Elvina Mohamad

Pelakon wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Elvina)

Datin Norzalina "Elvina" Mohamad (Jawi: ايلۏين محمد; lahir 25 Januari 1995) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan menerusi drama Cinta Si Wedding Planner, Shhh... I Love You, Jojie Gigil dan Takdir Yang Tertulis.[3]


Elvina Mohamad
Kelahiran
Norzalina binti Mohamad

(1995-01-25) 25 Januari 1995 (umur 29)
Nama lainElvina Teylv, Elvina Dayana
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2014–kini
PasanganDato' Mohd Haniff Borhan (k. 2018)
Anak-anak2
Ibu bapaMohamad Ibrahim (bapa)
Mariah Husin (ibu)

Kehidupan awal sunting

Elvina dilahirkan sebagai Norzalina binti Mohamad pada 25 Januari 1995 di Teluk Intan, Perak kepada pasangan Mohamad Ibrahim dan Mariah Husin. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik serta mempunyai darah campuran Melayu dan Kemboja. Elvina memiliki pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[4]

Kerjaya sunting

Elvina mula terlibat dalam bidang lakonan menerusi drama Baby Ana Milik Siapa? (2018)[5] dan sejak itu mula aktif berlakon dalam beberapa buah drama dan telefilem.

Elvina muncul dalam drama Cinta Si Wedding Planner dan Suamiku Paling Sweet sebagai watak pembantu. Seterusnya, beliau berlakon dalam drama bertajuk Shhh... I Love You sebagai watak utama. Ketiga-tiga drama tersebut disiarkan di Slot Akasia TV3.

Selain itu, beliau juga membintangi drama bertajuk Jojie Gigil yang ditayangkan di TV3 menerusi Slot Dahlia. Drama ini juga dapat ditonton terlebih dahulu di laman sesawang Tonton.com.my sebelum ditayangkan di TV3.

Kerjaya filem Elvina bermula pada 2016 apabila pelakon dan pengarah veteran Ahmad Idham menawarkan beliau berlakon dalam filem Mat Moto Otai yang dibintangi oleh Opie Zami, Eizlan Yusof dan Cat Farish. Beliau kemudian membintangi filem Zombitopia (2021) arahan Woo Ming Jin, lakonan bersama Shaheizy Sam dengan memegang watak sebagai Zooey.[6]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 18 Mac 2018, Elvina telah sah menjadi isteri kepada Dato' Mohd Haniff Borhan yang merupakan seorang usahawan permotoran. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy-Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani, kira-kira jam 3.25 petang.[7]

Pada 30 Mei 2018, Mohd Haniff ditahan oleh pihak polis berhubung kes penipuan pelaburan Forex (GWFGFX) dan Bitcoin Bitkingdom, Elvina tampil memberikan penjelasan berhubung penahanan suaminya namun berkata suaminya dianiaya.[8]

Elvina dan Mohd Haniff dikurniakan seorang anak lelaki sulung yang bernama Karl Mateen yang dilahirkan pada 30 November 2018.[9]

Pada 20 April 2023, Elvina selamat melahirkan anak lelaki keduanya yang bernama Ean Maleeq.[10]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Mat Moto Otai Johana Filem pertama
2021 Zombitopia Zooey
2022 Seratus Penampilan khas
2024 Waruga: Kutukan Ilmu Hitam Ardila

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Baby Ana Milik Siapa? Anis TV3
2015 Anak Ke-5 Marlia TV9
2016 Cinta Si Wedding Planner Dayana TV3
Mariam Alisa Mariam Alisa
2017 Suamiku Paling Sweet Nurul Hanna Asyikin
Shhh... I Love You Nur Nadia Omar
Jojie Gigil Jojie
2018 Kalis Kasih Dania
Solat Zila Episod: "Dekatkan Kami DenganMu"
Isteri Untuk Diiktiraf Saffiya TV1
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! Afrina Izzati Astro Ria
Sejuta Rasa Buat Adelia Joanna
2019 Demi Rindumu Rania
2020 Seadanya Aku Wina TV3
2021 Takdir Yang Tertulis Ruhila
2022 Derhaka Cinta Jebat Aishah TV1
Lockdown 2 Amira Astro Ria
Takdir Cinta Dhia Dhia Zahra Astro Prima

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Bella Mencari Cinta Bella TV9
Bening Cahaya Maulid Suria TV3
2017 Kung Fu Kaw Saleha
Imamkan Aku Asma TV9
2018 Muara Fida TV Okey
2020 Aku Bukan Syurgamu Khayla TV1
2022 Syurga Noah TV9

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Artis Baru Wanita Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (18 Mac 2018). Elvina dah jadi Datin Harian Metro. Dicapai pada 18 Jun 2018.
  2. ^ Aida Rismariza Kamarudin (15 Mac 2018). "Terus berlakon walau bergelar Datin". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2018. Dicapai pada 25 September 2018.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (23 Julai 2018). Elvina teguh hadapi dugaan Harian Metro. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  4. ^ "Tuah Nama Elvina - Selebriti". Utusan Online. Utusan Malaysia. 21 Ogos 2016. Dicapai pada 5 April 2017.
  5. ^ "Jadi tanggungjawab beri yang terbaik". Harian Metro. 5 Mac 2017. Dicapai pada 5 April 2017.
  6. ^ Farihad Shalla Mahmud (20 Julai 2021). "Elvina malu terkam Sam dalam Zombitopia". Berita Harian. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  7. ^ Aqmar Mustaza (18 Mac 2018). Sah bergelar isteri, Elvina jadi Datin muda Sinar Harian. Dicapai pada 25 Mac 2018.
  8. ^ Suami saya dianiaya: Elvina Harian Metro (10 Jun 2018). Dicapai pada 12 Jun 2018.
  9. ^ Rudy Imran Shamsudin (30 November 2018). Elvina dapat anak lelaki Harian Metro. Dicapai pada 3 Disember 2018.
  10. ^ NuFa (24 April 2023). Datin Elvina Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki Ke-2, Nama Ringkas Jadi Pilihan Pa&Ma. Dicapai pada 5 September 2023.

Pautan luar sunting