Elizabeth Debicki (lahir 24 Ogos 1990)[1] ialah seorang pelakon wanita Australia.

Elizabeth Debicki
Debicki di San Diego Comic-Con 2016
Kelahiran (1990-08-24) 24 Ogos 1990 (umur 33)[1]
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2011 - kini
Ketinggian191 cm (6 ka 3 in) [3]

Kehidupan peribadi sunting

Debicki dilahirkan di Paris[2] kepada ibu bapanya yang sama-sama penari.[3] Debicki tiba di Australia pada usia lima tahun dan dibesarkan di Melbourne.[2][3] Beliau berketurunan Poland dan Ireland.[4] Beliau tertarik dengan balet pada usia kecil dan terus berlatih menjadi penari, sehingga memutuskan untuk menyertai dunia teater.[5][6] Debicki bersekolah di Huntingtower School di sebelah timur Melbourne dan menamatkan pengajian dengan ijazah dux.[7] Pada tahun 2010, beliau memperoleh ijazah drama dari Kolej Kesenian Victoria, Universiti Melbourne.[2][5] Pada Ogos 2009, beliau menerima biasiswa Richard Pratt Bursary yang ditujukan pada pelajar berbakat pada tahun kedua latihannya.[8] Tinggi Debicki 1.91 m (6 ka 3 in).[3]

Kerjaya sunting

Setelah melihat rakaman uji bakat Debicki, pengarah Baz Luhrmann menerbangkannya ke Los Angeles.[1] Pada Mei 2011, Luhrmann mengumumkan bahawa beliau akan melakonkan watak Jordan Baker dalam filem The Great Gatsby.[9] Penggambaran bermula pada September 2011.[10]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 A Few Best Men Maureen
2013 The Great Gatsby Jordan Baker
Gödel Incomplete Serita Filem pendek
2015 Macbeth Lady Macduff
The Man from U.N.C.L.E. Victoria Vinciguerra
Everest Caroline Mackenzie
2017 Guardians of the Galaxy Vol. 2 Ayesha
Valerian and the City of a Thousand Planets Emperor Haban Limaï Suara
Breath Eva
7 from Etheria Serita Koleksi filem pendek
2018 The Tale Jane Gramercy
The Cloverfield Paradox Mina Jensen
Peter Rabbit Mopsy Rabbit Suara
Widows Alice
Vita & Virginia Virginia Woolf
2019 The Burnt Orange Heresy Berenice Hollis
2020 Tenet Katherine "Kat" Barton-Sator
Peter Rabbit 2: The Runaway Mopsy Rabbit Suara; pos-produksi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Hardie, Giles; Hornery, Andrew (2011-08-20). "Leo sweeps into Sydney". Brisbane Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-07. Dicapai pada 2021-06-15.
  2. ^ a b c d "Baz Luhrmann casts VCA graduate Elizabeth Debicki in The Great Gatsby". Universiti Melbourne. 2011-05-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-07. Dicapai pada 2021-06-15.
  3. ^ a b c d Lehmann, Megan (2013-05-11). "Her roaring twenties". The Weekend Australian Magazine.
  4. ^ Cantelo, Sigourney (2012-11-06). "Our fair ladies: how to maintain pale skin". Vogue Australia.
  5. ^ a b Rule, Dan (2012). "True Hollywood Story". Melbourne University Magazine.
  6. ^ Groves, Don (2012-05-07). "The tale of two Elizabeths". Special Broadcasting Service.
  7. ^ Bowen, Sholto (2008-02-01). "From the Principal". The Huntingtower Bulletin.
  8. ^ "2009 Theatre Scholarships announcement including $20 000 Keith and Elisabeth Murdoch Travelling Fellowship". The Melbourne Newsroom. The University of Melbourne. 2009-08-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-17. Dicapai pada 2021-06-15.
  9. ^ Fleming, Mike (2011-05-11). "Newcomer Elizabeth Debicki To Play Jordan Baker In The Great Gatsby". Deadline.com. Dicapai pada 2011-06-13.
  10. ^ Bulbeck, Pip (2011-09-06). "Baz Luhrmann's $125 Milllion The Great Gatsby Begins Production in Sydney". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 2011-09-06.

Pautan luar sunting