Emelda Rosmila

Pelakon wanita Malaysia

Emelda Rosmila binti Abdul Hamid (lahir 14 Mac 1980) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia, berasal dari Ipoh, Perak.[1] Beliau terkenal dengan peranan televisyen termasuk Manjalara (2007), Kekasihku Seru (2008), Ampunkan Dosaku (2012) dan Cinta Tiada Ganti (2018). Beliau merupakan pengasas jenama fesyen miliknya, Emeldarose.[2]

Emelda Rosmila
EmeldaRosmila02.jpg
Emelda pada 2007.
Kelahiran
Emelda Rosmila binti Abdul Hamid

(1980-03-14) 14 Mac 1980 (umur 40)
PendidikanIjazah Komunikasi dan Senireka Grafik
Pusat pendidikanUniversiti Utara Malaysia (UUM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2000–kini
PasanganAdlin Aman Ramlie (k. 2009)
Anak1
SaudaraEmilia Rosnaida (kakak)

Kehidupan awalSunting

Emelda Rosmila dilahirkan pada 14 Mac 1980 di Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik, kakaknya ialah Emilia Rosnaida, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mel, merupakan lulusan Ijazah Komunikasi dan Senireka Grafik di Universiti Utara Malaysia (UUM).[3][4]

KerjayaSunting

Emelda, lebih mesra dengan panggilan Mel, memulakan kerjaya hiburan sejak 2000 dan telah menjayakan beberapa drama dan telefilem.[5][3]

Beliau paling dikenali menerusi watak sebagai Manja dan Lara dalam drama Manjalara yang bersiaran dari 7 Mei hingga 12 September 2007 di Slot Akasia TV3. Ia berkisarkan mengenai seorang gadis bertubuh gempal yang bersusah-payah meraih perhatian yang positif gara-gara saiz badannya, namun adanya orang yang menunjukkan rasa prihatin kepadanya.[6]

Kerjaya teater Emelda bermula pada 2008 menerusi pementasan teater P. Ramlee the Musical musim kedua, beliau menjayakan watak sebagai Azizah. Ia turut dijayakan oleh Musly Ramlee, Liza Hanim, Melissa Saila dan Atilia Haron.[7] Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam drama Kekasihku Seru, memegang dua watak iaitu Marissa dalam latar moden dan Mastura dalam latar 1910-an. Ini merupakan kali pertama beliau berlakon dalam drama seram, Emelda berkata: "Saya selalu berhati-hati dan menjaga perlakuan supaya tiada yang datang 'mengganggu'. Selain itu, untuk kebanyakan adegan saya terpaksa berlakon berseorangan. Saya juga terpaksa melakukan banyak adegan lasak untuk menyelamatkan diri daripada Waris yang selalu mengekori saya."[8]

Beliau membuat penampilan sulung di layar perak dengan membintangi filem Cinta Terakhir arahan Eddie Pak pada 2009. Pada tahun sama juga, Emelda berlakon bersama Shaheizy Sam dalam drama Kasanova XXL di Slot Aksi TV3.[9]

Dari 26 hingga 31 Ogos 2017, Emelda memegang watak sebagai jururawat klinik dalam siri drama patriotik Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan.[10]

Emelda memegang watak sebagai Datin Helena dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN. Dibintangi oleh Addy Ashraf dan Nelydia Senrose, ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[11]

Aktiviti lainSunting

Emelda merupakan pengasas butik fesyen Emeldarose yang menjadi percubaan sulung beliau sebagai pereka fesyen. Beliau melibatkan diri di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2015 yang berlangsung di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur dari 12 hingga 16 Ogos 2015, sebagai cara terbaik bagi memasarkan jenama fesyennya.[12] Beliau berkata: "Selama ini memang saya impikan jenama fesyen sendiri dan ia menjadi kenyataan. Saya pun berasakan kerjaya lakonan tak akan berpanjangan dan tak mahu mengakhiri dunia seni sebagai seniwati pun. Saya nak jadi ahli perniagaan berjaya. Saya juga tak meletakkan harapan besar dalam dunia lakonan."[13] Selebriti termasuk Nad Zainal, Izreen Azminda, Sarah Lian dan Thanuja Ananthan antara lain pernah memperagakan jenama fesyennya.[14]

Emelda dan suami, Adlin Aman Ramlie menceburi perniagaan terapi ozon dengan menubuhkan Lifezone Ozone Therapy yang dibuka pada 16 Mei 2016. Beliau berkata: "Saya melihat terapi ozon sebagai industri kesihatan yang menjadi gaya hidup kita. Ia boleh diamalkan semua rakyat Malaysia, termasuk selebriti dan ahli politik yang mempunyai kuasa serta pengaruh terhadap masyarakat."[15]

Kehidupan peribadiSunting

Emelda telah diijabkabulkan dengan pelakon, pengacara dan penggiat teater, Adlin Aman Ramli di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Batu 8, Chemor, utara Ipoh, Perak pada 22 Mei 2009. Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Nikah, Cerai dan Rujuk Pasukan Gerakan Am Hulu Kinta, Zainudin Abdul Arshad.[16][17][18][19]

Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Edra Rafael, namun Emelda memilih untuk tidak mendedahkan gambar anak angkatnya atas sebab keselamatan.[3] Pada Oktober 2018, Emelda mengumumkan bakal menimang anak perempuan sebagai anak angkat keduanya.[20]

KontroversiSunting

Pada Jun 2020, Emelda mengemukakan saman ganti rugi RM1 juta terhadap pelakon Zarina Anjoulie selain ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang Zarina atau mana-mana ejennya menerbitkan semula kenyataan fitnah terhadapnya yang diterbitkan dalam bentuk video.[21]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2009 Cinta Terakhir Eddie Pak Filem pertama
2013 Sembunyi: Amukan Azazil Melur Kabir Bhatia
2014 Dollah Superstar Emelda Penampilan khas
2019 Sangkar Hajah Penampilan khas
2020 Syif Malam Raya Leha A. Razak Mohaideen

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Sephia TV3
2006 Natasha
Marikas
2007 Atiqah Najwa Atiqah Najwa TV1
Manjalara Manja/Lara TV3
2008 Kekasihku Seru Marissa
2009 Kasanova XXL
2010 Nigina Nigina
Penunggu Gunung Raya Intan
2011 Tihany Soraya TV9
2012 Ampunkan Dosaku TV3
Waris Marissa
Tanah Kubur (Musim 4) Arina Astro Oasis Episod: "Bunga Haram"
2013 Hanya Padamu Ungku Laila TV3
2017 Anak Merdeka Doktor Astro Prima Pelakon undangan
Kekasih Paksa Rela Suraya TV3
2018 Cinta Fatamorgana Karmila
Nafas Zulaika ntv7
Cinta Tiada Ganti Helena Astro Prima
Suriram
2019 Hilang Yang Kembali Fara TV3
Puteri Yang Ditukar Anita Astro Prima
Rumah Siti Khadijah TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Jangan Tak Jadi
2011 7 Lagu Sabrina Astro Citra
Sayang Ika Salina TV2
2013 Oh My English!: Villa Isabelaaa!! Puan Tiana Astro TVIQ
2014 Simpul Raya Kiah Astro Warna
2015 Detektif Man Boyot TV1
2017 Psikosis Astro Citra
2019 Ini Harta Bedu Punya Thalia TV3

TeaterSunting

Tahun Tajuk Watak
2008 P. Ramlee the Musical (Musim 2) Azizah
2012 Primadona...Perahu Mimpi

IklanSunting

Tahun Tajuk
N/A Strepsil’s
N/A McDonald's
N/A Transnasional
2011 Beras Faiza

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Saluran TV
2006 X-Trex TV1
2015 I-Cipta Biz

RujukanSunting

  1. ^ Mohamad, Zaidi (1 September 2017). "Emelda Rosemila tak henti berikhtiar". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2017.
  2. ^ Adlin lebih cerewet dari saya: Emelda Emeldarose (25 Ogos 2015). Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  3. ^ a b c Emelda tutup mulut Kosmo! (21 Mac 2013). Diperoleh pada 23 September 2013.
  4. ^ Zaidi Mohamad (1 Oktober 2017). Emelda Rosmila tak pandai ‘jual diri’ Berita Harian. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  5. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (20 Jun 2012). Emelda Rosmila belum mengalah Sinar Harian. Diperoleh pada 23 September 2013.
  6. ^ Azhariah Kamin (9 Jun 2016). "No small feat". The Star Online. Dicapai pada 9 Julai 2007.
  7. ^ Muzikal P.Ramlee 2 hampir tiada cacat celanya! mSTAR Online (3 Jun 2008). Dicapai pada 22 Mac 2015.
  8. ^ Emelda pegang dua watak dalam Kekasihku Seru, emedia, 22 Julai 2008.
  9. ^ "Kisah kasanova gemuk dalam 'Kasanova XXL' di TV3". mSTAR Online. 1 Januari 2009. Dicapai pada 26 March 2014.
  10. ^ "Bagaimana Drama Anak Merdeka Serlahkan Sifat Wira Tonggak Utamanya?". Gegar. 25 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Jun 2018.
  11. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  12. ^ Izwan Mohd Isa (21 Ogos 2015). "Emelda harap tidak separuh jalan". Kosmo!. Dicapai pada 21 Ogos 2015.
  13. ^ Zaidi Mohamad (10 Ogos 2015). "Emelda Rosmila mahu kukuhkan jenama fesyen sendiri". Berita Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2015.
  14. ^ "Emelda berjinak-jinak dengan dunia fesyen". Kosmo!. 19 April 2015. Dicapai pada 19 April 2015.
  15. ^ Zaidi Mohamad (9 Jun 2016). "Emelda, Adlin tauke terapi ozon". Berita Harian. Dicapai pada 9 Jun 2016.
  16. ^ "Emelda-Adlin kahwin", Utusan Malaysia, 22 Mei 2009.
  17. ^ "Actress Emelda Rosmila got married", The Star, 22 Mei 2009.
  18. ^ "Pelakon Emelda Rosmila dan Adlin Aman Ramlie bernikah" Harian Metro, 22 Mei 2009.
  19. ^ Majlis resepsi Adlin Aman Ramlie-Emelda Rosmila Sensasi Selebriti (26 Mei 2009). Dicapai pada 24 Ogos 2013.
  20. ^ Norhafiza Musa (21 Oktober 2018). Ingin bayi perempuan, Emelda mahu ambil anak angkat lagi Sinar Harian. Dicapai pada 21 Oktober 2018.
  21. ^ Syafil Syazwan Jefri (23 Jun 2020). Emelda Rosmila tunut lebih RM1 juta daripada Zarina Anjoulie Harian Metro. Dicapai pada 11 Julai 2020.

Pautan luarSunting