Ekonomi matematik ialah salah satu bidang ekonomi yang mengkaji tentang aspek-aspek formula matematik ke dalam teori ekonomi. [1] Antara cabang matematik yang dapat ditemukan dalam bidang ekonomi seperti kalkulus, keselanjaran, matriks, matematik kewangan dan banyak lagi yang dapat menggambarkan teori ekonomi melalui formula yang terbentuk. Ahli ekonomi matematik berpendapat bahawa banyak kelebihan yang diperolehi sekiranya terdapat pembentukan hubungan antara teori ekonomi dengan matematik melalui generalisasi.

Pada masa kini, penyelidikan dalam bidang ekonomi tidak boleh lari daripada permodelan matematik.[2] Bidang ekonometrik pula merupakan suatu penganalisian segala dan aktiviti ekonomi melalui bidang statistik. Ekonomi matematik sebaliknya boleh dianggap sebagai penggabungan teori ekonomi dengan pengaplikasian matematik.

Aplikasi meluas termasuk:

  • Masalah pengoptimuman mengenai keseimbangan matlamat sama ada isi rumah, firma perniagaan atau pembuat dasar.
  • Analisis statik (atau keseimbangan) di mana unit ekonomi (seperti isi rumah) atau sistem ekonomi (seperti pasaran) dimodelkan sebagai tidak berubah.
  • Perbandingan statik tentang perubahan daripada keseimbangan asal beralih kepada keseimbangan baru disebabkan oleh perubahan dalam sekurang-kurangnya satu faktor.
  • Analisis dinamik mengesan perubahan dalam sistem ekonomi dari semasa ke semasa contohnya pertumbuhan ekonomi tahunan.


Pemodelan ekonomi secara formal bermula pada abad ke-19 dengan penggunaan kalkulus pembezaan untuk mewakili dan menerangkan tingkah laku dalam ekonomi seperti memaksimumkan utiliti, aplikasi awal ekonomi pengoptimuman matematik. Ekonomi telah lebih menjurus kepada matematik sebagai satu disiplin sepanjang separuh pertama abad ke-20 tetapi pengenalan teknik umum dan baru diperkenalkan dalam tempoh sekitar Perang Dunia Kedua seperti teori permainan yang akan meluaskan lagi penggunaan rumusan matematik dalam ekonomi.

Rujukan sunting