Ekspedisi Aceh Kedua

Ekspedisi Aceh Kedua dilancarkan pihak Belanda pada lewat tahun 1873 sewaktu berlakunya Perang Aceh berikutan kegagalan Ekspedisi Aceh Pertama yang dilakukan Tentera Hindia Timur Belanda Diraja. Ekspedisi ini merupakan satu daripada ekspedisi yang terbesar yang dilaksana Belanda di kepulauan Indonesia; ekspedisi terdiri daripada 8,500 anggota tentera, 4,500 pembantu dan kuli, dan pasukan simpanan yang ditambah kemudian dengan kekuatan seramai 1,500 anggota. Kedua-dua pihak bersengketa, Belanda dan Aceh, merana akibat penyakit terutamnya penyakit taun pada waktu ini. Seramai 1,400 tentera kolonial meninggal dunia antara November 1873 dan April 1874. Selepas pihak Aceh meninggalkan Banda Aceh, ibu kota mereka, pihak Belanda mara ke dalam bandar tersebut pada bulan Januari 1874 berfikiran bahawa orang Aceh telah menyerah kalah dan yang mereka telah menang. Pihak Belanda mengisytiharkan bahawa Kesultanan Aceh telah dibubarkan dan Aceh diilhak. Kuasa-kuasa asing mengelak daripada masuk campur dan tentangan Aceh pula berkekalan. Sultan Mahmud Syah dan pengikutnya berundur ke darat, ke kawasan tanah tinggi dan hutan belantara Aceh di mana akhirnya Sultan mangkat akibat penyakit taun. Orang Aceh mengisytihar cucu kecil Tuanku Ibrahim, Tuanku Muhammad Daud Syah, sebagai Sultan Ibrahim Mansur Syah (memerintah 1874-1903) dan meneruskan perjuangan menentang Belanda di bukit bakau dan hutan rimba Aceh sebagai pasukan gerila.

Pegawai KNIL mengawal Kraton, tahun 1874

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Ricklefs, M. C. (1991). A History of Modern Indonesia since c.1300, Second Edition. MacMillan.