Eksperimen Cinta (novel)

Eksperimen Cinta ialah novel 2013 oleh penulis novel Malaysia, Anjell. Novel ini diterbitkan pada Julai 2013 oleh Penerbitan Karya Seni. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2015.[1]

Eksperimen Cinta
Umum
PengarangAnjell
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitPenerbitan Karya Seni
Tarikh penerbitan
Julai 2013
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman843
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9670246520

Sinopsis sunting

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”

Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?

Keluaran dan legasi sunting

Eksperimen Cinta dikeluarkan pada November 2013 oleh Penerbitan Karya Seni. Pada tahun 2015, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Dahlia bermula 13 Jun 2015 di TV3, dibintangi oleh Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda.

Rujukan sunting

  1. ^ Eksperimen Cinta by Anjell Goodreads. Dicapai pada 10 Mac 2018.