Biosfera merujuk kepada kesemua ekosistem global. Biosfera turut merujuk kepada zon kehidupan di Bumi yang merupakan suatu sistem tertutup (selain daripada sinaran suria dan kosmik dan haba dari bahagian dalam Bumi) dan berterusan.[1] Berdasarkan perspektif biofisiologi, biosfera meruapakn sistem ekologi global yang mengintegerasikan semua hidupan, termasuklah interaksi mereka dengan unsur-unsur litosfera, hidrosfera dan atmosfera. Terdapat postulasi yang mengatakan biosfera telah berkembang atau membesar, bermula dari proses biogenesis atau biopoesis yang berlaku kira-kira 3.5 billion tahun yang lalu.[2]

Komposit lautan dan daratan dari September 1997 hingga Ogos 200 berdasarkan Projek SeaWiFS, NASA dan ORBIMAGE.

Secara amnya, biosfera merujuk kepada ekosistem tertutup yang mempunyai sistem pengawalan tersendiri termasuklah jenis tiruan seperti Biosphere 2, BIOS-3 dan kemungkinan termasuklah planet atau bulan lain.[3]

Asal usul dan penggunaan istilah sunting

Istilah "biosfera" mula digunakan oleh ahli geologi Eduard Suess pada 1875, yang ditakrifkan sebagai:[4]

"Lokasi pada permukaan Bumi di mana kehidupan tinggal."

Walaupun konsep ini berasas dari asal-usul geologi, biosfera menunjukkan sumbangan Charles Darwin dan Matthew F. Maury dalam bidang sains bumi. Konteks ekologi dalam biosfera mula digunakan pada tahun 1920-an, menggantikan istilah "ekosistem" yang digunakan oleh Sir Arthur Tansley pada 1935. Vladimir I. Vernadsky mentakrifkan ekologi sebagai sains kajian biosfera, yang merupakan disiplin integerasi astronomi, meteorologi, biogeografi, evolusi, geologi, geokimia, hidrologi dan secara amnya kajian semua kehidupan dan sains bumi.

Definisi yang lebih mendalam sunting

Sesetengah saintis menggunakan istilah biosfera dengan terhad. Sebagai contoh, ahli geokimia mentakrifkan biosfera sebagai jumlah organisma hidup (bersamaan dengan istilah "biojisim" atau "biota" yang digunakan ahli biologi dan ekologi). Berdasarkan takrifan ini, biosfera ialah salah satu daripada empat komponen berlainan model geokimia, yang juga terdiri daripada litosfera, hidrosfera dan atmosfera. Definisi terhad ini digunakan ahli geokimia disebabkan pengkhususan dalam sains moden. Sesetengah saintis menggunakan istilah ekosfera, yang mula digunakan pada 1960an, yang merujuk kepada komponen biologi dan fizikal planet.


Rujukan sunting

  1. ^ "Biosphere". The Columbia Encyclopedia, Edisi Keenam. Columbia University Press. 2004. Dicapai pada 12 November 2010.
  2. ^ Campbell, Neil A. (2006). Biology: Exploring Life. Boston, Massachusetts: Pearson Prentice Hall. ISBN 0-13-250882-6. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ "Meaning of biosphere". WebDictionary.co.uk. WebDictionary.co.uk. Dicapai pada 2010-11-12.
  4. ^ Seuss, E. (1875) Die Entstehung Der Alpen [The Origin of the Alps]. Vienna: W. Braunmuller.