Elliot Page[1] (lahir Ellen Grace Philpotts-Page; 21 Februari 1987)[2] atau sebelum ini dikenali sebagai Ellen Page merupakan seorang pelakon Kanada. Beliau memulakan kerjaya awalnya di Kanada dengan membintangi beberapa siri televisyen seperti Pit Pony, Trailer Park Boys, dan ReGenesis. Beliau kemudiannya menceburi bidang lakonan filem perdana dan berjaya mencuri tumpuan selepas membintangi filem drama tahun 2005 Hard Candy. Untuk watak tersebut, beliau berjaya memenangi Anugerah Persatuan Pengkrititk Filem Austin untuk Aktres Terbaik. Dalam memegang watak utama filem Juno (2007, diarah oleh Jason Reitman), beliau telah berjaya menerima pencalonan aktres terbaik untuk Anugerah Akademi, BAFTA, Golden Globe dan Anugerah Screen Actors Guild serta memenangi anugerah-anugerah lain menerusi Anugerah Independent Spirit, Anugerah Filem MTV dan Anugerah Teen Choice untuk Aktres Terbaik dalam Komedi.

Elliot Page
Page pada 2021
Kelahiran
Ellen Grace Philpotts-Page

(1987-02-21) 21 Februari 1987 (umur 37)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1997–kini

Watak terkenal yang pernah dipegang oleh Page ialah Katherine "Kitty" Pryde dalam filem adaptasi komik popular Amerika Syarikat X-Men: The Last Stand (2006) dan X-Men: Days of Future Past (2014). Persembahan beliau di dalam filem tersebut telah menerima pencalonan untuk Anugerah Teen Choice Movie Scene Stealer. Watak-watak lain termasuklah An American Crime (2007), The Tracey Fragments (2007), di mana Page berjaya memenangi Anugerah Filem Pengkritik Vancouver untuk pelakon wanita terbaik), Smart People (2008), Whip It (2009), Super (2010) dan Inception (2010). Beliau juga merupakan pengalih suara, pelakon gerak dan model untuk karakter Jodie Holmes di dalam permainan video: Beyond: Two Souls (2013).

Beliau melela sebagai seorang lelaki transgender pada Disember 2020 dengan nama baru yang diumumkannya sebagai Elliot Page.[1]

Kehidupan awal sunting

Page dilahirkan dan dibesarkan di Halifax, Nova Scotia, Kanada. Beliau merupakan anak kepada Martha Philpotts, seorang guru, dan Dennis Page, seorang pereka grafik.[3] Beliau bersekolah di Halifax Grammar School sehingga gred 10, dan pernah bersekolah untuk jangka masa yang pendek di Sekolah Menengah Queen Elizabeth. Beliau menamatkan pengajian di Sekolah Shambhala pada tahun 2005. Selain itu, Page turut menghabiskan masa dua tahun di Toronto, Ontario dan mengambil jurusan program interaksi di Akademi Vaughan Road, bersama dengan kawan rapat dan pelakon Kanada, Mark Rendall. Semasa beliau membesar, beliau sering bermain dengan patung aksi dan memanjat pokok.

Kerjaya sunting

 
Page pada 2007

Page mula berlakon pada usia empat tahun, muncul dipelbagai persembahan lakonan pentas di sekolahnya. Beliau memulakan lakonan dihadapan kamera apabila berpeluang membintangi filem cereka televisyen CBC berjudul Pit Pony pada 1997. Selepas itu, beliau diundang untuk membintangi beberapa lagi filem televisyen di Kanada. Beliau membawa watak Treena Lahey dalam musim kedua siri TV Trailer Park Boys. Pada usia 16 tahun, beliau membintangi sebuah filem british berjudul Mouth to Mouth, sebuah filem independent yang membuat penggambaran di Eropah. Page membintangi Hard Candy pada 2005 dan mendapat pujian sebagai "salah satu persembahan yang kompleks, mengerikan dan menakutkan untuk tahun ini".[4] Beliau juga muncul dalam X-Men: The Last Stand sebagai Kitty Pryde (Shadowcat), seorang wanita yang mampu berjalan menerusi dinding. Dalam Filem X-Men sebelumnya, watak itu hanya dilakonkan aktres lain sebagai kameo dan bukannya watak utama.

Dalam Filem Juno, Page mendapat banyak pujian; A. O. Scott dari The New York Times mengelarnya sebagai "Luarbiasa Berbakat"[5] dan Roger Ebert dipetik, "Adakah lagi persembahan yang lebih baik dari Ellen Page dalam Juno untuk tahun ini".[6] Page di calonkan dalam "Academy Award for Best Actress" untuk lakonannya dalam Juno, tapi tewas kepada Marion Cotillard untuk Filem La Vie en rose. Wataknya itu, bagaimanapun, membawa kejayaannya memenangi beberapa penghargaan lain, termasuk di "Canadian Comedy Award", "Independent Spirit Award", dan "Satellite Award". Page turut membintangi Filem Smart People yang ditayangkan pada 2008.


Beliau membintangi Filem Aksi Super pada 2010,[7] and will reportedly play Stacie Andree in an upcoming film about Laurel Hester.[8]

Sehingga 2010, beliau menjadi jurucakap untuk Cisco Systems.

Pada April 2011, Page telah diumumkan bakal tampil disisi Woody Allen untuk Filem To Rome with Love yang turut dibintangi Jesse Eisenberg, Penélope Cruz, dan Alec Baldwin.[9]

Pada Jun 2012, Syarikat Quantic Dream, mengumumkan sebuah projek video game berjudul Beyond: Two Souls yang mana Page akan membawa peranan protagonis Jodie Holmes. Ia diumumkan bakal dipasarkan pada musim panas 2013 [10][11]

Pada Bulan Januari 2013, Bryan Singer dipetik dilaman Twitter sebagai berkata Page bakal kembali memegang wataknya sebagai Katherine "Kitty" Pryde dalam Filem X-Men: Days of Future Past.[12][13]

Pada Bulan Februari 2013, Page mengesahkan Filem arahan pertamanya berjudul "Miss Stevens" akan turut dibintangi Aktres Anna Farris.[14]

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 2008, Page merupakan salah seorang daripada 30 selebriti yang terlibat dalam satu siri iklan atas talian untuk " Kempen Amerika Syarikat untuk Burma" yang menggesa penamatan pemerintahan diktator di Burma.[15]Beliau menggelar dirinya sebagai feminis pro-pilihan. beliau menghadiri sekolah Buddha pada zaman remajanya dan mengamalkan yoga dan meditasi. Selain itu, dia juga mengamalkan gaya kehidupan vegan (diet tanpa produk haiwan) dan PETA telah menamakan dia dan Jared Leto sebagai "vegetarian" yang terseksi pada tahun 2014. Beliau adalah seorang ateis.

Pada 14 Februari 2014, Page melala diri sebagai seorang lesbian dalam satu ucapan persidangan Kempen Hak Kemanusiaan "Masa untuk Perkembangan" di Las Vegas. Pada tahun 2014, Page dimasukkan dalam senarai tahunan "40 bawah 40" dalam majalah "The Advocate".

Pada September 2015, beliau mengesahkan dia mempunyai hubungan dengan artis dan peluncur ombak Samantha Thomas, yang telah menemaninya ke tayangan perdana dunia filem "Freeheld" di Festival Filem Antarabangsa Toronto. Pada bulan Oktober, dia telah membincangkan perihal hubungannya di rancangan "The Ellen DeGeneres Show".

Page menetap di Halifax, Nova Scotia dan mempunyai dua ekor anjing bernama Julie dan Sprout.[16][17]

Filemografi sunting

Filem
Tahun Tajuk Watak Notes
1997 Pit Pony Maggie Maclean Filem Televisyen
Dicalonkan—Young Artist Award for Best Performance in a TV Drama Series - Leading Young Actress
Dicalonkan—Gemini Awards for Best Performance in a Children's or Youth Program or Series
2002 Wet Season Jocelyn Filem Pendek
2002 Marion Bridge Joanie ACTRA Maritimes Award for Outstanding Female Performance
2003 Ghost Cat Natalie Merritt Gemini Award for Best Performance in a Children's or Youth Program or Series
2003 Touch & Go Trish
2003 Homeless to Harvard Young Lisa Filem Televisyen
2003 Going for Broke Jennifer Filem Televisyen
2003 Love That Boy Suzanna
2004 I Downloaded a Ghost Stella Blackstone Filem Televisyen
2004 Wilby Wonderful Emily Anderson Atlantic Film Festival Atlantic Canadian Award for Outstanding Performance by an Actor - Female
2005 Hard Candy Hayley Stark Austin Film Critics Association Award for Best Actress
Nominated—Chlotrudis Award for Best Actress
Dicalonkan—Empire Award for Best Female Newcomer
Dicalonkan—Online Film Critics Society Award for Best Breakthrough Performance
2005 Mouth to Mouth (Filem British) Sherry
2006 X-Men: The Last Stand Kitty Pryde/Shadowcat
2007 An American Crime Sylvia Likens
2007 Juno Juno MacGuff Austin Film Critics Association Award for Best Actress
Central Ohio Film Critics Association Award for Best Actress
Chicago Film Critics Association Award for Best Actress
Detroit Film Critics Society Award for Best Actress
Florida Film Critics Circle Award for Best Actress
Florida Film Critics Circle Pauline Kael Breakout Award
Houston Film Critics Society Award for Best Actress
Independent Spirit Award for Best Lead Female
Las Vegas Film Critics Society Award for Best Actress
National Board of Review Award for Best Breakthrough Performance - Female
St. Louis Gateway Film Critics Association Award for Best Actress
Teen Choice Award for Choice Movie Actress: Comedy
Teen Choice Award for Choice Movie: Breakout Female
Toronto Film Critics Association Award for Best Actress
Washington D.C. Area Film Critics Association Award for Best Breakthrough Performance
MTV Movie Awards - Best Female Performance
Nominated—Academy Award for Best Actress
Nominated—BAFTA Award for Best Actress in a Leading Role
Nominated—Broadcast Film Critics Association Award for Best Actress
Nominated—Chlotrudis Award for Best Actress
Nominated—Empire Award for Best Actress
Nominated—Golden Globe Award for Best Actress – Motion Picture Musical or Comedy
Nominated—National Movie Award for Best Performance - Female
Nominated—Online Film Critics Society Award for Best Actress
Nominated—MTV Movie Awards - Best Kiss (Shared with Michael Cera)
Nominated—Screen Actors Guild Award for Outstanding Performance by a Female Actor in a Leading Role
2007 The Tracey Fragments Tracey Berkowitz Atlantic Film Festival Canadian Award for Best Actress
Vancouver Film Critics Circle Award for Best Actress
Nominated—Genie Award for Best Performance by an Actress in a Leading Role
2007 The Stone Angel Arlene
2008 Smart People Vanessa Wetherhold
2009 Vanishing of the Bees Narrator Environmental documentary
2009 Whip It Bliss Cavendar/Babe Ruthless
2010 Peacock Maggie
2010 Inception Ariadne MTV Movie Award for Best Frightened Performance
Nominated—MTV Movie Award for Best Kiss (Shared with Joseph Gordon-Levitt)
Nominated—MTV Movie Award for Best WTF Moment (Shared with Leonardo DiCaprio)
Nominated—Central Ohio Film Critics Association Award for Best Ensemble
Nominated—Phoenix Film Critics Society Award for Best Ensemble
Nominated—Washington D.C. Area Film Critics Association Award for Best Ensemble
Nominated—Saturn Award for Best Actress
2010 Super Libby / Boltie
2012 To Rome with Love Monica
2013 The East Izzy
Television
Year Title Role Notes
1999–2000 Pit Pony Maggie Maclean 29 episodes
2001–2002 Trailer Park Boys Treena Lahey 5 episodes
2002 Rideau Hall Helene Episode: "Pilot"
2004 ReGenesis Lilith Sandström 8 episodes
Gemini Award for Best Supporting Actress
2009 The Simpsons Alaska Nebraska Episode: "Waverly Hills 9-0-2-1-D'oh"
2012 Family Guy Lindsey Episode: "Tom Tucker: The Man and His Dream"
Video games
Year Title Role Notes
2013 Beyond: Two Souls Jodie Holmes

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Canadian actor Elliot Page shares he is transgender". CBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2020. Dicapai pada December 1, 2020.
  2. ^ "Ellen Page: Film Actress (1987–)". Biography.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 4, 2015. Dicapai pada 6 March 2015.
  3. ^ Maher, Kevin (October 27, 2007). "Ellen Page isn't fazed by her scripts". The Times. UK. Dicapai pada June 21, 2009.
  4. ^ Puig, Claudia (December 22, 2006). "Ellen: Manipulates Hard Candy to great effect". USA Today: E2.
  5. ^ Scott, A.O.. "Mencari Ibu dan Bapa yang tepat untuk bayi yang bakal lahir", The New York Times, December 5, 2007.
  6. ^ Ebert, Roger. "Juno" Diarkibkan 2013-02-20 di Wayback Machine, Chicago Sun-Times, December 14, 2007.
  7. ^ Kay, Jeremy (September 11, 2009). "Rainn Wilson, Ellen Page, Liv Tyler join Super for Ted Hope | News | Screen". Screendaily.com. Dicapai pada November 30, 2010.
  8. ^ "Ellen Page To Play Lesbian". Dicapai pada January 6, 2009.
  9. ^ "Ellen Page, Jesse Eisenberg, Alec Baldwin join Woody Allen film". Hitflix. April 13, 2011.
  10. ^ Tach, Dave (June 7, 2012). "'Beyond: Two Souls' impresses with its blend of narrative and technology". The Verge. Dicapai pada June 9, 2012.
  11. ^ Robinson, Martin (June 5, 2012). "Quantic Dream's Beyond confirmed, Ellen Page onboard". eurogamer.net. Dicapai pada June 5, 2012.
  12. ^ "'X-Men: Days of Future Past' Cast: Ellen Page, Anna Paquin, Shawn Ashmore Added To Roster". Huffington Post. January 26, 2013. Dicapai pada January 26, 2013.
  13. ^ Singer, Bryan (January 26, 2013). "Very excited to welcome #annapaquin, @ellenpage & @shawnrashmore to #XMen #DaysofFuturePast".
  14. ^ "Ellen Page set for directorial debut with 'Miss Stevens'". Dicapai pada 2013-02-08. Text "Variety" ignored (bantuan)
  15. ^ Williams, Alex (May 4, 2008). "Trying to Put a Name to the Face of Evil". The New York Times. Dicapai pada May 1, 2010.
  16. ^ "April 9, 2008". Late Show with David Letterman.
  17. ^ O'Brien, Glen (March 2008). "Ellen Page". Interview Magazine. Peter Brant (March 2008). More than one of |author= dan |last= specified (bantuan)

Pautan luar sunting