Eksonim dan endonim

Eksonim (Bahasa Yunani ἔξω exo=luar; ὄνομα onoma=nama) ialah nama sebutan untuk suatu tempat yang tidak digunakan oleh penduduk tempatan tempat tersebut (sama ada dalam bahasa rasmi negara mahupun bahasa tempatan lain), atau nama sebutan untuk penduduk atau bahasa yang tidak digunakan oleh penduduk atau bahasa yang dimaksudkan tersebut.

Nama yang digunakan oleh penduduk tempatan suatu tempat disebut endonim atau autonim (Bahasa Yunani ἔνδον endon=di dalam, αὐτό auto=diri, dan ὄνομα onoma=nama), yang maksudnya nama sebutan untuk diri sendiri. Sebagai contoh, Deutschland ialah endonim; Jerman ialah eksonim dalam Bahasa Melayu untuk nama tempat tersebut; dan Allemagne oalah eksonim dalam Bahasa Perancis. Demikian pula, Bahasa Sepanyol ialah eksonim untuk nama bahasa tersebut; para penutur Bahasa Sepanyol sendiri menyebut dengan nama español atau castellano. Contoh lain, China (Zhongguo) ialah endonim untuk negara tersebut, sementara dalam bahasa Inggeris menggunakan nama eksonim China, dan di Malaysia, menggunakan nama eksonim Cina. (lihat Nama Cina)

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting