Emily Jordan Osment (lahir 10 Mac 1992)[1] ialah seorang pelakon, penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat. Diahirkan dan dibesarkan di Los Angeles,[2] Osment memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon kanak-kanak, yang muncul dalam banyak rancangan televisyen dan filem termasuk Biba dari Biba Bear dari 1998-2002 sebelum berlakon sebagai Gerti Giggles dalam Spy Kids 2: The Island of Dreams Lost 2002) dan Spy Kids 3-D: Game Over (2003). Beliau paling terkenal dengan peranannya sebagai Lilly Truscott di siri televisyen Disney Channel Hannah Montana (2006-2011) dan muncul dalam filem teater berdasarkan siri ini, Hannah Montana: The Movie (2009).[3]

Emily Osment
Osment di tayangan perdana Guardians of the Galaxy pada 21 Julai 2014
Kelahiran
Emily Jordan Osment

(1992-03-10) 10 Mac 1992 (umur 32)
Pusat pendidikanKolej Occidental
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • penulis lagu
Tahun aktif1997–kini
Karya terkenal
Spy Kids 2: The Island of Lost Dreams
Hannah Montana
Young & Hungry
SaudaraHaley Joel Osment (abang)
Kerjaya muzik
GenrePop, pop rock, electro
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2006–kini
Syarikat rakaman
Wind-up (2009–11)

Osment juga muncul sebagai Cassie Keller di The Haunting Hour: Don't Think About It (2007) dan sebagai Melissa Morris dalam filem televisyen Disney Channel Dadnapped (2009). Beliau memegang watak Taylor Hillridge dalam filem televisyen ABC Family Cyberbully (2011) dan sebagai Roxie di siri televisyen web Cleaners (2013-2014). Dari 2014 sehingga pembatalannya pada tahun 2018, Osment membintangi Gabi Diamond dalam siri televisyen Freeform Young & Hungry, yang mana beliau telah menerima tiga pencalonan Anugerah Pilihan Remaja.

Osment terkenal dalam bidang muzik selepas merakam lagu untuk projek runut bunyi Disneynya, terutamanya duet "If I Didn't Have You" dengan Mitchel Musso pada tahun 2007 dan saduran "Once Upon a Dream" pada tahun 2008. Pada tahun 2009, beliau menandatangani dengan Wind-Up Records, dan mengeluarkan EP satu album studio, All Right Wrongs (2009) dan Fight or Flight (2010).[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Emily Osment Biography". Diarkibkan daripada yang asal pada July 18, 2011. Dicapai pada October 16, 2007.
  2. ^ "Emily Osment". TV Guide. Dicapai pada August 1, 2009.
  3. ^ "States fight for Hannah Montana movie". CNN. November 23, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada November 26, 2007. Dicapai pada December 11, 2007.
  4. ^ "When Childhood Is a Tough Role". The New York Times. September 23, 2007. Dicapai pada June 16, 2016.
  5. ^ "Spy Kids 2 Box office collections". Box Office Mojo. Dicapai pada May 11, 2008.

Pautan luar sunting