Wan Eleena binti Wan Harris (lahir 11 Jun 1996) atau lebih dikenali sebagai Eleena Harris merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1]

Eleena Harris
Eleena ditemubual oleh MeleTOP pada 23 Februari 2016.
Latar belakang
Nama lahirWan Eleena binti Wan Harris
Kelahiran (1996-06-11) 11 Jun 1996 (umur 27)
Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi, komposer, penerbit rakaman
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Mixology Music, FMC Music
Pengkarya berkait
Mark Adam

Beliau terkenal menerusi lagu "Terlalu Rindu" yang menjadi lagu tema drama Alaa Bib... Album pertamanya dengan tajuk sama dikeluarkan pada 2016.

Pendidikan sunting

Eleena Harris berkelulusan dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[2]

Kerjaya sunting

Eleena Harris mula menunjukkan minat terhadap muzik dengan bermain piona pada usia 7 tahun, kemudian bermain gitar di sekolah menengah dan mula mencipta lagu.[3]

Pada tahun 2009, beliau pernah terlibat dalam iklan TV "So Syok Holidays" oleh Disney Channel Asia. Eleena menjadi juara pertandingan Bakat Remaja anjuran MBPJ pada 2011 dan pernah membintangi iklan Perodua Smart Assist pada 2014.

Beliau melancarkan single pertamanya, "Terlalu Rindu" pada 23 April 2015, menurutnya "Terlalu Rindu mendapat sambutan baik dari pendengar malah jumlah penonton di Youtube juga mencecah hampir lima juta tontonan".[4]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Single sunting

  • "Jejaka Korea" (2017)
  • "Terlalu Rindu" (versi akustik; 2018)
  • "I'm in Love" (2018)
  • "Peneman Hati" (2019)

Rujukan sunting

  1. ^ "20 lagu dalam simpanan". Harian Metro. 5 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-06. Dicapai pada 17 Mac 2017.
  2. ^ Jemang Rahman (27 Disember 2016). "Eleena Harris Rujuk Cara Artis Senior Tangani Gosip Di Media Sosial". mStar Online. Dicapai pada 17 Mac 2017.
  3. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (20 Disember 2015). "Terlalu rindu popularkan Eleena Harris". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 13 Januari 2018.
  4. ^ "'Saya Dalam Proses Mencuba'- Eleena Harris". XTRA. 11 Oktober 2009. Dicapai pada 17 Mac 2020.

Pautan luar sunting