Embun Mutiara merupakan siri drama televisyen Malaysia 2009 arahan Heykal Hanifah,[1] terbitan Metrowealth Pictures. Siri ini bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 10 April 2009 hingga 22 Mei 2009.[2]

Embun Mutiara
GenreDrama
Ditulis olehNor Shuhadatul Ain Zakaria
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Jat Da Da Da" oleh Dia Fadila
Lagu penutup"Jat Da Da Da" oleh Dia Fadila
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Teo
PenerbitDavid Teo
Tempoh siaran40 minit
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal10 April 2009 – 22 Mei 2009

SinopsisSunting

Epilog perjalanan kisah Embun Mutiara memaparkan tentang adik beradik bernama Embun dan Mutiara yang dilahirkan pada tahun yang sama dan sering dikenali sebagai kembar tidak seiras.

Namun ternyata sikap mereka langsung berbeza kerana personaliti Embun suka mengarah, mengejar glamour dan bercita-cita untuk menjadi model terkenal. Manakala Mutiara bersikap mesra, rendah diri, bijak dan sederhana. Mereka tinggal di banglo mewah bersama ibu mereka, Athiera, pakcik saudara, Hadi dan pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat, Mek Nab.

Athiera merupakan ibu tunggal yang masih cantik dan pandai mendidik anak-anaknya. Dia memantau setiap pergerakan anaknya serta tidak suka anaknya terjerumus di dalam bidang hiburan.

Tambahan pula dia sendiri duduk di bawah telunjuk abangnya, Hadi yang merupakan usahawan yang bermata duitan dan sentiasa mengutamakan wang dan kemewahan dalam semua aspek termasuk memilih calon adik iparnya mahupun menantu yang bakal mengahwini anak saudaranya. Namun, Athiera mempunyai rahsia besar yang masih tersimpan kemas dari pengetahuan sesiapa.

Embun berkenalan dengan jurugambar iaitu Roni secara kebetulan ketika dia tercicirkan gambarnya sewaktu menghadiri sesi ujibakat. Roni merupakan jurugambar bebas dan dia benar-benar terpesona dengan kejelitaan Embun. Embun yang pada mulanya berhasrat untuk mempergunakan Roni mulai jatuh cinta dan akhirnya mereka merancang untuk berkahwin.

Namun, Embun memungkiri janjinya dengan kejadian yang mengaibkan apabila Embun dua kali berturut-turut lari dari pertunangan dan perkahwinan demi menghadiri ujibakat menjadi model. Mutiara menjadi galang ganti dengan terpaksa berpura-pura mengantikan Embun sebagai pengantin sehingga Roni sendiri akhirnya terpikat dengan keluhuran Mutiara dan mengahwininya. Mutiara mula tersepit. Namun Mutiara akur apabila dia ditunangkan dengan Roni demi menyelamatkan maruah keluarga mereka ketika itu.

Embun yang mengetahui akan hal itu kemudian memarahi Mutiara kerana dia beranggapan adiknya itu sengaja ingin merampas kekasihnya itu. Hal itu menyebabkan hubungan Embun dan Mutiara kini menjadi renggang. Sementara itu kehadiran Laila, iaitu kawan baik Athirah kini kembali untuk menuntut anaknya semula yang telah dia tinggalkan kepada Athirah suatu ketika dahulu. Athirah mendedahkan bahawa Embun adalah anak kandung Laila yang telah dititipkan kepadanya selama ini. Laila yang kini mengetahui bahawa Embun sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Roni kemudian bertindak segera menghalang perhubungan itu. Ini kerana setelah dia mengetahui bahawa Roni merupakan anak kepada Norman, iaitu bekas kekasihnya yang juga merupakan ayah kandung Embun.

Athirah mendedahkan rahsia itu juga kepada Embun dan mengatakan bahawa Laila adalah ibu kandungnya. Embun berasa terkejut apabila mengetahui rahsia sebenarnya. Meskipun kecewa namun Embun akhirnya merelakan Roni mengahwini Mutiara setelah dia mengetahui hakikat bahawa dia dan Roni merupakan adik beradik tiri dan tidak mungkin akan bersatu. Embun yang selama ini begitu obses ingin menjadi model yang terkenal kemudian bersetuju untuk mengikuti Laila ke luar negara untuk bersiap sedia menjadi model terkenal.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

RujukanSunting

  1. ^ Heykal cuba formula baru dalam Embun Mutiara mStar Online (20 Mac 2009). Diperoleh pada 24 Mei 2011.
  2. ^ Budiey (9 April 2009). Drama Embun Mutiara lakonan Eira Syazira, Mas Muhaini dan Awal Ashaari Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 Mei 2014.

Pautan luarSunting