Elizabeth Chase "Lizzie" Olsen (lahir Februari 16, 1989)[1] ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau dikenali untuk peranannya dalam Silent House (2011), Liberal Arts (2012), Godzilla (2014) dan Avengers: Age of Ultron (2015). Untuk peranannya dalam Martha Marcy May Marlene (2011), beliau dicalonkan untuk beberapa anugerah. Beliau merupakan adik kepada pelakon, Mary-Kate dan Ashley Olsen.

Elizabeth Olsen
Olsen pada tahun 2019
Kelahiran
Elizabeth Chase Olsen

(1989-02-16) 16 Februari 1989 (umur 35)
Nama lainLizzie Olsen
Pusat pendidikanSekolah Seni Tisch
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1993 - kini
Ketinggian168 cm (5 ka 6 in)
SaudaraMary-Kate Olsen (kakak)
Ashley Olsen (kakak)

Kehidupan awal sunting

Olsen dilahir dan dibesarkan di Sherman Oaks, California, anak perempuan kepada Jarnette "Jarnie" (née Jones;[2] l. 1954), seorang pengurus peribadi dan David "Dave" Olsen, seorang pemaju hartanah dan pegawai bank.[3] Beliau merupakan adik kepada Mary-Kate dan Ashley Olsen yang menjadi terkenal sebagai bintang filem dan TV pada usia muda. Pada tahun 1996, ibu-bapa Olsen bercerai.[4] Keluarga Olsen berketurunan Norway di sebelah bapanya dan Inggeris di sebelah ibunya.[5][6]

Sebagai seorang kanak-kanak, Olsen menerima latihan balet dan nyanyian.[7] Beliau mula berlakon sejak usia muda dan muncul dalam filem-filem kakaknya. Sebelum berumur sebelas tahun, Olsen mempunyai peranan kecil dalam How the West Was Fun dan The Adventures of Mary-Kate & Ashley.[8]

Beliau menghadiri Sekolah Campbell Hall di Hollywood Utara, California bermula tadika sehingga gred 12. Selepas tamat belajar, beliau memasuki Sekolah Seni Tisch di Universiti New York. Pada tahun 2009, Olsen menghabiskan satu semester belajar di Moscow, Rusia di Sekolah Teater Seni Moscow melalui program MATS.[9]

Karier sunting

Olsen mula berlakon ketika berumur empat tahun dan membintangi enam produksi Mary-Kate dan Ashley; beliau juga menjalani uji bakat untuk Spy Kids.[10] Peranan yang menaikkan nama Olsen datang pada tahun 2011 apabila beliau muncul dalam Martha Marcy May Marlene. Filem itu dan lakonan Olsen menerima pujian meluas. Olsen dicalonkan dan memenangi pelbagai anugerah untuk lakonannya sebagai Martha.[11][12][8] Beliau kemudiannya muncul dalam filem seram, Silent House dimana beliau melakonkan watak Sarah. Filem ini menerima ulasan bercampur ke positif tetapi lakonan Olsen sekali lagi dipuji. Olsen juga muncul dalam video muzik "The Queen" oleh Carlotta.[13]

Olsen menjalani penggambaran Red Lights semasa pertengahan tahun 2011. Filem ini ditayangkan di A.S. pada Julai 13, 2012.[14] Beliau membintangi Liberal Arts yang ditayangkan pada Januari 22, 2012.[15] Beliau dan Dakota Fanning membintangi Very Good Girls yang ditayangkan pada tahun 2013.[16][17]

Pada bulan Januari 2013, Olsen dicalonkan untuk Anugerah Bintang Meningkat Naik BAFTA.[18] Beliau membintangi filem 2013, Oldboy, sebuah buatan semula filem Korea Selatan 2003 dengan nama yang sama. Beliau melakonkan watak Marie.[19] Beliau melakonkan watak Edie Parker dalam Kill Your Darlings.

Olsen membintangi filem 2014, Godzilla bersama-sama Bryan Cranston dan Aaron Taylor-Johnson.[20][21] Olsen melakonkan watak Scarlet Witch dalam Avengers: Age of Ultron, sekuel kepada The Avengers.[22][23] Beliau pertama kali muncul sebagai karakter itu dalam babak pertengahan kredit Captain America: The Winter Soldier.[24] Beliau akan menyambung wataknya sebagai Scarlet Witch dalam filem 2016, Captain America: Civil War.[25]

Pada bulan September 2014, ia telah diumumkan bahawa Olsen melakonkan watak Audrey Williams dalam I Saw the Light diarahkan oleh Marc Abraham dan dibintangi Tom Hiddleston sebagai Hank Williams.[26]

Pada Januari 2016, ia telah diumumkan bahawa Olsen muncul bersama Jeremy Renner dalam filem arahan sulung Taylor Sheridan, Wind River.[27]

Cabang lain sunting

Pada Mac 2019, beliau bersama Yara Shahidi menjadi jurucakap bagi jenama kosmetik Bobbi Brown.

Filemografi sunting

 
Olsen di Comic-Con Antarabangsa San Diego 2013

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
1994 How the West Was Fun Perempuan dalam kereta Kameo
2011 Martha Marcy May Marlene Martha
Silent House Sarah
Peace, Love & Misunderstanding Zoe
2012 Red Lights Sally Owen
Liberal Arts Zibby
2013 Kill Your Darlings Edie Parker
Very Good Girls Gerry
Oldboy Marie Sebastian
In Secret Thérèse Raquin
2014 Captain America: The Winter Soldier Wanda Maximoff / Scarlet Witch Kameo[28]
Godzilla Elle Brody
2015 Avengers: Age of Ultron Wanda Maximoff / Scarlet Witch
2016 I Saw the Light Audrey Williams
Captain America: Civil War Wanda Maximoff / Scarlet Witch
2017 Ingrid Goes West Taylor Sloane
Wind River Jane Banner
Kodachrome Zoe Kern
2018 Avengers: Infinity War Wanda Maximoff / Scarlet Witch
2019 Avengers: Endgame
2022 Doctor Strange in the Multiverse of Madness   Penggambaran

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2016 Drunk History Norma Kopp Episod: "Siblings"
2017 HarmonQuest Stirrip Episod: "The Keystone Obelisk"[29]
2018–19 Sorry for Your Loss Leigh Shaw 10 episod
2020 WandaVision Wanda Maximoff / Scarlet Witch 6 episod; Penggambaran

Rujukan sunting

  1. ^ "The Birth of Elizabeth Olsen". Californiabirthindex.org. n.d. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Check |archiveurl= value (bantuan)
  2. ^ "The Birth of Elizabeth Olsen". Californiabirthindex.org. n.d. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Check |archiveurl= value (bantuan)
  3. ^ "Mary-Kate Olsen Biography (1986-)". Filmreference.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2013. Dicapai pada December 5, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Tauber, Michelle (Mei 3, 2004). "Two Cool". People. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2013. Dicapai pada Ogos 8, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Mary-Kate and Ashley Olsen". Ethnic Celebs. Diarkibkan daripada yang asal pada November 14, 2013. Dicapai pada November 16, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Briodagh, Kenneth (April 2013). "Mobile Marketing Gets Cool". Eventmarketer.com. Diarkibkan daripada yang asal pada April 20, 2013. Dicapai pada August 7, 2013. JCPenney for four days in October last year hit the streets of New York City with a mobile ice cream truck filled with goodies and samples of its Olsenboye collection, a new line of junior apparel designed by Mary Kate and Ashley Olsen for sale at its stores this spring. The name, Olsenboye, derives from the twins’ Norwegian ancestry. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Bakker, Tiffany (Januari 15, 2012). "Elizabeth Olsen admires her sisters". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-17. Dicapai pada 2016-05-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ a b Bierly, Mandi (September 3, 2010). "Elizabeth Olsen, younger sister of Mary-Kate and Ashley, makes name for herself". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada October 12, 2013. Dicapai pada December 5, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  9. ^ Connor, Katie L. (November 21, 2011). "Lizzie Olsen: Miss Independent". Marie Claire. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 20, 2013. Dicapai pada November 17, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Grady, Pam (October 23, 2011). "Elizabeth Olsen, character caught between 2 worlds". San Francisco Chronicle. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-17. Dicapai pada 2021-08-19. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ Wilson, Stacey (January 21, 2011). "Olsen twins' little sister makes Sundance debut". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada October 18, 2013. Dicapai pada September 30, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "Elizabeth Olsen: 5 Things You Need to Know". The Hollywood Reporter. January 24, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-17. Dicapai pada December 5, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  13. ^ Balser, Erin (June 27, 2007). "Lizzie Olsen is the Queen!". Crushable.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-17. Dicapai pada December 5, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ White, James (January 24, 2011). "Elizabeth Olsen Joins Red Lights". Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada May 7, 2015. Dicapai pada December 5, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  15. ^ Kit, Borys (March 23, 2011). "Josh Radnor, Elizabeth Olsen Teaming for Indie Liberal Arts". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada November 5, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  16. ^ Gallagher, Brian (May 12, 2011). "Very Good Girls Lands Dakota Fanning and Elizabeth Olsen". MovieWeb. Diarkibkan daripada yang asal pada October 14, 2013. Dicapai pada December 5, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ Fleming, Mike (May 12, 2011). "Cannes: Ealing Metro/Prescience To Finance Very Good Girls With Dakota Fanning And Elizabeth Olsen". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-17. Dicapai pada December 5, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ Lankester, Mark (January 7, 2013). "BAFTA 2013 Rising Star Award: nominees announced". Yahoo! Movies UK. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2013. Dicapai pada June 17, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ Rosen, Christopher (September 11, 2012). "Elizabeth Olsen: Oldboy Role Is 'Really Exciting'". The Huffington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-17. Dicapai pada September 25, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  20. ^ Kroll, Justin (February 6, 2013). "Elizabeth Olsen, Bryan Cranston circling Godzilla". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-17. Dicapai pada March 17, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ Gettell, Oliver (February 25, 2014). "Godzilla trailer: Bryan Cranston panics, destruction rains down". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-17. Dicapai pada March 17, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  22. ^ "Official: Elizabeth Olsen & Aaron Taylor-Johnson Join Avengers: Age of Ultron". Marvel Entertainment. November 25, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-17. Dicapai pada November 25, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ Ryan, Mike (November 15, 2013). "Oldboy's Elizabeth Olsen On Her 'Damaged' Avengers: Age Of Ultron Character". The Huffington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-17. Dicapai pada November 17, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  24. ^ Milly, Jenna (March 14, 2014). "Captain America: The Winter Soldier premiere: Crossover is the word". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-17. Dicapai pada March 17, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  25. ^ Johnson, Zach (April 23, 2015). "Elizabeth Olsen Will Star in Captain America: Civil War!". E!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-23. Dicapai pada April 23, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  26. ^ Bernstein, Jonathan (September 12, 2014). "Elizabeth Olsen to Play Hank Williams' Wife in Upcoming Movie". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada October 31, 2014. Dicapai pada September 15, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  27. ^ Robinson, Will (Januari 15, 2016). "Jeremy Renner, Elizabeth Olsen leading crime drama Wind River by Sicario writer". Entertainment Weekly. Dicapai pada Januari 23, 2016.
  28. ^ Varma, Arjun. "Captain America The Winter Soldier: Leaked Post-Credits Scenes Feature Quicksilver and Scarlet Witch". International Business Times. IBTimes Co., Ltd. Dicapai pada 24 August 2015.
  29. ^ "HarmonQuest S02E08 - The Keystone Obelisk". Diarkibkan daripada yang asal pada April 18, 2018. Dicapai pada April 18, 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting