Emiliano Martínez

Pemain bola sepak

Damián Emiliano Martínez (lahir 2 September 1992) ialah seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Liga Perdana, Aston Villa dan pasukan kebangsaan Argentina.[4]

Emiliano Martínez
Martínez dengan Arsenal pada 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Damián Emiliano Martínez[1]
Tarikh lahir (1992-09-02) 2 September 1992 (umur 31)[2]
Tempat lahir Mar del Plata, Argentina
Ketinggian 1.95 m (6 ka 5 in)[3]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Aston Villa
Nombor 1
Kerjaya remaja
2008–2010 Independiente
2010–2012 Arsenal
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2020 Arsenal 15 (0)
2012Oxford United (pinjaman) 1 (0)
2013–2014Sheffield Wednesday (pinjaman) 11 (0)
2015Rotherham United (pinjaman) 8 (0)
2015–2016Wolverhampton Wanderers (pinjaman) 13 (0)
2017–2018Getafe (pinjaman) 5 (0)
2019Reading (pinjaman) 18 (0)
2020– Aston Villa 89 (0)
Pasukan kebangsaan
2009 Argentina B17 2 (0)
2009–2011 Argentina B20 5 (0)
2021– Argentina 26 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13 November 2022
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 Disember 2022

Martínez berlatih di barisan muda Independiente sebelum berpindah ke Arsenal pada 2010. Di Arsenal, dia berkhidmat sebagai pelajar, dipinjamkan ke pelbagai kelab Inggeris, sebelum memecah masuk ke dalam kesebelasan utama pada 2019, beraksi untuk Arsenal dalam Liga Perdana dan membantu mereka menang Piala FA dan Perisai Komuniti FA. Pada September 2020, Martínez berpindah ke kelab Liga Perdana, Aston Villa dalam perpindahan bernilai £20 juta. Pada musim pertamanya di kelab itu, dia menyimpan rekod kelab 15 gol tanpa bolos dalam Liga Perdana.

Martínez ialah bekas pemain antarabangsa remaja Argentina, mewakili negaranya di peringkat bawah 17 dan bawah 20 tahun. Dia memperoleh kaps senior pertamanya untuk pasukan kebangsaan lelaki pada 2021, membantu negaranya memenangi Copa América 2021, memenangi Sarung Tangan Emas dan mengekalkan rekod bersih pada perlawanan akhir. Martínez terus memenangi Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar, apabila dia juga memenangi Sarung Tangan Emas untuk prestasinya dalam kejohanan itu.

Rujukan sunting

  1. ^ "Squad List: FIFA World Cup Qatar 2022: Argentina (ARG)" (PDF). FIFA. 18 December 2022. m/s. 1. Dicapai pada 19 December 2022.
  2. ^ "Emiliano Martinez: Overview". ESPN. Dicapai pada 30 August 2020.
  3. ^ "Emiliano Martínez: Overview". Premier League. Dicapai pada 30 August 2020.
  4. ^ "Villa sign Emiliano Martinez ✍️". Aston Villa Official Site. 16 September 2020. Dicapai pada 16 September 2020.

Pautan luar sunting

  • Profile at the Aston Villa F.C. website

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.