Elizabeth Langdon Williams

Elizabeth Langdon Williams (8 Februari 1879 di Putnam, Connecticut – 1981 di Enfield, New Hampshire[1]) ialah seorang juruhitung dan ahli astronomi Amerika yang hasil kerjanya telah membantu dalam penemuan Pluto, atau Planet X.

Elizabeth Langdon Williams
Kelahiran(1879-02-08)8 Februari 1879
Putnam, Connecticut, USA
Meninggal dunia1981 (berumur 101–102)
Enfield, New Hampshire, USA
WarganegaraAmerika Syarikat
Nama lainElizabeth Williams
KerakyatanUSA
Pusat pendidikanMassachusetts Institute of Technology
Terkenal keranaPenghitungan untuk meramalkan kewujudan dan kedudukan Pluto
PasanganGeorge Hall Hamilton
Kerjaya saintifik
BidangMathematics, Astronomy, Physics
InstitusiLowell Observatory, USA; Mandeville observatory, Jamaica
Tesis'An analytical study of the Fresnel wave-surface' (1903)
Tandatangan

Kehidupan peribadi dan pendidikan sunting

Elizabeth Langdon Williams dilahirkan kepada Elizabeth Brigham dan Louis M. Williams pada 8 Februari 1879 di Putnam, Connecticut. Beliau ialah kembar kepada Robert Longfellow Williams, dan kakak kepada Henry Trumbell Williams dan Ursula Louise Williams.[2][3] Beliau lulus dari MIT dengan ijazah dalam fizik pada tahun 1903 sebagai salah seorang graduan wanita terawalnya, dan merupakan wanita pertama yang memainkan peranan penghormatan semasa tamat pengajian. Beliau membaca sebahagian daripada tesisnya, "Kajian bercerakinan permukaan gelombang Fresnel" pada majlis tersebut, dan dikatakan telah mengagumkan semua yang hadir. Beliau berada di tempat teratas dalam kelasnya dan dikatakan dwicekat, menulis bentuk kursif dengan tangan kanannya dan bentuk cetak dengan tangan kirinya.[4][5] Pada tahun 1922, Williams berkahwin dengan George Hall Hamilton, seorang lagi ahli astronomi yang dilahirkan di London pada 30 Jun 1884 dan mendapat pendidikan di Cambridge. Beliau bekerja di Balai Cerap Lowell di Flagstaff, Arizona, di mana beliau bertemu Williams, dari 1917 hingga 1922.[6]

Kerja Profesional sunting

Williams telah diupah oleh Percival Lowell pada tahun 1905 untuk bekerja dari pejabat State Streetnya di Boston.[2] Beliau pada mulanya menyunting penerbitan untuk Lowell[7] sehingga beliau diminta untuk menjadi juruhitung untuk penyelidikan Planet Xnya yang bermula pada tahun 1910.

Planet X sunting

Lowell membuat hipotesis bahawa Planet X yang diusulkan menjejaskan orbit planet yang diketahui, Neptun dan Uranus.[8] Peranan Williams dalam projek Planet X ialah ketua juruhitung, melakukan penghitungan matematik mengenai di mana Lowell harus mencari sebuah objek yang tidak diketahui dan saiznya berdasarkan perbezaan dalam orbit Neptun dan Uranus. Penghitungannya membawa kepada ramalan untuk kedudukan planet yang tidak diketahui tersebut, tetapi Lowell meninggal dunia pada tahun 1916 dan projek tersebut dihentikan. Walau bagaimanapun, pada akhir 1920-an, projek tersebut diteruskan dan Clyde Tombaugh telah diupah untuk memimpinnya. Tombaugh menggunakan ramalan Lowell (dibina berdasarkan penghitungan Williams) untuk mencari imej di kawasan langit difoto pada tahun 1915 yang dikenalpasti sebagai planet baharu bernama Pluto pada tahun 1930.[9]

Williams terus mengusahakan penghitungan dan mengendalikan surat-menyurat di Balai Cerap Lowell selepas kematian Lowell, berpindah dari Boston ke balai cerap tersebut di Flagstaff pada tahun 1919[1][10]. Beliau dan Hamilton kemudiannya dipecat daripada jawatan mereka di balai cerap oleh balu Percival Lowell, Constance, kerana dianggap tidak sesuai untuk menggaji seorang wanita yang sudah berkahwin.[5] Williams dan suaminya kemudiannya bekerja di sebuah balai cerap di Mandeville, Jamaica yang dikendalikan oleh Balai Cerap Kolej Harvard di mana mereka bekerja bersama.

Tahun-tahun Terakhir sunting

Pada tahun 1935, George Hall Hamilton meninggal dunia. Sebagai janda, Williams bersara dari balai cerap di Mandeville dan berpindah ke Lebanon, New Hampshire bersama adik perempuannya, Louise Ring, di mana mereka menjalankan "Peaceful Acres," sebuah rumah percutian musim panas. Beliau meninggal dunia pada tahun 1981 di Enfield, New Hampshire pada usia 101 tahun.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan schindler tidak disediakan
  2. ^ a b Clark, Catherine (2020). "American Astronomical Society meeting #235: Elizabeth Williams and the Discovery of Pluto". Bulletin of the American Astronomical Society. 52 (1). Bibcode:2020AAS...23518104C. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "BullAmAstrSoc2020" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ White, Almira Larkin (1900). Genealogy of the Descendants of John White of Wenham and Lancaster, Massachusetts: 1638-[1909] ... (dalam bahasa Inggeris). Chase brothers, printers.
  4. ^ a b "Elizabeth Langdon Williams · Women in Astronomy · Lowell Observatory Archives". collectionslowellobservatory.omeka.net. Dicapai pada 2020-05-07. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ a b Bartels, Meghan. "Meet the unknown female mathematician whose calculations helped discover Pluto". Space.com. Dicapai pada 18 February 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Space-com2020" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ "1935PASP...47..332. Page 333". articles.adsabs.harvard.edu. Dicapai pada 2020-05-07.
  7. ^ Littmann, Mark (2004-01-01). Planets Beyond: Discovering the Outer Solar System (dalam bahasa Inggeris). Courier Corporation. ISBN 978-0-486-43602-9.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan littmann tidak disediakan
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan swm tidak disediakan
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan brc tidak disediakan