Emerson Palmieri dos Santos (lahir 3 Ogos 1994) atau dikenali sebagai Emerson Palmieri (sebutan bahasa Itali: [ˈɛːmersom palˈmjɛːri]) dan Emerson, merupakan pemain bola sepak profesional yang beraksi di posisi bek kiri untuk kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United dan pasukan kebangsaan Itali. Selain itu, beliau juga boleh beraksi di posisi sayap kiri dan pemain tengah kiri dalam sesetengah perlawanan.

Emerson
Emerson meraikan kejayaan Liga Europa bersama Chelsea pada 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Emerson Palmieri dos Santos[1]
Tarikh lahir (1994-08-03) 3 Ogos 1994 (umur 29)[2]
Tempat lahir Santos, Brazil
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
West Ham United
Nombor 33
Kerjaya remaja
2009–2011 Santos
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2015 Santos 18 (1)
2014–2015Palermo (pinjam) 9 (0)
2015–2018 Roma 34 (1)
2018–2022 Chelsea 33 (0)
2021–2022Lyon (pinjam) 29 (1)
2022– West Ham United 28 (1)
Pasukan kebangsaan
2011 Brazil B17 15 (1)
2018– Itali 29 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2023

Di peringkat antarabangsa, Emerson telah beraksi untuk negara tanah airnya, Brazil di peringkat pasukan bawah-17. Namun, beliau menyatakan hasratnya untuk mewakili Itali dengan berjaya memperoleh kerakyatan Itali pada tahun 2017. Beliau telah dipanggil untuk mewakili pasukan senior Itali sebelum melakukan penampilan sulungnya pada tahun 2018.

Kerjaya kelab sunting

Santos sunting

Emerson melakukan penampilan sulungnya untuk kelab di kampungnya, Santos pada 17 April 2011 dengan menjadi pemain gantian pada lewat permainan menggantikan Keirrison ketika aksi Campeonato Paulista menewaskan Paulista 3-0. Beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Santos pada 21 Januari 2012 ketika seri 1-1 menentang XV de Piracicaba.[3] Pada bulan Februari, beliau kembali semula ke pasukan belia Santos[4] tetapi beliau dipanggil ke skuad senior untuk menghadapi perlawanan menentang Mogi Mirim pada bulan berikutnya.[5] Beliau juga beraksi menentang Ituano dan Paulista sebelum menyaksikan pasukannya merangkul kejuaraan Paulistão buat kali ketiga berturut-turut.

Pada 17 Jun, Emerson melakukan penampilan sulungnya di Série A dalam aksi tewas tipis 0-1 kepada Flamengo.[6] Beliau menjaringkan gol sulungnya pada 5 September 2013 tetapi pasukannya akur akan kekalahan 1-2 kepada Atlético Paranaense.

Palermo sunting

Pada 25 Ogos 2014, Emerson telah dipinjam ke kelab Serie A, Palermo yang bersertakan klausa pelepasan.[7] Beliau melakukan penampilan sulungnya di liga Itali pada 24 September dengan beraksi sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua menggantikan Fabio Daprelà pada perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 3-3 bertemu Napoli.[8]

Emerson beraksi dalam sembilan perlawanan bersama Palermo dan beliau digunakan sebagai pemain pilihan kedua di belakang pemain baru, Achraf Lazaar.

Roma sunting

Pada 31 Ogos 2015, Emerson menyertai kelab Itali, Roma secara pinjaman selama setahun.[9] Beliau menjadi pemain pilihan kedua di belakang Lucas Digne. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Roma pada 4 Oktober ketika menentang kelab lamanya, Palermo yang tamat dengan kemenangan 4-2.

Emerson telah menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada 14 Mei 2016 dalam aksi kemenangan 3-1 ke atas Milan selepas beliau menggantikan Stephan El Shaarawy minit ke-78 permainan sebelum menyumbat jaringan ketiga Roma.[10] Tempoh pinjamannya telah dilanjutkan pada musim berikutnya pada 7 Julai.[11]

Pada 5 Disember 2016, selepas menuju kepada perlawanan ke-12 liga, Emerson telah dibawa masuk secara tetap dengan nilai perpindahan sebanyak 2 juta euro.[12]

Emerson telah terlepas separuh pertama kempen bagi musim 2017–18 kerana mengalami kecederaan ligamen krusiata anterior pada Mei 2017.[13] Beliau beraksi semula pada 1 Disember 2017 dengan tampil sebagai pemain gantian pada 15 minit terakhir permainan ketika menentang SPAL sekali gus menjadikan satu-satunya penampilan Emerson bersama Roma pada musim itu.[14]

Chelsea sunting

Musim 2017–18 sunting

Pada 30 Januari 2018, Emerson telah menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dengan menandatangani kontrak selama empat tahun setengah manakala nilai perpindahannya tidak didedahkan.[15] Menurut Roma, perpindahan Emerson bernilai 20 juta euro serta bonus sebanyak 9 juta euro.[16] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama Chelsea ketika menentang Hull City pada pusingan kelima Piala FA Inggeris. Beliau telah membantu jaringan Olivier Giroud yang dapat menjaringkan gol sulungnya bersama Chelsea selepas dia baru dibawa masuk ke Chelsea pada Januari. The Blues meraih kemenangan 4–0 pada perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge.[17]

Emerson melakukan penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris pada 4 Mac 2018 dengan menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua semasa menentang Manchester City.[18] Beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Chelsea buat kali pertama ketika menentang Burnley pada 19 April. Emerson membantu jaringan kemenangan Chelsea yang dijaringkan oleh Victor Moses untuk mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan 2–1.[19]

Musim 2018–19 sunting

Pada 26 September 2018, semasa penampilan pertamanya pada musim itu, Emerson menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea dengan menjaringkan gol penyamaan permainan ketika menentang Liverpool sebelum Chelsea akhirnya meraih kemenangan 2-1 pada pusingan ketiga Piala EFL.[20] Pada 24 Februari 2019, beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Chelsea pada perlawanan akhir Piala EFL. Beliau antara pemain Chelsea yang mengambil tendangan penalti semasa aksi penentuan penalti selepas perlawanan terikat seri tanpa jaringan selepas masa tambahan. Namun, Manchester City akhirnya meraih kemenangan 4-3 menerusi penentuan penalti.[21] Pada 29 Mei, beliau membantu jaringan pembukaan Olivier Giroud ketika menewaskan Arsenal pada perlawanan akhir Liga Europa.

Kerjaya antarabangsa sunting

Emerson telah mewakili pasukan Brazil di peringkat bawah-17 ketika Kejohanan Amerika Selatan 2011 dan Piala Dunia B-17 2011. Pasukan Brazil menjadi juara ketika Kejohanan Amerika Selatan itu. Beliau merupakan tonggak utama Brazil pada kedua-dua kejohanan itu selain menjaringkan gol semasa menentang Chile pada 16 Mac 2011.

Pada Mac 2017, selepas hampir menjalani proses untuk memperoleh kerakyatan Itali, Emerson dilaporkan telah dipujuk oleh ketua jurulatih Itali untuk bertukar khidmat antarabangsa kepada pasukan Itali.[22] Beliau secara rasminya bertukar khidmat memilih Itali pada 29 Mac 2017.[23] Emerson telah dipanggil oleh Ventura untuk menghadapi perlawanan menentang Uruguay dan Liechtenstein pada Jun 2017. Namun, namanya terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan dan tempat Emerson segera digantikan oleh Andrea Conti.[24]

Pada 19 Mei 2018, jurulatih baru Itali iaitu Roberto Mancini telah memanggil Emerson untuk menghadapi perlawanan persahabatan pada bulan Mei dan Jun menentang Arab Saudi, Perancis dan Belanda[25] tetapi khidmatnya terpaksa dilupakan kerana mengalami kecederaan lain.[26] Kemudian, beliau dipanggil sekali lagi pada September 2018 untuk menghadapi perlawanan pembukaan Liga Negara-Negara UEFA menentang Poland dan Portugal pada bulan itu.[27] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Itali pada 10 September semasa menentang Portugal dengan menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua menggantikan Domenico Criscito dalam perlawanan yang berakhir dengan kekalahan 1-0.[28][29]

Kehidupan peribadi sunting

Emerson mempunyai darah Itali melalui ibunya yang berasal dari Rossano berhampiran Cosenza di Calabria[30] [31] dan beliau telah menjadi warga Itali sejak Mac 2017. Abang Emerson, Giovanni juga seorang pemain bola sepak yang bermain di posisi bek kiri.[32]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 21 Januari 2020.[33]
Kelab Musim Liga Liga Negeri[a] Piala[b] Piala Liga Benua Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Santos 2011 0 0 1 0 0 0 0 0 1 0
2012 1 0 3 0 0 0 0 0 4 0
2013 14 1 2 0 1 0 17 1
2014 3 0 6 2 2 0 11 2
Jumlah 18 1 12 2 3 0 0 0 0 0 33 3
  Palermo 2014–15 9 0 0 0 9 0
  Roma 2015–16 8 1 1 0 0 0 9 1
2016–17 25 0 4 0 7[c] 1 36 1
2017–18 1 0 1 0 2 0
Jumlah 34 1 6 0 7 1 47 2
  Chelsea 2017–18 5 0 2 0 0 0 0 0 7 0
2018–19 10 0 1 0 5 1 11[d] 0 27 1
2019–20 14 0 1 0 0 0 2[e] 0 1[f] 0 18 0
Jumlah 29 0 4 0 5 1 13 0 1 0 52 1
Jumlah kerjaya 90 2 13 2 12 0 5 1 20 1 1 0 141 6
  1. ^ Termasuk Campeonato Paulista.
  2. ^ Termasuk Copa do Brasil, Coppa Italia dan Piala FA Inggeris.
  3. ^ Dua penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, lima penampilan dan satu jaringan gol di Liga Europa UEFA.
  4. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.
  5. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.
  6. ^ Penampilan di Piala Super UEFA.

Antarabangsa sunting

Sehingga 15 November 2019.[34]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2018 2 0
2019 5 0
Jumlah 7 0

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Santos
Chelsea

Antarabangsa sunting

Brazil B17

Catatan sunting

  1. ^ "Updated squads for 2017/18 Premier League confirmed". Premier League. 2 February 2018. Dicapai pada 10 February 2018.
  2. ^ "Emerson Palmieri". Chelsea F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-28. Dicapai pada 5 October 2018.
  3. ^ "Após estreia, revelação santista já fala em substituir Léo à altura" [After debut, Santos' pearl already talks about replacing Léo in the same level] (dalam bahasa Portuguese). Terra. Dicapai pada 10 March 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Lateral Emerson Palmieri e outros dois jogadores retornam à base do Santos" [Full-back Emerson Palmieri and two other players return to Santos' youth setup] (dalam bahasa Portuguese). Lancenet. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2014. Dicapai pada 10 March 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Muricy relaciona time reserva para encarar o Mogi Mirim" [Muricy lists reserve team to face Mogi Mirim] (dalam bahasa Portuguese). globoesporte. Dicapai pada 10 March 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Com pênalti polêmico, Fla vence reservas do Santos em má atuação" [With polemic penalty, Fla beats Santos' reserves in poor performance] (dalam bahasa Portuguese). Globo Esporte. 17 June 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Emerson Palmieri é emprestado ao Palermo" [Emerson Palmieri is loaned to Palermo] (dalam bahasa Portuguese). Santos' official website. 25 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-29. Dicapai pada 2020-06-16.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Napoli 3–3 Palermo". Football Italia. 24 September 2014. Dicapai pada 19 January 2015.
  9. ^ "AS Roma sign Emerson Palmieri". AS Roma official website. 31 August 2015.
  10. ^ "Milan 1–3 Roma". Football Italia. 14 May 2016. Dicapai pada 15 May 2016.
  11. ^ "Empréstimo de Emerson, do Santos, ao Roma tem item de venda automática" [Loan of Emerson, from Santos, to Roma has automatic transfer item] (dalam bahasa Portugis). Futebol Interior. 7 July 2016. Dicapai pada 29 December 2016.
  12. ^ "Emerson Palmieri completa 12 jogos pela Roma e rende R$ 7 mi ao Santos" [Emerson Palmieri completes 12 matches for Roma and worths R$ 7 mi to Santos] (dalam bahasa Portugis). Lance!. 5 December 2016. Dicapai pada 29 December 2016.
  13. ^ "Roma defender Emerson suffers anterior cruciate ligament injury". FourFourTwo. 28 May 2017. Dicapai pada 30 January 2018.
  14. ^ "Roma 3–1 SPAL: Match report, reaction and key statistics". A.S. Roma. 30 January 2018. Dicapai pada 30 January 2018.
  15. ^ "Emerson signs" (Siaran akhbar). Chelsea F.C. 30 January 2018. Dicapai pada 30 January 2018.
  16. ^ "Operazioni di mercato Emerson Palmieri" (PDF) (Siaran akhbar) (dalam bahasa Italian). Rome: A.S. Roma. 30 January 2018. Dicapai pada 31 January 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Willian Brace Leads Chelsea to Easy 2018 FA Cup Win vs. Hull City". Bleacher Report. 17 February 2018.
  18. ^ "Report: Manchester City 1 Chelsea 0". Chelsea F.C. 4 March 2018. Dicapai pada 19 April 2018.
  19. ^ "Victor Moses gives Chelsea win against Burnley plus FA Cup semi-final boost". The Guardian. 20 April 2018. Dicapai pada 20 April 2018.
  20. ^ "Hazard scores brilliant goal, Emerson gets his first for Chelsea". BeSoccer. 26 September 2018. Dicapai pada 27 September 2018.
  21. ^ Burt, Jason; Tyers, Mike (24 February 2019). "Manchester City take the honours after Kepa Arrizabalaga antics overshadow otherwise drab League Cup final". The Daily Telegraph. Dicapai pada 25 February 2019.
  22. ^ "Nazionale, Emerson Palmieri in azzurro: si attende l'ok della Fifa" [Emerson Palmieri in azurro: if the OK from FIFA arrive] (dalam bahasa Italian). La Roma 24. 16 March 2017. Dicapai pada 28 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ "Nazionale, Emerson è ora convocabile. E il prossimo può essere Diawara" [National team, Emerson is now available to call-ups. And the next may be Diawara] (dalam bahasa Itali). La Gazzetta dello Sport. 29 March 2017. Dicapai pada 30 March 2017.
  24. ^ "Italia, i convocati per l'amichevole contro l'Uruguay: Conti sostituisce Emerson Palmieir" (dalam bahasa Italian). 31 May 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2020-06-16.CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. ^ "Le prime convocazioni in Nazionale di Roberto Mancini". Il Post (dalam bahasa Italian).CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "Emerson e Marchisio out per i prossimi impegni con Arabia Saudita, Francia e Olanda" (dalam bahasa Italian). vivoazzurro.it. Dicapai pada 10 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  27. ^ "Chiellini rejoins Italy squad; Pellegri called up". sportsnet.ca. 1 September 2018. Dicapai pada 2 September 2018.
  28. ^ "Silva takes revenge on Italy". Football Italia. 10 September 2018.
  29. ^ "Portogallo-Italia 1-0: non c'è Cristiano Ronaldo, decide André Silva" (dalam bahasa Italian). Tutto Sport. 10 September 2018. Dicapai pada 10 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  30. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-25. Dicapai pada 2020-06-16.
  31. ^ "Emerson: "Chiamatemi solo Emerson, perché..."" [Emerson: "Call me only Emerson, because..."] (dalam bahasa Itali). Mediagol.it. 12 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 15 May 2016.
  32. ^ "Palmieri comemora boa fase no Palermo e não quer voltar" [Palmieri celebrates good form at Palermo and does not want to come back] (dalam bahasa Portugis). A Tribuna. 25 March 2015. Dicapai pada 10 April 2017.
  33. ^ Biodata Emerson Palmieri di Soccerway. Capaian 19 January 2015.
  34. ^ (Inggeris) Profil Palmieri, Emerson di National-Football-Teams.com
  35. ^ Bevan, Chris (29 May 2019). "Chelsea 4–1 Arsenal". BBC Sport. Dicapai pada 29 May 2019.
  36. ^ "Emerson - Trophies". Soccerway. Dicapai pada 24 August 2019.

Pautan luar sunting