Eksesais Angkasa Samudera

Eksesais Angkasa Samudera ke-4 atau singkatannya 'Angsa' merupakan latihan gabungan antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Wisma Pertahanan Kuala Lumpur dan Markas Wilayah Laut 3 Langkawi pada 2 - 15 Ogos 2009.

'Eksesais Angsa' adalah gabungan dua eksesais iaitu Eksesais Keris Mas yang diadakan oleh TLDM dan Eksesais Angkasa Raya yang dilaksanakan oleh TUDM bermula tahun 2006. Eksesais Angsa 4/2009 ini dilancarkan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Tujuan sunting

Antara lain tujuannya ialah :

  1. Menilai keupayaan bersama kedua-dua pasukan
  2. Menilai kesiapsiagaan
  3. Meningkatkan keserasian
  4. Menguji tahap keberkesanan sistem P4 iaitu Pemerintahan, Pengawalan, Perhubungan dan Perkomputeran.

Latihan sunting

  1. Pertahanan ruang udara, serangan udara ke atas kapal-kapal
  2. Latihan anti-keganasan
  3. Combat SAR (mencari dan menyelamat dalam situasi tempur).

Rujukan sunting