Kumpulan Ella & The Boys adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1981 & terdiri daripada Ella (Vokal), Lord (Gitar), Ayie (Bass) Azzarul & Mie (Dram). Nama 'Ella' telah diletakkan bersama 'The Boys' bagi memberi penghormatan terhadap diva rock pertama ketika itu.[1] Ia mula dikenali ramai semenjak tahun 1986, setelah menyertai "Battle Of The Band" di Pulau Pinang.

Ella & The Boys
Ella & The Boys
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1981 - 1987
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliElla (Vokal)
Lord (Gitar)
Ayie (Bass)
Mie (Dram)
Satiman (Keyboard)

Zaman Kegemilangan sunting

Setelah menyertai pertandingan Battle Of The Band, nama kumpulan tersebut melonjak naik dengan begitu mendadak sekali. Ia sekaligus meletakkan nama kumpulan Ella & The Boys sebaris dengan band-band tersohor yang lain seperti Search, kumpulan Lefthanded, kumpulan SYJ dan sewaktu dengannya.[2] Nama Ella begitu besar dalam industri muzik ketika itu kerana beliau merupakan satu-satunya penyanyi wanita yang memperjuangkan muzik rock.[3] Di sebalik kemasyuran yang dikecapinya, mereka juga turut menghasilkan empat buah album dengan Warnada Record (kini Warner Music). Namun, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi olehnya juga dicemburui pihak lain. Pernah suatu ketika dahulu, kelab malam yang sering menjadi tempat mereka mencari rezeki telah hangus terbakar disebabkan hasad dengki orang lain terhadapnya. Di sinilah berakhirnya penubuhan kumpulan tersebut dan Ella akhirnya membuat keputusan untuk bergerak solo.

Ella & The Boys turut menghasilkan album pertama mereka, Ella & The Boys 1 pada tahun 1986. Antara lagu hits dari album tersebut adalah Dua Insan Bercinta, Pesanan Terakhir dll. Kemudian disusuli album kedua Ella & The Boys 2 pada tahun yang berikutnya.

Diskografi sunting

Album sunting

  • 1985 - Battle Of The Bands 1
  • 1986 - Battle Of The Bands 2
  • 1986 - Anak Merdeka
  • 1987 - Ella & The Boys 2

Lagu-lagu sunting

  • Cinta Berakhir
  • Dua Insan Bercinta
  • Ulat Bulu
  • Hanya Secebis Jawapan
  • Pahlawan Jalan Raya
  • Orang Tua Mu
  • Penggoda
  • Kerja


  • Anak Merdeka

Rujukan sunting

Pautan luar sunting