%), perkhidmatan (46.7%) (anggaran 2004)
Inflasi 2.8% (anggaran 2004)
Jumlah penduduk di bawah garis kemiskinan 10% (anggaran 2004)
Tenaga buruh 35.36 juta (anggaran 2005)
Tenaga buruh mengikut pekerjaan Pertanian (49%), Industri (14%), Perkhidmatan (37%) (anggaran 2000)
Pengangguran 1.8% (anggaran November 2006)
Industri utama Kereta dan barang ganti kereta (11%), Perkhidmatan kewangan (9%), Alat dan komponen elektrik (8%), Pelancongan (6%), simen, perkilangan kereta, industri berat dan ringan, alat elektrik, komputer dan alat komputer, perabot, plastik, tekstil dan pakaian, pemprosesan pertanian, minuman, dan tembakau
Rakan perdagangan
Eksport AS$110.883 bilion (2005)
Rakan utama Amerika Syarikat 17%, Jepun 14.2%, Singapura 7.3%, China 7.1%, Hong Kong 5.4%, Malaysia 4.8% (2003)
Import AS$118.223 bilion (2005)
Rakan utama Jepun 24.1%, Amerika Syarikat 9.5%, China 8%, Malaysia 6%, Singapura 4.3%, Taiwan 4.2% (2003)
Kewangan awam
Hutang negara AS$81.6 bilion (45.8% KDNK Nominal) (Nov. 2005)
Hutang luar negeri AS$50.4 bilion (anggaran 2004)
Hasil AS$30.2 bilion (anggaran 2004)
Perbelanjaan $31.94 bilion, termasuk perbelanjaan modal sebanyak AS$5 bilion (anggaran 2004)
Bantuan ekonomi Sejak 2002, Thailand tidak lagi merupakan penerima bantuan ekonomi. Sebaliknya, ia menyumbang bantuan ekonomi sebanyak AS$60 juta kepada negara-negara berjiran pada tahun 2005.
sunting

Ekonomi Thailand bergantung kepada eksport yang merupakan 60% daripada KDNK. Kadar pertukaran asing mencapai 37.00/AS$1 (KDNK: $7.3 trilion baht) pada 26 Oktober 2006, dengan KDNK nominalnya di lingkungan AS$200 bilion pada kadar pasaran. Ini mengekalkan Thailand sebagai ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia, suatu kedudukan yang dipegangnya selama banyak tahun. Pemulihan Thailand daripada Krisis Kewangan Asia 1997-98 bergantung kepada eksport, khususnya permintaan luar Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran asing yang lain. Thaksin Shinawatra yang mengambil alih kerajaan pada Februari 2001 bertujuan untuk merangsangkan permintaan dalam negeri dengan mengurangkan pergantungan Thailand kepada perdagangan luar negeri serta pelaburan asing. Bagaimanapun sejak dari masa itu, pentadbiran Thaksin telah menghalusi perutusan ekonominya, dan kini merangkumi dasar ekonomi "laluan kembar" yang menggabungkan rangsangan dalam negeri dengan penggalakan tradisional pasaran terbuka serta pelaburan asing. Dasar-dasar ini umumnya dikenali sebagai Thaksinomi. Permintaan eksport yang lemah mengakibatkan KDNK bertumbuh pada kadar 1.9% pada tahun 2001. Bagaimanapun pada tahun 2002-3, rangsangan dalam negeri dan pemulihan eksport menghasilkan prestasi ekonomi yang lebih baik, dengan pertumbuhan KDNK sebenar masing-masing mencatat 5.3% dan 6.3%.


Arah aliran makroekonomi sunting

Yang berikut ialah jadual arah aliran Keluaran Dalam Negeri Kasar Thailand pada harga pasaran yang dianggarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa, dengan angka-angkanya dalam juta baht Thailand.

Tahun KDNK Pertukaran Dolar AS Indeks Inflasi (2000=100)
1980 662,482 20.47 Baht 41
1985 1,056,496 27.15 Baht 53
1990 2,191,100 25.58 Baht 64
1995 4,186,212 24.91 Baht 81
2000 4,922,731 40.11 Baht 100
2005 6,924,273 41.02 Baht 111

Untuk pembandingan pariti kuasa beli, dolar Amerika Syarikat hanya ditukarkan pada kadar 12.34 baht.

Sebelum Krisis Kewangan Asia, ekonomi Thailand menikmati pertumbuhan berpuncakan sektor perkilangan sebanyak 9.4% pada puratanya bagi dekad sehingga 1996. Tenaga buruh dan sumber semula jadi yang agak banyak dan murah, dasar fiskal yang konservatif serta dasar pelaburan asing yang terbuka, dan penggalakan sektor swasta mendasari kejayaan ekonomi pada sepanjang tempoh sehingga tahun 1997. Ekonomi Thailand pada dasarnya merupakan sebuah sistem perusahaan bebas. Sebilangan perkhidmatan seperti penjanaan kuasa, pengangkutan, dan komunikasi dimiliki dan dikendalikan oleh negara, tetapi kerajaan Thailand kini mempertimbangkan penswastaannya, ekoran daripada krisis kewangan.

Kerajaan Diraja Thailand mengalu-alukan pelaburan asing dan para pelabur yang sanggup mempenuhi syarat-syarat yang tertentu boleh memohon untuk mendapat hak istimewa pelaburan yang khas melalui Lembaga Pelaburan Thailand. Untuk menarik lebih banyak pelaburan asing, kerajaan Thailand telah mengubah suai peraturan-peraturan pelaburannya.

Gerakan buruh terancang Thailand masih berada di dalam keadaan yang lemah dan pecah belah, dengan hanya 3% daripada tenaga buruhnya menyertai kesatuan sekerja. Pada tahun 2000, Akta Perhubungan Buruh Perusahaan Pihak Kerajaan (SELRA) diluluskan dan memberikan kakitangan sektor awam hak yang serupa dengan pekerja sektor swasta, termasuk juga hak untuk menyertai kesatuan sekerja.

Lebih kurang 60% daripada tenaga buruh Thailand bekerja dalam sektor pertanian. Padi merupakan tanaman yang paling penting; Thailand ialah pengeksport utama dalam pasaran beras dunia. Komoditi-komoditi pertaniannya yang lain termasuk ikan dan hasil-hasil perikanan, ubi kayu, getah, bijian, dan gula. Eksport makanan proses seperti tongkol dan nanas tin, serta udang sejuk beku semakin bertambah.

Sektor perkilangan Thailand yang semakin dipelbagaikan telah memberikan sumbangan yang paling besar kepada pertumbuhan semasa ledakan ekonomi. Industri-industri yang mencatat pertumbuhan pengeluaran yang pesat termasuk komputer dan elektronik, pakaian dan kasut, perabot, keluaran kayu, makanan tin, mainan, keluaran plastik, batu permata, dan barang kemas. Keluaran-keluaran teknologi tinggi seperti litar bersepadu dan komponen elektronik, alat elektrik, serta kereta kini memandu pertumbuhan eksport Thailand yang kukuh.

Perdagangan sunting

Amerika Syarikat ialah pasaran eksport terbesar serta pembekal kedua terbesar selepas Jepun bagi Thailand. Sedangkan pasaran-pasaran tradisionalnya yang utama ialah Amerika Utara, Jepun, dan Eropah, pemulihan ekonomi rakan-rakan perdagangan berjirannya telah membantu pertumbuhan eksport Thailand yang mencapai pertumbuhan sebanyak 5.8% pada tahun 2002. Pemulihan ekonomi Thailand daripada krisis kewangan amat bergantung kepada eksport ke negara-negara Asia yang lain serta Amerika Syarikat. Sejak dari tahun 2005, pertumbuhan eksport kereta jenis Jepun (khususnya Toyota, Nissan, dan Isuzu) yang pesat telah membantu memperbaik imbangan perdagangan Thailand secara dramatik, dengan melebihi sejuta buah kereta dikeluarkan pada tahun yang lalu. Oleh itu, Thailand mendapat tempat sebagai salah satu daripada sepuluh pengeksport kereta yang terbesar di dunia.  Pada bulan Januari 1983, Duta Besar Jepun ke Thailand, Motoo Ogiso menyatakan Jepun menganggap Thailand sebagai sebuah negara strategik barisan hadapan dalam menentang ancaman komunis di Asia Tenggara. Atas sebab itulah Jepun memberi bantuan lebih besar kepada Thailand berbanding negara-negara lain di rantau ini.[1]

Jentera dan barang ganti, kereta, litar bersepadu elektronik, bahan kimia, minyak mentah dan bahan api, serta besi dan keluli adalah antara import-import Thailand yang utama. Kenaikan tingkat import yang baru-baru ini (4.6% pada tahun 2002) membayangkan keperluan untuk merangsangkan pengeluaran kereta serta barang-barang teknologi tinggi.

Thailand ialah salah satu ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Kumpulan Cairns (pertubuhan antarabangsa untuk pengeksport pertanian), serta Pertubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Selain itu, Thailand giat mengejar perjanjian-perjanjian perdagangan bebas. Perjanjian Perdagangan Bebas China-Thailand yang bermula pada bulan Oktober 2003 terhad kepada keluaran-keluaran pertanian, dengan perjanjian yang lebih menyeluruh disetujui menjelang tahun 2010. Mulai dari tahun 2003, Thailand juga mengikat sebuah Perjanjian Perdagangan Bebas yang terhad dengan India,, dengan sebuah Perjanjian Perdagangan Bebas Australia-Thailand yang menyeluruh dikuatkuasakan pada 1 Januari 2005. Thailand memulakan perundingan-perundingan perdagangan bebas dengan Jepun pada bulan Februari 2004, dan sebuah perjanjian pada dasarnya disetujui pada bulan September 2005. Perundingan-perundingan untuk sebuah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Syarikat-Thailand kini juga diadakan, dengan mesyuarat pusingan kelima diadakan pada bulan November 2005.

Pelancongan memberikan sumbangan yang penting kepada ekonomi Thailand, dengan industri tersebut dimanfaatkan oleh susutan nilai baht Thailand dan kestabilan negara. Ketibaan pelancong pada tahun 2002 sebanyak 10.9 juta orang membayangkan suatu kenaikan sebanyak 7.3% berbanding dengan tahun yang lalu (10.1 juta orang).

Bangkok dan kawasan-kawasan persekitarannya merupakan kawasan Thailand yang paling makmur, dengan kawasan timur laut yang tandus merupakan kawasan yang termiskin. Tumpuan utama kerajaan-kerajaan Thailand yang berturut-turut, khususnya kerajaan Thaksin yang telah digulingkan, adalah untuk mengurangkan perbezaan pendapatan antara kawasan-kawasan tersebut yang telah bertambah buruk, akibat krisis kewangan serta pertumbuhan ekonomi yang pesat di Bangkok dan kawasan-kawasan persekitarannya. Kerajaan Thailand sedang mencuba merangsangkan pertumbuhan ekonomi provinsi dengan rancangan-rancangan seperti projek Hadap Laut Timur serta pembinaan pelabuhan laut dalam yang alternatif di semenanjung selatan Thailand. Thailand juga sedang mengadakan perbincangan-perbincangan dengan Malaysia untuk memberikan tumpuan pembangunan ekonomi di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia.

Walaupun ekonomi Thailand telah menunjukkan pertumbuhan yang sederhana sejak tahun 1999, prestasi pada masa hadapan akan bergantung kepada pembaharuan yang berterusan kepada sektor kewangan, penyusunan semula hutang korporat, penarikan pelaburan asing, serta peningkatan eksport. Telekomunikasi, jalan raya, penjanaan kuasa elektrik, serta pelabuhan-pelabuhan Thailand menghadapi tekanan yang hebat pada sepanjang tempoh pertumbuhan ekonomi yang berkekalan dan mungkin akan menimbulkan masalah pada masa hadapan. Kekurangan jurutera serta juruteknik yang mahir mungkin juga akan mengehadkan daya cipta serta daya pengeluaran teknologi masa hadapan.

Statistik lain sunting

Kehidupan di
Thailand
Agama
Bahasa-bahasa
Bangkok
Demografi
Ekonomi
Filem
Hari kelepasan
Kebudayaan
Kesusasteraan
Masakan
Masyarakat
Muzik
Pemerintahan beraja
Pendidikan
Pengangkutan
Sukan
Politik
Tarian
sunting

Pelaburan (kasar tetap): 28.7% KDNK (anggaran 2006)

Pendapatan atau penggunaan isi rumah mengikut bahagian peratusan:

  • 10% terendah: 2.8%
  • 10% tertinggi: 32.4% (1998)

Agihan pendapatan keluarga - indeks Gini: 51.1 (2002)

Hasil pertanian: beras, ubi kayu, getah, jagung, tebu, kelapa, kacang soya

Industri: pelancongan, tekstil dan pakaian, pemprosesan pertanian, minuman, tembakau, simen, alat elektrik dan komponen, komputer dan alat komputer, litar bersepadu, perabot, plastik, perkilangan ringan (seperti barang kemas), tungsten (pengeluar kedua terbesar di dunia), timah (pengeluar ketiga terbesar di dunia)

Kadar pertumbuhan pengeluaran perindustrian: 6% (anggaran 2006)

Elektrik:

  • pengeluaran: 121.7 bilion kWh (2004)
  • penggunaan: 116.2 bilion kWh (2004)
  • eksport: 372 juta kWh (2004)
  • import: 3.388 bilion kWh (2004)

Elektrik - pengeluaran mengikut sumber:

  • bahan api fosil: 91.3%
  • hidroelektrik: 6.4%
  • lain-lain: 2.4% (2001)
  • nuklear: 0%

Minyak:

  • pengeluaran: 230,000 tong sehari (35,800 m³ sehari) (anggaran 2005)
  • penggunaan: 785,000 tong sehari (125,000 m³ sehari) (anggaran 2001)
  • eksport: tiada maklumat
  • import: tiada maklumat
  • simpanan terbukti: 583 juta tong (95,000,000 m³) (November 2003)

Gas asli:

  • pengeluaran: 22,280,000,000 m³ (anggaran 2003)
  • penggunaan: 29,150,000,000 m³ (anggaran 2003)
  • eksport: 0 m³ (anggaran 2001)
  • import: 5,200,000,000 m³; (anggaran 2001)
  • simpanan terbukti: 377,700,000,000 m³ (November 2003)

Imbangan akaun semasa: AS$-5.901 bilion (anggaran 2005)

Komoditi eksport: tekstil dan kasut, hasil perikanan, beras, getah, barang kemas, kereta, komputer, dan alat elektrik

Komoditi import: barang modal, barang perantaraan dan bahan mentah, barang pengguna, bahan api

Rizab pertukaran asing dan emas: AS$51.9 bilion (2005)

Kadar pertukaran: baht setiap dolar Amerika Syarikat: 40.5348 (2004), 41.4846 (2003), 42.9601 (2002), 44.4319 (2001), 40.1118 (2000)

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


  1. ^  Uqbah Iqbal, Sejarah Ringkas Hubungan Ekonomi Thailand-Jepun, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2015.