Anatomi anjing

(Dilencongkan dari Ekor anjing)

Anatomi, anjing. termasuk struktur dalam yang sama di dalam manusia. Perincian struktur sangat berlainan daripada baka kepada baka, lebih daripada pada mana-mana spesies haiwan lain, liar atau bela jinak,[1] kerana anjing berlainan daripada anjing Chihuahua yang kecil hingga anjing pemburu serigala Ireland yang besar.

Anatomi luar (topografi) anjing biasa: 1. Lekukan 2. Muncung 3. Gelambir (kerongkong, kulit leher) 4. Bahu 5. Siku 6. Kaki hadapan 7. Punggung 8. Kaki (betis dan pinggul) 9. Keting 10. Kaki belakang 11. Kelasa 12. Stifel 13. Tapak 14. Ekor
Rangka anjing.
Pandangan sisi tengkorak anjing.
Tengkorak anjing.

Ciri fisikal sunting

 
Lutut anjing

Seperti kebanyakan mamalia pemangsa, anjing mempunyai otot sangat kuat, sistem kardiovaskular yang menyokong kedua-dua pemecutan dan ketahanan, dan gigi untuk penangkapan, pemegangan, dan pengoyakan.

Rangka leluhur anjing menyediakan kebolehan untuk melompat dan meloncat. Kakinya boleh menggerakkannya ke hadapan dengan cepat, meloncat selagi perlu untuk mengejar dan menumpaskan mangsa. Kesannya, anjing mempunyai kaki kecil kurang lebar, berjalan di atas jari kakinya (lalu mempunyai perdirian dan gerak alih digitigrad); kaki belakangnya agak tegar dan tegap; kaki hadapan goyah dan lentur, dengan hanya otot menyambungkannya dengan torso.

Saiz muncung anjing bergantung pada baka. Saiz muncung mempunyai nama berbeza. Anjing dengan muncung lebih panjang, seperti anjing gembala Jerman, dipanggil mesosefalik dan anjing dengan muncung tertolak ke dalam, seperti pug, dipanggil brakisefalik.

Semua anjing (dan semua Canidae hidup) mempunyai ligamen yang menyambungkan proses berduri tulang belakang toraks pertama (atau dada) ke belakang tulang paksi (servikal kedua atau tulang leher), yang menyokong berat kepala tanpa penggunaan otot yang giat, lalu menjimatkan tenaga.[2] Ligamen ini beranalog fungsinya (tetapi berbeza dalam perincian struktur) dengan ligamen tengkuk dijumpai pada ungulat.[2] Ligamen ini membolehkan anjing membawa kepalanya sambil berlari dengan jarak jauh, seperti sambil mengikuti jejak bau dengan hidungnya ke tanah, tanpa menggunakan banyak tenaga.[2]

Sungguhpun pembiakbakaan terpilih telah mengubah penampilan banyak baka, semua anjing mengekalkan ciri asasi daripada leluhur jauhnya. Anjing mempunyai tulang bahu terputus (kekurangan tulang kolar pada rangka manusia) yang membolehkan jarak langkah yang lebih besar untuk berlari dan melompat. Ia berjalan di atas empat jari kaki, hadapan dan belakang, dan mempunyai kuku embun vestij di kaki hadapannya dan kadang-kadang di kaki belakangnya. Apabila anjing mempunyai kuku embun tambahan kepada yang biasa di setiap kaki hadapan, anjing itu dikatakan "berkuku embun dua kali".

Ada pertikaian mengenai sama ada kuku embun membantu anjing untuk mendapat tarikan apabila berlari kerana, pada sesetengah anjing, kuku embun bersentuhan apabila ia berlari dan kuku embun kerap haus dengan cara sama seperti kuku di jari lainnya, daripada sentuhan dengan tanah. Walau bagaimanapun, pada banyak anjing kuku embun tidak pernah bersentuhan dengan tanah; dalam kes ini, kuku embun tidak akan haus, dan kerap dipotong kepada panjang yang selamat.

Kuku embun bukan tambahan anggota yang mati. Kuku embun boleh digunakan untuk dengan perlahan mencengkam tulang dan benda lain yang dipegang oleh anjing dengan kaki. Walau bagaimanapun, pada sesetengah anjing kuku ini mungkin tidak kelihatan bersambung dengan kaki langsung tetapi dengan kulit tersiat; pada anjing seperti itu kukunya tidak mempunyai kegunaan pencengkaman kerana kukunya mudah terlipat atau terpusing.

Ada juga pertikaian sama ada kuku embun patut dibuang melalui pembedahan.[perlu rujukan] Pertikaian untuk pembuangan menyatakan bahawa kuku embun ialah digit lemah, hampir tidak tersambung dengan kaki, supaya boleh separuh terkoyak atau mudah tercangkuk sesuatu dan patah, yang boleh membawa kesakitan ekstrem dan terdedah kepada jangkitan. Yang lain mengatakan kesakitan pembuangan kuku embun jauh lebih daripada mana-mana risiko lain. Untuk sebab ini, pembuangan kuku embun dilarang di banyak negara. Mungkin ada pengecualian untuk anjing pemburu, yang kadang-kadang terkoyakkan kuku embun semasa berlari di dalam semak. Sekiranya kuku embun perlu dibuang, ini patut dilakukan semasa anjing masih kecil, semuda sekitar 3 hari, tetapi ini juga boleh dilakukan terhadap anjing lebih dewasa jika perlu (tetapi pembedahan mungkin lebih sukar). Pembedahannya agak terus terang dan mungkin juga dilakukan hanya dengan anestetik tempat jika digitnya tidak tersambung dengan baik dengan kaki. Malangnya kebanyakan anjing tidak boleh menahan daripada menjilat kaki sakit selepas pembedahan, lalu pemilik perlu sentiasa berjaga-jaga

Tambahan pula, untuk anjing yang kuku embunnya bersentuhan dengan tanah apabila berlari, mungkin juga pembuangan kuku embun boleh menjadi keburukan untuk kelajuan anjing dalam berlari dan mengubah arah, terutamanya dalam sukan anjing persembahan seperti ketangkasan anjing.

Leluhur anjing lebih kurang bersaiz sama dengan dingo, dan rangkanya mengambil masa 10 bulan untuk menjadi matang. Baka anjing mainan kini mempunyai rangka yang menjadi matang hanya dalam beberapa bulan, sementara baka besar seperti mastif Inggeris mengambil masa 16 atau 18 bulan untuk rangkanya menjadi matang. Kekerdilan telah mempengaruhi rangka sesetengah baka, seperti pada anjing pemburu basset.

Pengetahuan anatomi asasi juga membantu apabila bertanding dalam pertunjukan atau pertandingan anjing.

Saiz sunting

 
Otot dan organ torso anjing.

Penyelidik telah mengenal pasti bahagian utama bahan genetik yang biasa kepada setiap baka anjing kecil dan, kesannya, mungkin bertanggungjawab terhadap pengecilan baka ini. Kajian yang diterbitkan pada 2007 menjumpai jujukan kawal atur (bukan dalam jujukan pengekodan) bersebelahan dengan gen IGF1; gen dan jujukan kawal atur bersama dikenali sebagai haplotip yang "merupakan penyumbang utama saiz badan pada semua anjing kecil." Anjing bersaiz sederhana dan besar biasanya tidak mempunyai jujukan kawal atur, sungguhpun jujukan bersaiz kecil dijumpai pada baka anjing Rottweil. Kajian termasuk 3,241 ekor anjing daripada baka 143. Penyelidik menyimpulkan arahan genetik untuk mengecilkan anjing mesti sekurang-kurangnya 12,000 tahun lama, dan tidak dijumpai pada serigala.[3] Satu lagi kajian telah menunjukkan bahawa anjing riba (anjing kecil) merupakan antara jenis anjing tertua.[4]

Baka anjing moden menunjukkan lebih variasi saiz, penampilan, dan tingkah laku daripad mana-mana haiwan bela jinak yang lain. Dalam julat ekstrem, anjing biasanya mengongsi ciri dengan leluhur liarnya, serigala. Anjing ialah pemangsa dan pebangkai, mempunyai gigi tajam dan rahang kuat untuk menyerang, memegang, dan mengoyakkan makanannya. Sungguhpun pembiakbakaan terpilih telah mengubah penampilan banyak baka, semua anjing mengekalkan ciri asas daripada leluhur jauhnya. Seperti mamalia pemangsa yang lain, anjing mempunyai otot sangat kuat, tulang pergelangan yang lakur, sistem kardiovaskular yang menyokong kedua-dua pemecutan dan daya ketahanan, dan gigi untuk penangkapan dan pengoyakan.

Penglihatan sunting

Seperti kebanyakan mamalia, anjing adalah dikromat dan mempunyai penglihatan warna yang sama dengan buta warna merah-hijau pada manusia. [5][6][7] Baka anjing yang berlainan mempunyai bentuk dan dimensi mata yang berlainan, dan juga mempunyai tatarajah retina berlainan.[8] Anjing dengan hidung panjang mempunyai "pancaran penglihatan" yang menganjur di sepanjang lebar retina dan memberinya medan penglihatan bagus yang amat luas, sementara yang berhidung pendek mempunyai "area sentralis" — bahagian pusat dengan sebanyak tiga kali ketumpatan hujung saraf seperti pancaran penglihatan — memberi mereka penglihatan terperinici lebih macam pada manusia.

Sesetengah baka, terutamanya anjing pemburu penglihatan, mempunyai medan penglihatan seluas 270° (berbanding dengan 180° untuk manusia), sungguhpun baka berkepala lebar dengan hidung pendek mempunyai medan penglihatan lebih sempit, serendah 180°.[5][6]

Pendengaran sunting

Anjing mengesan bunyi selembut julat kekerapan 16 hingga 20 Hz (berbanding dengan 20 hingga 70 Hz untuk manusia) dan melebihi 45 kHz[9][10] (berbanding dengan 13 hingga 20 kHz untuk manusia),[6] dan sebagai tambahan mempunyai darjah mobiliti telinga yang membantunya untuk secepatnya mengenal pasti kedudukan tepat suatu bunyi.[11] Lapan belas otot atau lebih boleh menyengetkan, memutarkan, meninggikan, atau merendahkan telinga anjing. Sebagai tambahan, anjing boleh mengenal pasti suatu kedudukan bunyi lebih cepat daripada manusia, serta mendengar bunyi empat kali jarak yang boleh didengar oleh manusia.[11] Yang dengan bentuk telinga lebih semula jadi, seperti yang pada canid liar seperti rubah, biasanya mendengar lebih baik daripada yang dengan telinga terkelepai kebanyakan spesies bela jinak.

Pembauan sunting

 
Anjing pemburu bau, terutamanya anjing pemburu darah, dibiakbakakan kerana deria baunya yang tajam.[12]

Anjing mempunyai hampir 220 juta sel peka bau melitupi kawasan sebesar saku sapu tangan (berbanding dengan 5 juta meliputi kawasan sebesar setem untuk manusia).[13][14] Menurut nhm.org, anjing boleh menderia bau pada ketertumpuan hampir 100 juta kali lebih rendah daripada yang boleh dilakukan oleh manusia.[15] Menurut Dummies.com, peratusan otak anjing yang digunakan untuk menganalisis bau sebenarnya adalah 40 kali lebih besar daripada untuk manusia.[13] Sesetengah baka anjing telah dibiakbakakan untuk kecemerlangan dalam mengesan bau, juga dibandingkan dengan saudara kaninnya.

 
Hidung anjing yang sangat peka.

Bulu sunting

Anjing bela jinak kerap memaparkan lebihan lawan gelap, corak penyamaran semula jadi yang biasa. Teori umum lawan gelap ialah haiwan dicahayai dari atas akan kelihatan lebih terang di separuh atasnya dan lebih gelap di separuh bawahnya yang biasanya berkegelapannya sendiri.[16][17] Ini ialah corak yang boleh dipelajari oleh pemangsa untuk berjaga. Haiwan berlawan gelap akan mempunyai warna gelap di permukaan atasnya dan warna terang di bawah.[16] Ini mengurangkan keterlihatan umum haiwan itu. Satu peringatan corak ini ialah banyak baka akan mempunyai "takik", belang, atau "bintang" sekali-sekala bulu putih di dada atau bahagian bawahnya.[17]

Anjing mencapah daripada serigala Asia yang kini pupus pada antara 12,000 dengan 15,000 tahun lalu, menurut kajian DNA baru-baru ini[bila?]. Pada masa itu, hidung panjang dan bulu dua lapis kelabu tebal serigala telah berubah menjadi kepelbagaian bentuk dan bulu dan warna anjing yang dilihat pada hari ini. Perubahan ini adalah pertamanya kerana perubahan genetik yang berlaku sebaik anjing asal belajar untuk bertolak ansur dengan kehadiran manusia, seperti ditunjukkan dalam penyelidikan terhadap serigala oleh Dmitri Belyaev pada Uji Kaji Rubah Ladangnya. Penyelidikan menjumpai bahawa perubahan genetik kepada kejinakan membawa bersama perubahan tidak dijangka yang lain juga; satu perubahan ketara adalah dalam bulu, berubah daripada bulu rubah biasa kepada bulu berbintik menyerupai bulu anjing. Sebaik anjing purba mempelajari untuk tinggal berhampiran dengan manusia dan menjadi kurang seperti serigala, penampilannya berubah juga, lama sebelum mana-mana pembiakbakaan terpilih dilakukan oleh orang.[18]

Satu kajian Sekolah Perubatan Universiti Stanford, diterbitkan dalam Science pada Oktober, 2007, menjumpai genetik yang menjelaskan warna bulu pada mamalia lain seperti pada bulu kuda dan pada bulu kucing, tetapi tidak untuk anjing.[19] Projeknya mengambil sampel daripada 38 baka berlainan untuk mencari gen (gen beta defensin) yang bertanggungjawab terhadap warna bulu anjing. Satu versi menghasilkan anjing kuning, dan satu mutasi menghasilkan hitam. Semua warna bulu anjing ialah pengubahsuaian hitam atau kuning.[20] Contohnya, putih pada schanuzer kecil putih ialah warna krim, bukan balar (satu genotip e/e pada MC1R.)

Baka anjing moden menunjukkan kepelbagaian bulu, termasuk anjing tanpa bulu, seperti anjing tidak berbulu Mexico. Bulu anjing berlainan tekstur, warna, dan tandanya, dan kosa kata yang khusus telah wujud untuk menggambarkan setiap ciri.[21]

Ekor sunting

Ada banyak bentuk berlainan untuk ekor anjing: lurus, lurus tegak, sabit, bergulung, skru gabus. Pada sesetengah baka, ekor secara tradisional dipotong untuk mengelak kecederaan (terutamanya untuk anjing pemburu).[22] Boleh juga terjadi bahawa anak anjing lahir dengan ekor pendek atau tiada ekor langsung pada sesetengah baka.[23] Anjing mempunyai kelenjar lembayung atau kelenjar suprakaudal di permukaan dorsal (atas) ekor.

Anatomi pembiakan sunting

Ciri anak anjing sunting

 
Anjing kacukan gembala Jerman berumur mungkin sekali 15 minggu sudahpun menunjukkan corak telinga tegak ke atas, dengan darjah ketegakan berbeza setiap hari.

Anak anjing kerap mempunyai ciri yang tidak berterusan melebihi zaman anak anjing awal. Warna mata kerap berubah daripada biru kepada warna dewasanya sebaik anak anjing menjadi matang. Warna bulu mungkin berubah: Anak terier biru Kerry mempunyai bulu hitam pada kelahitan dan berubah menjadi biru dengan kematangan, dan anjing Dalmatia adalah putih dan mendapat bintiknya dengan umur meningkat. Bentuk telinga juga kerap berubah, terutamanya dengan baka bertelinga tegak seperti anjing gembala Jerman yang bertelinga lembut pada kelahiran, tetapi rawan bertambah kuat dengan umur meningkat. Anjing pengutip Labrador dan anjing perenang yang lain bermula dengan bulu anak anjing yang sangat gebu, dan lapisan kedap air tumbuh dengan masa berlalu. Anak anjing yang akan membesar menjadi anjing besar akan kerap mempunyai kaki sangat besar pada usia muda, dan kemudian selebihnya tumbuh untuk menjadi sesuai.

Pengawalan suhu sunting

Terutamanya, anjing mengawal suhu badannya melalui cungap.[24] Cungap menggerakkan udara sejuk mengatasi permukaan lembap lidah dan paru-paru, memindahkan haba ke atmosfera.

Anjing mempunyai rete mirabile, sistem kompleks arteri dan vena kecil berjerait, di dalam sinus karotid di dasar lehernya.[25] Ini bertindak untuk secara terma mengasingkan kepala, yang mengandungi otak, organ paling peka suhu, daripada badan, yang mengandungi otot, tempat kebanyakan haba dijanakan. Ini adalah supaya anjing boleh mengekalkan penggunaan fizikal yang banyak melalui masa berpanjangan dalam persekitaran panas, berbanding dengan haiwan yang kekurangan radas ini; maka, anjing mengejar kelinci melalui gurun mungkin tidak boleh berlari lebih laju daripada kelinci itu, tetapi boleh meneruskan pengejarannya sehingga kelinci itu semakin perlahan kerana kepanasan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Scientists fetch useful information from dog genome publications, Cold Spring Harbor Laboratory, 7 Disember, 2005; diterbitkan dalam talian di Bio-Medicine petikan: "Phenotypic variation among dog breeds, whether it be in size, shape, or behavior, is greater than for any other animal"
  2. ^ a b c Wang, Xiaoming and Tedford, Richard H. Dogs: Their Fossil Relatives and Evolutionary History. New York: Columbia University Press, 2008. pp.97-8
  3. ^ "Why Small Dogs Are Small: Ancient Genetic Material Keeps Pups Pint-Sized". Pusat Berita Universiti Utah. Universiti Utah. 5 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-27. Dicapai pada 9 Ogos 2008. yang persis bagi
    Sutter NB, Bustamante CD, Chase K; dll. (April 2007). "A single IGF1 allele is a major determinant of small size in dogs". Science. 316 (5821): 112–5. doi:10.1126/science.1137045. PMC 2789551. PMID 17412960. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ Ostrander EA (September–Oktober 2007). "Genetics and the Shape of Dogs; Studying the new sequence of the canine genome shows how tiny genetic changes can create enormous variation within a single species". Am Sci.
  5. ^ a b Arts and Entertainment Network (1998). Big Dogs Little Dogs: The World of Our Canine Companions. GT Publishing Corporation. ISBN 1-57719-353-9. — jilid teman bagi perbentangan khas A&E
  6. ^ a b c Alderton, David (1984). Dog: The Most Complete, Illustrated, Practical Guide to Dogs and Their World. Book Sales. ISBN 0-89009-786-0.
  7. ^ Davis Jennifer (1998). "Dr. P's Dog Training: Vision in Dogs & People". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-09. Dicapai pada 6 Jun 2008.
  8. ^ Jonica Newby, Caroline Penry-Davey (25 September 2003). "Catalyst: Dogs' Eyes". Perbadanan Penyiaran Australia. Dicapai pada 26 November 2006.
  9. ^ "How well do dogs and other animals hear".
  10. ^ Elert, Glenn; Timothy Condon (2003). "Frequency Range of Dog Hearing". The Physics Factbook. Dicapai pada 22 Oktober 2008.
  11. ^ a b "Dog Sense of Hearing". seefido.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-01. Dicapai pada 22 Oktober 2008.
  12. ^ "How Good is a Dog's Sense of Smell?". peteducation.com. Dicapai pada 22 Oktober 2008.
  13. ^ a b "Understanding a Dog's Sense of Smell". Dummies.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-09. Dicapai pada 22 Oktober 2008.
  14. ^ "The Dog's Sense of" (PDF). Universiti Alabama dan Universiti Auburn. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-01-11. Dicapai pada 22 Oktober 2008.
  15. ^ "Smell". nhm.org. 6 Mei 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-01. Dicapai pada 22 Oktober 2008.
  16. ^ a b Klappenbach, Laura (2008). "What is Counter Shading?". About.com. Dicapai pada 22 Oktober 2008.
  17. ^ a b Cunliffe, Juliette (2004). "Coat Types, Colours and Markings". The Encyclopedia of Dog Breeds. Paragon Publishing. m/s. 20–3. ISBN 0-7525-6561-3.
  18. ^ Trut, Lyudmila N (1999). "Early Canid Domestication: The Farm-Fox Experiment" (PDF). American Scientist. 87 (2): 160–9. doi:10.1511/1999.20.813.. (Suatu kajian Rusia bagi pedomorfosis dalam suatu atur cara pembiakbakaan 40 tahun untuk membelajinakkan rubah merah)
  19. ^ Candille SI, Kaelin CB, Cattanach BM; dll. (November 2007). "A -defensin mutation causes black coat color in domestic dogs". Science. 318 (5855): 1418–23. doi:10.1126/science.1147880. PMC 2906624. PMID 17947548. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  20. ^ Pust Perubatan Universiti Stanford, Greg Barsh et al. (31 Oktober 2007). Genetics Of Coat Color In Dogs May Help Explain Human Stress And Weight. ScienceDaily. Dicapai pada 29 September 2008
  21. ^ "Genetics of Coat Color and Type in Dogs". Sheila M. Schmutz, Ph.D., Profesor, Universiti Saskatchewan. 25 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-14. Dicapai pada 11 Mei 2008.
  22. ^ "The Case for Tail Docking". cdb.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-14. Dicapai pada 22 Oktober 2008.
  23. ^ "Bourbonnais pointer or 'short tail pointer'".
  24. ^ http://www.petplace.com/dogs/how-do-dogs-sweat/page1.aspx
  25. ^ Milius, Susan. "Why don't racing horses fry their brains?" Science News. 157(5) (29 Januari 2000): ms 69

Pautan luar sunting

Templat:Anatomi

Templat:Penglihatan pada haiwan

Templat:Pautan RB